Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Jun 2016

Pandu Puteri Peringkat Negeri dan Kebangsaan

Kisah yang dah nak hampir basi juga ni.....
Tapi tepek jugalah untuk kenangan Kakak a.k.a Farah Naurah.

Pada 2.4.2016 yang lepas...Kakak terpilih untuk ke
Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2016 Pandu Puteri 
Peringkat Negeri Johor.
Tak banyak yang Kakak kongsikan dengan ibu sebab kakak ni
seorang yang agak pendiam.
Bila ditanya baru nak bercerita.

Gambar pun ibu jumpa sekeping ni je......

Pada 31 Mei 2016 hingga 2 Jun 2016 sekali lagi Kakak tarpilih.
Kali ini mewakili Negeri Johor pula ke Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Sebenarnya masa tu kami dalam dilema.
Kakak terpaksa ke program tu masa cuti sekolah.
Sedangkan masa tu saja Along dan Angah cuti.
Beby pulak ada program sebagai Juri Taekwando di Kuantan.
Ayah macam biasa terbang sana sini dengan kerjanya yang tak pernah habis....
Ibu nyaris nak batalkan balik kampung sebab program Ayah dan anak-anak
bertindih dengan tarikh ibu balik kampung....huhuhu....

Setelah berbincang dengan 5F dan mengambil pandangan cikgu Kakak maka dengan
rela hati Kakak sertai program tu.
Yelah kan...bukan senang nak join aktiviti Peringkat Kebangsaan.
Ibu pun dengan berat hati terpaksa bersetuju sebab sebelum ni ibu tak pernah
tinggalkan Kakak kalau balik kampung atau pergi luar dari Johor....

Kakak dan beberapa peserta daerah berkumpul sebelum bertolak....

Aktiviti Kakak di sana.
Mehlah kita tengok gambar je.....




13 Jun 2016

Aktiviti Generasi Z dan Kelantan

Bersua kembali.
Cuti pertengahan penggal ibu sempat mengambil sedikit waktu pulang ke kampung.
Sempatlah 1 minggu bercuti di Kelantan.
Itupun ibu pulang berempat je.
Beby, Naurah dan Ayah sibuk dengan program mereka.
Mujur ada Along dan Angah jadi driver ibu.
Farouk macam biasa jadi bos kecik.

Kisah kali ni tentang aktiviti Generasi Z di kampung.
Kebetulan 2 orang anak saudara ibu dari KL pun balik bercuti.
Maka ibulah jadi baby sitter untuk 3 orang anak saudara + farouk.
Bukan main seronok mereka dapat berkumpul bersama...
tidur, makan, solat berjemaah dan lakukan aktiviti bersama-sama.
Usia pun lebih kurang je antara 9-13 tahun.
 Inilah aktiviti mereka.
Habiskan lebih 70 % dengan tab dan handphone.
Mengadap TV....
Rasanya kebanyakan anak-anak sekarang begitu kot.
Bila masing-masing mengadap gadget rumah atok pun sunyilah walaupun mereka berempat.
Emmmmm...ibu redha jelah.
Lagipun cuti sekolah....

Kemain kusyuk masing-masing.
Kalaulah baca buku macam tu kan bagus.
Mengalahkan bisnesman pulak.

 Seronok ibu tengok.
Farouk yang tak suka makan nasi pun bersemangat makan bersama-sama cousin-nya

Sebelah petang ibu wajibkan mereka melakukan aktiviti di luar rumah.
Main bola...badminton..main kejar-kejar.
Dengan gigihnya ibu siapkan 1 jug besar air + kudapan sepinggan besar.
Walaupun agak penat namun ibu rasa gembira sangat.......

Sejak kecil mereka tidak pernah bergaduh.
Sangat mesra dan akrab.
Harapan ibu agar hubungan kekeluargaan ini terus erat sampai bila-bila...InsyaAllah.


9 Jun 2016

Genap 1 Bulan Usia Binggo

Bersua kembali setelah ibu menyepi.
Selamat berpuasa semua...
Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 4 kita berpuasa..

Alhamdulillah 9.6.2016 genap 1 bulan Binggo menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
Sekarang Binggo seekor kucing yang sangat manja, ceria dan comel berbanding hari pertama Binggo hadir di depan rumah .
Kisah awal kehadiran Binggo yang menyedihkan boleh klik SINI .
Bila ibu sibuk pakcing kain baju..Binggo pun sibuk jugak.
Siap baring-baring atas beg.

Aksi yang sangat disukai Binggo bila bersama kami.

Suka berangan......

Gaya Binggo bila berehat...memang tak sopan langsung.
He3x....

Moga Binggo terus sihat dan ceria....
Binggo sihat ibu gembira......

1 Jun 2016

Warna Warni Maskot

Penutup sesi penggal pertama persekolahan dengan Kejohanan Olahraga dan Balapan.
Setelah berhujan dan berpanas lebih 2 minggu di padang akhirnya kemuncak sukan berlangsung dengan jayanya....
N3 ni cuma ibu fokus pada maskot je sebab ibu dah masukkan kejohanan ni dalam aktiviti ibu di sekolah ye...he3x....

Jom kita tengok hasil kreativiti cikgu-cikgu yang gigih menyiapkan semua maskot dalam masa terhad...3 hari uolls....

Maskot Pra Sekolah
Paling comel ibu rasa.
Geram je tengok kanak-kanak berusia 5-6 tahun ni beraksi di padang....
Rasa nak je kidnap buat balik rumah...muhahah...comel sangat.

sapa tak geram tengok anak-anak syurga ni kan....

Pasukan HIJAU
Tema ala-ala flaura dan fauna.
Guna daun kelapa sawit je dilekatkan pada kertas...
Anak-anak perempuan ibu dan rakan-rakan pakaikan cekak rambut.
Gigihlah kami lekatkan bunga-bunga dan daun-daun kain kat situ.....

Pasukan MERAH
Ibu tak pasti pulak tema apa ni.
Ada yang macam ladybird....ada yang macam pop yeh-yeh.
Yang pasti mereka nampak comel bergaya.

Pasukan KUNING
 Rumah KUNING ni ada kelopak bunga matahari...ada belon....memang cantik berseri.
Warna feveret ibu tau.
Warna kuning memang terserlah....

Pasukan BIRU
Biru dengan maskot robot nya.....
Memang kreatif la cikgunya....

Acara Perbarisan
Sedang bersediaaaaaa......

 Perbarisan bermula.
Penuh warna warni.
Pasukan KUNING dinobatkan sebagai JOHAN Perbarisan.

Alhamdulillah...akhirnya Pasukan HIJAN a.k.a SAUJANA dinobatkan JOHAN keseluruhan 2 tahun berturut-turut.
Terubat penat lelah ibu dan rakan-rakan sepasukan melatih anak-anak ini....

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

30 Mei 2016

Aktiviti Sekolah Ibu Sepanjang Mei

Program Kesihatan :
4.5.2016

Seramai 20 orang murid dibawa ke tempat karnival.
So cikgu-cikgu kena la angkut ke sana.

Mesyuarat Profesional : 
4.5.2016

Karnival Pra Sekolah :
4.5.2016

Karnival kecemerlangan pendidikan prasekolah zon bukit gambir 2016. 
Alhamdulillah skpk johan keseluruhan.
Tilawah - johan & saguhati
Bercerita bm - johan
Bercerita bi - johan

Mewarna - johan dan saguhati

Deklamasi sajak - saguhati

Tahniah kepada peserta..


Program Israj Mikraj-5.5.2016 


UPPM 2: 8-17.5.2016
Tahap 1 dan 2 menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.
Macam biasa cikgu-cikgu gigih menanda kertas.
Paling kurang 70 keping kertas perlu ditanda oleh setiap cikgu.
Menanda dalam senyuman...he3x...

Hari Guru : 16.5.2016
Sekolah ibu terpaksa menunda tarikh sambutan hari guru pada 19.5.2016 atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Kebetulan pada tarikh yang sama big bos terpaksa hadir ke program TMJ yang datang ke BG.

Paginya kami dikunjungi wakil Datuk  Hamim Samuri  (Timb. Menteri MITI)
yang menyampaikan sebiji kek sempena Hari Guru.
Kami juga menerima 5 buah hamper dari seorang hamba Allah.
Terima kasih di atas sumbangan......Alhamdulillah.

Kek kiriman dari Datuk...

 Sukantara Peringkat Sekolah : 
17 dan 18.5.2016 
2 pagi berkampung di padang.
Berpanas perkara biasa demi program rutin tahunan.


Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah :
19.5.2016
Cerita Hari Guru KLIK SINI
Acara posing sampai tak hinggat.

sukaneka.


Persembahan guru/murid yang buat kami gelak sakan.

Bengkel Frogvle:
22-23.5.2016
Selama 2 hari ibu berbengkel di PKG.
Membina bahan untuk Pengajaran dan Pembelajaran BM.
Walaupun baru 5 bulan mengajar subjek BM setelah lebih 12 tahun tinggalkan subjek itu tapi alhamdulillah Allah permudahkan....
Banyak ilmu yang ibu dapat di sini.
Terima kasih kepada En Esa Sudar PTP PKG Serom di atas perkongsian ilmu yang sangat berguna.

Kejohanan Olahraga dan Balapan
24-25.5.2016
Kostume pasukan bertanding.
Gigih cikgu menyediakannya dalam kesibukan aktiviti lain.

Acara perbarisan yang warna warni

Alhamdulillah Pasukan HIJAU a.k.a SAUJANA meraih JOHAN
dua tahun berturut-turut.....

LADAP : 26.5.2016
Penutup Penggal 1 cikgu-cikgu menghadiri kursus dalaman.
Abaikan atas meja yang penuh dengan kertas tu...he3x..gitulah dunia cikgu.
Buku dan kertas tak dapat dipisahkan.
Alhamdulillah..banyak input dan ilmu baru yang ibu dapat....

 Cuti Penggal 1: 27.5.2016- 11.6.2016
Namun kelas tambahan UPSR tetap berjalan seperti biasa.

*n3 auto publish sebab tuan rumah bercutiiiii......

27 Mei 2016

Kisah Hari Guru

Bersua kembali setelah minggu terakhir sebelum cuti sekolah ibu sangat-sangat sibuk.
Dah hampir 2 minggu berpanas dan berhujan di padang kerana latihan sukan..
Pergi berkursus a.k.a berbengkel pula 2 hari...Nantilah ibu update kat aktiviti ibu di sekolah hujung bulan ni.

Hari ni nak buat n3 kisah yang dah agak basi.
Cerita Hari Guru yang kami sambut 3 hari lewat (19.5.2015) disebabkan
kengkangan masa yang tak dapat dielakkan.
Kita saksikan tentatif jelah ye.....

7.20-8.20 pagi : Perhimpunan Khas Hari Guru
Biasalah...Nyanyi Lagu Guru Malaysia setahun sekali.
Lepas tu baca ikrar...
Murid-murid bagi hadiah dan bersalaman.....

Sesi bergambar sebelum mulakan acara sukeneka.
Sebelum kaum lelaki terjah kami ambil kesempatan bergambar dulu.
Risau takut pentas roboh so kami bergambar kat bawah pentas...muhahah.
Tema tahun ni purple...tu untuk gergirls je....
Tunjuk atas...tunjuk bawah...lentok kanan...lentok kiri..hish3x....
mak2 ni kan kalau dah berkumpul huru hara dibuatnya....
Gelak lebih dari posing....ha3x....
Apapun kami enjoy....

Bila ada kaum lelaki baru mak-mak dara ni normal sikit....control ayu

9.00-11.00 : Sukaneka
Macam-macam acara dijalankan untuk membakar lemak.
Pasukan ibu menyandang Naib Juara.
Mak-mak dara posing dulu sebelum acara bermula.

Sukaneka :
Acara pingpong...syarat utama sambil pukul bola kena sebut perkataan berdasarkan tajuk diberi.
Menyambut telur berpasangan...Haya..nasib baik tak kena baju.
Makan maggie pedas berapi...syarat tak boleh minum air....Sapa minum dulu markah ditolak.
Sepit kacang dengan chop stik....alahai..bayangkan kacang hijau kecik2 tu.
Bowling kelapa.
Makan epal sambil mata ditutup...buah epal pula diikat ala-ala memancing....

REHAT
Menu makanan ala-ala kampung.
Ibu sempat makan sesuap je sebab terlalu pedas.
Terus hilang feel nak makan....lidah dah bengkak.
Nasib baik ada satey....dapatlah ibu mengisi perut yang tengah lapar.

11.30-12.40:Persembahan Guru/Murid
Pertukaran Hadiah/Penyampaian Hadiah
Dah hilang penat...perut pun dah kenyang..maka acara seterusnya persembahan murid dan guru.
Yang bestnyaa acara berbalas pantun antara Big Bos berpasangan dengan S/U Sukan (L) dan GPK KO dengan Kerani (P).
Sayang pulak tak ada gambar GB dalam stok ibu.
GB bertanjak dan berkain pelikat....Sangat sporting....
Acara seterusnya nyanyian solo oleh GPK Hem...tibai lagu versi Jawa...
Ha3x...tak tahan kami gelak.

Alhamdulillah..inilah penghargaan yang ibu dapat.
Saban tahun ibu bapa beri penghargaan sebegini walaupun ibu tidak pernah mengharapkan apa-apa..
Sangat terharu bila melihat hadiah tu.
Ada yang harganya membuat mulut ibu melopong.
Terima kasih semua di atas segalanya ini.....
Walaupun tanpa hadiah dan penghargaan..
naluri seorang guru merangkap ibu tidak pernah putus berdoa untuk anak-anak murid.

Cun kan.....

Dalam banyak-banyak hadiah, pemberian Muhd buat airmata ibu dan Beby menitis.
Kebetulan Beby dan naurah yang gigih buka setiap hadiah dan maklumkan nama pemberinya.
Muhd seorang anak orang susah.
Sering tidak cukup wang belanja.
Bila kawan-kawan diamaklumkan pada ibu...ibu akan hulurkan dia wang belanja.
Bukan ingin war-warkan sumbangan tapi itulah realiti yang berlaku dikalangan kelompok kita.
Jika kita rasa kita susah..ramai lagi diluar sana lebih susah.

Muhd seorang pelajar yang agak ketinggalan.
Dalam erti kata lain antara pelajar kelas LINUS.
Tapi ibu nekad mengajarnya di kelas.
Masih merangkak membaca diawal tahun 2016.
Saban pagi sebelum bermula sesi PdP ibu mengajar Muhd membaca.
5 bln berlalu...Alhamdulillah ibu nampak hasilnya.
Muhd dah mula lancar walaupun tidak selancar rakan-rakan sebaya di Tahun 3.
Hati ibu berbunga riang...

InsyaAllah Muhd...cikgu sentiasa doakan yang terbaik.
Cikgu ingin melihat suatu hari nanti kamu juga mampu berjaya seperti rakan-rakan yang lain.
Jauh di sudut hati ibu rasa bersyukur kerana diberi peluang dan ruang ibu menjadi seorang guru.
Sepanjang bergelar guru banyak ibu berkongsi pengalaman hidup anak-anak didik.
Ibu sebenarnya lebih suka mendekati anak-anak yang bermasalah di dalam kelas.
Ibu cari punca mengapa mereka lemah.

Semoga ibu terus diberi kesihatan yang baik..diberi kesabaran...ketabahan...dalam mendidik anak-anak syurga ini.
Dan ibu pasti Allah memberi ganjaran dan keberkatan buat ibu sekeluarga.
Memudahkan urusan anak-anak ibu bila ibu berbuat baik dan ikhlas dengan anak-anak orang lain.
InsyaAllah....Amiin.


Along dan Naurah serta anak-anak tidak lupa beri hadiah dan ucapan Hari Guru dan Hari Ibu.
Ibu pernah menjadi cikgu mereka dan ibu dengan rasmi menjadi ibu pada 14.5.1994.
Alhamdulillah...Terima kasih 5F kerana menyenangkan hati ibu dan ayah.

23 Mei 2016

Selamat Ulang Tahun Mama

Selamat Ulang Tahun mama a.k.a bonda Hajah Hanisah bt Abdullah yang ke 68thn.
Seorang insan yang paling ibu sayang dunia/akhirat.
Seorang ibu yang hebat.

Kakak doakan moga mama sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah.
Dipermudahkan segala urusan
Panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Terima kasih Allah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk hambaMu ini merasai kasih sayang dan belaian mama hingga kesaat ini....
Sayang mama.....


About me