Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Julai 2016

Riang Ria Raya Part 3-Open House la Sangat.

Bersua kembali ....fuh..fuh...fuh.....
Penuh habuk dan sawangg.

Nak cerita kisah raya kat rumah sendiri pulak.
Raya ke 3 kami sekeluarga dah balik Johor.
Lagipun en ayah ada reunion....Angah akan sambung final exam.
Maka dengan rela hati kami balik awal.
Lagipun raya kali ni cuti sekolah selepas raya tak panjang.

Alhamdulillah...tetamu takputus-putus bertandan.
Pembawa rezeki untuk kami sekeluarga....
Ibu pun tak pasti berapa kali kami buat open house...
3 kali...4 kali ke 5 kali........he3x....

Anak-anak murid pun tidak pernah lupakan cikgunya nie.
Sekecil-kecil sehingga sebesar2nya......

Kawan2 angah semasa sekolah rendah merangkap anak2 murid ibu.

Kawan2 Along semasa sekolah rendah juga anak2 murid ibu.
Yang depan tengah tu rakan sekerja ibu.
Dulu kemain budak-budak ni ngeri dengan.Mr Os...skrg kemain dah buli cikgu pulak.

Ni antara anak-anak murid ibu.
Sekarang masing-masing dah remaja dan sebahagian besar belajar di U.
Terasa kecil pulak cikgunya diampit gadis2 cantik dan jejaka hensom

Ni kawan2 Beby semasa di sekolah menengah.
Ada lagi sekumpulan rombongan kawan2 Along, Angah dan Beby datang.
Banyak sangat kalau nak tepek gambar.

Raya kat Johor ni meriah.
Ibu join marhaban wanita selama 4 hari.
Semalaman 11 buah rumah.
Balik rumah dah hampir pukul 11 malam.
Esok bekerja...
Walaupun penat tapi seronok.

Raya ke 7 (12.7.2016) pula giliran rumah ibu menerima kunjungan marhaban wanita..
Nasib baik 3Farahs masih ada di rumah.
Dapatlah membantu ibu..

Angah dan Along gigih mop lantai.
Maklumlah dah 1 minggu rumah ditinggalkan kerana kami beraya di kampung.
Fuh.......penuh habuk dan paling tension "taik cicak"....huhuhuhu....

Kumpulan "Yasinan" ibu suggest nak makan laksa versi Klate.
Dengan bantuan Beby dan 3Farahs semuanya berjalan lancar....


Rumah ibu giliran ke 6 pada malam tu.
Alhamdulillah...semua memuji keenakkan menu kami malam tu.
Memang licinnn..
Ada yang mintak resepi...ada yang berhajat nak tempah....ada yang minta nak tapau...he3x....

Pada 22.7.2016 (Jumaat) ibu sekeluarga adakan open house ala-ala hi-tea.
Tak sangka pulak ramai sangat tetamu yang hadir.
Pada mulanya ibu sekadar jemput kawan2 sekerja sekeluarga datang minum petang.
Masak simple-simple jee.....lebih kepada desert dan laksa penang...
Last minute kawan2 U Along...kawan2 sekolah rendah Along dan Angah.
Kawan2 Naurah pun datang.
Kelam kabut jugak kami sebab risau makanan tak cukup.
Jangkaan 100 orang tetamu tapi yang hadir melebihi 200+ orang.
Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan kami sekeluarga.
Walaupun ada kekurangan dari segi layanan dan makanan namun semua hepi.....

Nak snap gambar pun dah lupa. 
Ini pun kidnap gambar Along dan Angah....huhuhuhu.....

Alhamdulillah en Ayah banyak membantu menyediakan desert.
Tapai pulut dan puding dadih en ayah memang terbaik.
Ibu sediakan kek coklat leleh, gerodok ( desert versi Klate) dan laksa penang.

Shephred pie Angah memang terbaiklah.
Semua mintak resepi...5 loyang licinnnnn......
Sedap sangat katanya...
Femes emes kat w.apps group ibu......tergugat pulak ibu rasa...ha3x..

Malamnya pula kumpulan Marhaban Lelaki pulak berkunjung.
Adalah dalam 50 orang.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar......hidangan pun licin....
Walaupun penat namun jauh di sudut hati ada rasa kepuasan dan gembira.
Semoga rezeki kami makin bertambah dengan kehadiran tetamu-tetamu ini....


25 Julai 2016

Riang Ria Raya Part 2

Kisah Raya ke 2 yang dah basi dan lapuk.
Open House rumah adik ibu.
Gigih si kakaknya ni masak 30 ekor ayam dibantu oleh 3farahs...huhuhu...



Dah penat kat dapur semalaman....paginya kami sempatlah melaram....

Ibu dan 4Farahs.




13 Julai 2016

Riang Ria Raya Part 1

Bersua lagi setelah ibu menyepi beberapa minggu.
Kisah riang raya hari pertama.
Taip laju-laju sebab nak jugak kisah ni tertepek di sini...huhuhu....

Macam biasa selama 24 tahun usia perkahwinan kami..
Kami sekeluarga akan menyambut raya di kampung ibu dulu dan 
barulah menyambut di kampung en ayah.
Keputusan yang direncana oleh en ayah sejak awal perkahwinan kami dan 
dipersetujuai oleh ibu mertuaku.
Ibu sebagai seorang isteri dan menantu mengikut aje.
Dalam hati mestilah berbunga riangggggg........

Terima kasih abang...terima kasih MAK kerana mak terlalu memahami dan 
ikhlas walaupun ada
insan yang tidak puas hati dengan keadaan ini.
Kesian en ayah yang mungkin menjadi bahan ketiadak puasan hati orang lain dan 
mungkin "orang tertentu" cop ibu sebagai queen control dan mementingkan diri sendiri...

Biarlah...Hanya Allah yang tahu dan yang penting keputusan ini 
di atas persetujuan antara ibu, en ayah dan MIL........
Yang paling penting keikhlasan dalam melakukan sesuatu.
Kalau tak ikhlas dan sering berburuk sangka pun tak guna.
Pahala tak dapat.....buat penat dan stress je....
Alamak......sesi luah perasaan pulak....he3x...

Tahun ni rasanya kami baru ada tema warna.
"HITAM ITU MENAWAN"....
Rasa macam berkabung pulok...ha3x...
Raya sebelum ni kami ber"tema" fesyen sama tapi berlainan warna.
Ini pun dah last minute bertema warna hitam sebab kesian en Ayah gigih beli baju rayanya dan Faroukkat Vietnam semasa ayah berseminar kat sana.

Ayah dan ibu memang tak ada peluang la nak posing sesama sebab ada je budak menyelit kat tengah.

Permata hati ibu ...mama, abah dan 5F.

3 generasi....Angah...ibu dan mama....

5F......nak p mana tuuuuu....?

Lepas solat sunat raya ibu sekeluarga + family adik rushing pergi beraya rumah pakcik/makcik.
Balik rumah dah tak boleh kemana-mana sebab tetamu mula datang.
Ok ni je kisah raya pertama....
Gambar beraya rumah pakcik/makcik memang tak ada dalam stok....
Sejak dua menjak ni ibu dah tak berminat snap gambar.....hihu...
Ok...kalau ada kerajinan ibu sambung lagi kisah raya seterusnya......


24 Jun 2016

Selamat Hari Tua

Bersua di Ramadhan ke 19.
Hari ini bertambah lagi usia ibu.
Hari Lahir yang kini tidak pernah ibu ambil perduli...

Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan lagi sisa-sia usia.
Masih beri ruang dan peluang untuk ibu melihat anak-anak membesar..
.melihat seorang demi seorang anak-anak melangkah membina kejayaan....
Memberi peluang untuk ibu perbaiki kelemahan diri dari hari ke hari..
Memberi peluang untuk ibu menabur bakti yang tidak seberapa....

Terima kasih Allah kerana kurniakan ibu rezeki melimpah ruah...
Anak-anak yang baik...
Kesihatan yang baik dan kebahagian yang bertambah mekar....
Itulah rezeki dah rahmat Allah buat ibu...

Bagi ibu ulang tahun bermakna hari semakin diambang senja...
Semakin hampir ke penghujung jalan.
Semoga Allah berikan lagi sedikit waktu untuk ibu melihat anak-anak berjaya
membina hidup sendiri......InsyaAllah..

Seperti biasa ibu dan family akan menerima kek sponser dari seorang insan yang sangat baik hati.
Terima kasih bergudang lemon Sir Lee atas kiriman kek mocca yang sangat sedap. 
Ibu doakan agar Sir sentiasa murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

 Terima kasih buat kaum keluarga.....rakan-rakan yang sejak diawal pagi memberi ucapan dan mendoakan kesejahteraan ibu melalui w,apps, fb, dan ig..
Terlalu bahagia memiliki rakan-rakan yang begitu perihatin dan hebat.
TERIMA KASIH semua.....

Selingan.....
Ibu di usia 20an....bersama 3Farahs. 
Dan sekarang 3Farahs pula dah di usia 20an.....
Terlalu cepat masa berlalu meninggalkan kita.

23 Jun 2016

2 Kali Musibah

Kisah ni juga dah agak lama terjadi.
Maklumlah..ibu suka peram n3 macam orang buat pekasam.....

Ceritanya bermula bila ibu tengok kecomelan bunga-bunga rose jepun
yang ditanam di sekolah.
Maka tergedik-gedik jugalah ibu nak tanam pokok-pokok ni di halaman rumah.


KISAH 1
Maka suatu hari ibu pun  sibuklah memetik tangkai pokok tu.
Sampai rumah....keluar kereta terus capai cangkul.
Bagai ditarik-tarik tangan ibu untuk mengcangkul tanah.
Tiba-tiba...bersembur keluar air dari tanah...
Ya Allah...berderau darah ibu.
Batang paip pecah terkena hanyunan cangkul....
Panik...takut...risau dan binggung.
Orang yang tak pernah pegang cangkul..sekali mengcangkul habis lakukan kerosakkan.
Bimbang dan risau en Ayah marah.
Terus ibu berlari tutup paipbesar...
W.apps En Ayah.
Hantar macam-macam emoji. Emoji nangis..emoji sedih...emoji panik dll.
Siap-siap mintak maaf sebelum kena marah.
Ibu tahu mesti en Ayah dah gelak sakan baca ayat-ayat sedih dan emoji2 yang
mengambarkan kesedihan ibu tu.....

Bila dengar kereta En Ayah...ibu cepat-cepat bukakan pintu..
Sambut depan pintu padahal tak pernah dibuat sebelum ini.
Buat muka sedih mintak simpati.
Cerita...bla..bla..bla....dari A-Z.
En Ayah : Emmm...nanti petang sikit lah abang betulkan....
Aik....gitu je jawapannya...menjadi jugak lakonan ibu.
Mungkin En Ayah kesian tengok muka ibu yang sedih....
Terus muka yang sedih jadi gembira + tersengeh-sengeh macam kerang busuk...ha3x...


KISAH 2
Tidak cukup dengan apa yang ada dan bersifat tamak haloba maka
kali ke2 ibu sekali lagi memetik tangkai pokok 'rose Jepun".
Tengah leka memetik tiba-tiba handphone dalam handbag terpelanting jatuh
atas simen pero.
Retak cerminnya......Huwaaaa.....rasa nak meraung kat situ.
Baru 1 minggu guna Samsung Note ni.......
Apalah malang sangat angkara pokok 'rose Jepun" ni...
Alahai...banyak ujian kali ini.....

Sekarang pokok tu sedang mekar berbunga di laman rumah ibu.
Disebalik kemeriahan bunga2 comel tu terselit kisah pahit.

21 Jun 2016

Kisah Cuti Di Kelantan

Maaf lah ye terpaksa melayan n3 ibu yang agak berlapuk.
Ibu ni kalau buat n3 ikut mood.
Kalau datangnya kerajinan maka wujudlah 2-3 n3 tapi yang jadi masalahnya
 ibu peram dulu dalam draf.

Kisah cuti sekolah hari tu ibu balik ke Kelantan bermula 27.5.2016-5.6.2016.
Tak banyak aktiviti kali ni sebab ibu banyak habiskan masa menjadi Baby Sitter pada anak-anak saudara..klik SINI

Pintu gerbang yang buat hati ibu berbunga riang.....

 Ibu sempat pergi ke Pengkalan Kubur.
Beli alatan untuk raya kononnya..
At last barang-banrang tu tertinggal di kampung.....huhuhu....
Ni gambar depan kedai kawan ibu D.
Nadi Collection.
Juga rakan zaman persekolahan dulu.
Kalau sapa-sapa pergi Pengkalan Kubur bolehlah singgah sebab handbag kat kedai D
ni memang berkualiti tinggi dan cantik.....
D sendiri yang pergi obesi dan pilih rekabentuk terkini.
Dekat-dekat nak raya ni katanya stok baru dah sampai.....
Meh la ramai-ramai menjana pendapatan rakan-rakan kita....
Kalau nak diskaun cakaplah kawan D...he3x.....ok tak D?
p/s: Dapat diskaun tak untuk Y tolong promosi kedai D?...he3x...

 Sempat ibu meluangkan masa ber'dating' dengan BFF ibu Nie dan Yatie.
Kawan zaman persekolahan dan sampai sekarang kami masih rapat....
Itupun setelah anak-anak dah besar dan kami dah punya banyak masa terluang...
Bila jumpa tak sedar masa berlalu..
Rasa begitu pantas.
Terima kasih Nie belanja makan dan Yati bawakan roti jala dan popia sira yang sangat sedap.
Yati ni memang pakar dalam masakan....

Along, Angah, Ayah Yu dan Ayah Su pun berpeluang ber'dating'.
Lagi best 2F ni selalu dapat makan free sebab Ayah Yu dah kerja..
Pantang keluar pasti Ayah Yu akan belanja makan.
Ibu suka tengok kemesraan 2F dengan bapa saudara.
Umur mereka tak banyak beza dan keakraban mereka terjalin sampai kini...Alhamdulillah...

18 Jun 2016

Pandu Puteri Peringkat Negeri dan Kebangsaan

Kisah yang dah nak hampir basi juga ni.....
Tapi tepek jugalah untuk kenangan Kakak a.k.a Farah Naurah.

Pada 2.4.2016 yang lepas...Kakak terpilih untuk ke
Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2016 Pandu Puteri 
Peringkat Negeri Johor.
Tak banyak yang Kakak kongsikan dengan ibu sebab kakak ni
seorang yang agak pendiam.
Bila ditanya baru nak bercerita.

Gambar pun ibu jumpa sekeping ni je......

Pada 31 Mei 2016 hingga 2 Jun 2016 sekali lagi Kakak tarpilih.
Kali ini mewakili Negeri Johor pula ke Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Sebenarnya masa tu kami dalam dilema.
Kakak terpaksa ke program tu masa cuti sekolah.
Sedangkan masa tu saja Along dan Angah cuti.
Beby pulak ada program sebagai Juri Taekwando di Kuantan.
Ayah macam biasa terbang sana sini dengan kerjanya yang tak pernah habis....
Ibu nyaris nak batalkan balik kampung sebab program Ayah dan anak-anak
bertindih dengan tarikh ibu balik kampung....huhuhu....

Setelah berbincang dengan 5F dan mengambil pandangan cikgu Kakak maka dengan
rela hati Kakak sertai program tu.
Yelah kan...bukan senang nak join aktiviti Peringkat Kebangsaan.
Ibu pun dengan berat hati terpaksa bersetuju sebab sebelum ni ibu tak pernah
tinggalkan Kakak kalau balik kampung atau pergi luar dari Johor....

Kakak dan beberapa peserta daerah berkumpul sebelum bertolak....

Aktiviti Kakak di sana.
Mehlah kita tengok gambar je.....




13 Jun 2016

Aktiviti Generasi Z dan Kelantan

Bersua kembali.
Cuti pertengahan penggal ibu sempat mengambil sedikit waktu pulang ke kampung.
Sempatlah 1 minggu bercuti di Kelantan.
Itupun ibu pulang berempat je.
Beby, Naurah dan Ayah sibuk dengan program mereka.
Mujur ada Along dan Angah jadi driver ibu.
Farouk macam biasa jadi bos kecik.

Kisah kali ni tentang aktiviti Generasi Z di kampung.
Kebetulan 2 orang anak saudara ibu dari KL pun balik bercuti.
Maka ibulah jadi baby sitter untuk 3 orang anak saudara + farouk.
Bukan main seronok mereka dapat berkumpul bersama...
tidur, makan, solat berjemaah dan lakukan aktiviti bersama-sama.
Usia pun lebih kurang je antara 9-13 tahun.
 Inilah aktiviti mereka.
Habiskan lebih 70 % dengan tab dan handphone.
Mengadap TV....
Rasanya kebanyakan anak-anak sekarang begitu kot.
Bila masing-masing mengadap gadget rumah atok pun sunyilah walaupun mereka berempat.
Emmmmm...ibu redha jelah.
Lagipun cuti sekolah....

Kemain kusyuk masing-masing.
Kalaulah baca buku macam tu kan bagus.
Mengalahkan bisnesman pulak.

 Seronok ibu tengok.
Farouk yang tak suka makan nasi pun bersemangat makan bersama-sama cousin-nya

Sebelah petang ibu wajibkan mereka melakukan aktiviti di luar rumah.
Main bola...badminton..main kejar-kejar.
Dengan gigihnya ibu siapkan 1 jug besar air + kudapan sepinggan besar.
Walaupun agak penat namun ibu rasa gembira sangat.......

Sejak kecil mereka tidak pernah bergaduh.
Sangat mesra dan akrab.
Harapan ibu agar hubungan kekeluargaan ini terus erat sampai bila-bila...InsyaAllah.


9 Jun 2016

Genap 1 Bulan Usia Binggo

Bersua kembali setelah ibu menyepi.
Selamat berpuasa semua...
Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 4 kita berpuasa..

Alhamdulillah 9.6.2016 genap 1 bulan Binggo menjadi sebahagian daripada keluarga kami.
Sekarang Binggo seekor kucing yang sangat manja, ceria dan comel berbanding hari pertama Binggo hadir di depan rumah .
Kisah awal kehadiran Binggo yang menyedihkan boleh klik SINI .
Bila ibu sibuk pakcing kain baju..Binggo pun sibuk jugak.
Siap baring-baring atas beg.

Aksi yang sangat disukai Binggo bila bersama kami.

Suka berangan......

Gaya Binggo bila berehat...memang tak sopan langsung.
He3x....

Moga Binggo terus sihat dan ceria....
Binggo sihat ibu gembira......

1 Jun 2016

Warna Warni Maskot

Penutup sesi penggal pertama persekolahan dengan Kejohanan Olahraga dan Balapan.
Setelah berhujan dan berpanas lebih 2 minggu di padang akhirnya kemuncak sukan berlangsung dengan jayanya....
N3 ni cuma ibu fokus pada maskot je sebab ibu dah masukkan kejohanan ni dalam aktiviti ibu di sekolah ye...he3x....

Jom kita tengok hasil kreativiti cikgu-cikgu yang gigih menyiapkan semua maskot dalam masa terhad...3 hari uolls....

Maskot Pra Sekolah
Paling comel ibu rasa.
Geram je tengok kanak-kanak berusia 5-6 tahun ni beraksi di padang....
Rasa nak je kidnap buat balik rumah...muhahah...comel sangat.

sapa tak geram tengok anak-anak syurga ni kan....

Pasukan HIJAU
Tema ala-ala flaura dan fauna.
Guna daun kelapa sawit je dilekatkan pada kertas...
Anak-anak perempuan ibu dan rakan-rakan pakaikan cekak rambut.
Gigihlah kami lekatkan bunga-bunga dan daun-daun kain kat situ.....

Pasukan MERAH
Ibu tak pasti pulak tema apa ni.
Ada yang macam ladybird....ada yang macam pop yeh-yeh.
Yang pasti mereka nampak comel bergaya.

Pasukan KUNING
 Rumah KUNING ni ada kelopak bunga matahari...ada belon....memang cantik berseri.
Warna feveret ibu tau.
Warna kuning memang terserlah....

Pasukan BIRU
Biru dengan maskot robot nya.....
Memang kreatif la cikgunya....

Acara Perbarisan
Sedang bersediaaaaaa......

 Perbarisan bermula.
Penuh warna warni.
Pasukan KUNING dinobatkan sebagai JOHAN Perbarisan.

Alhamdulillah...akhirnya Pasukan HIJAN a.k.a SAUJANA dinobatkan JOHAN keseluruhan 2 tahun berturut-turut.
Terubat penat lelah ibu dan rakan-rakan sepasukan melatih anak-anak ini....

MAJU SUKAN UNTUK NEGARA

About me