Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Disember 2016

Kisah 5F

Minggu-minggu terakhir persekolahan ibu sangat sibuk.
En Ayah pun teramat sibuk.
Sepanjang weekend en Ayah terbang sana sini.
Padat dengan jadual seminar, persidangan dan kursus...

Kalau tak silap ibu dalam bulan Nov ni 2x en Ayah ke Pulau Langkawi.
Macam biasa en ayah akan beli kain batik dan coklat.
Kalau dulu ibu boleh juga sesekali ikut en Ayah tapi sekarang kekangan masa menghalang ibu.

Balik dari P.Langkawi en Ayah terbang pula ke Sabah.
Sebeban brooch mutiara en Ayah borong untuk ibu dan 4Farahs.

Awal cuti en ayah ada persidangan selama 1 minggu.
Alhamdulillah kebetulan 5F bercuti dan menemani ibu di rumah....
Kami dah terbiasa dengan kesibukan en ayah.
Awal cuti 25.11.2016 ibu banyak habiskan masa di rumah.
Nak kata kemas rumah pun tak.
Banyak masa dihabiskan dengan rehat dan manjakan diri.
Anak-anak ajak shopping-shopping pun ibu malas.
Lebih sayangkan bantal dan tilammmm.....
Along merangkap kakak sulung jadi driver kepada adik-adik.
Farouk pun diangkutnya sekali sampai ke Melaka.....

5F...walaupun 3Farahs masing-masing sibuk dengan study mereka 
mencuri sedikit waktu untuk outing bersama-sama....

Hari ke 4 cuti barulah ibu keluar dari petapaan di gua batu.
Paginya pergi ke kelas agama.....singgah sekolah kejap.
Pergi jengah anak-anak kucing di sana.
Petangnya bawa 5F JJCM.
En ayah OS selama 1 minggu.
Ibu dan anak-anak dah faham dengan kerja en ayah.

Malamnya Along angkut lagi adi-adik pergi bershopping.
Ibu lebih selesa betapa di gua batu.....

* Sewaktu n3 ni keluar mungkin ibu masih berada di Tanah Suci Mekah....


4 Disember 2016

Lambaian Kaabah

Alhamdulillah3x......
Dengan rasa rendah hati ibu memanjat kesyukuran kerana ALLAH menjemput ibu serta keluarga
untuk menjadi tetamunya pada penghujung tahun ini..
Mungkin sewaktu n3 ibu publish ibu dah berada di Tanah Suci Mekah.

Ibu menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita ada komen-komen dan n3 ibu menguris hati keluarga dan rakan-rakan.
Doakan agar ALLAH permudahkan urusan ibu dan keluarga mengerjakan umrah.
Aminn3x....

Tempat yang jadi impian semua umat Islam seluruh dunia......
Gambar dipinjam dari en google.

About me