Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 April 2016

Resepi Sambal Hitam Versi Ibu

Bila tekak teringin makan maka dengan gigihnya ibu bersilat kat dapur....
Meh intai resepi ibu yang simple....
Bahan2:

1/2 kg Belimbing Buluh
5-6 biji Bawang merah kecil
5 ulas Bawang putih
10 tangkai Cili padi (kalau suka pedas lebihkan)
Segengam Ikan bilis yang telah kopek
1 cawan minyak untuk menumis
Sedikit kicap lemak manis
Garam dan gula secukup rasa.


Cara-cara.
1. Belimbing buluh-dibersihkan dan direbus dalam periuk tanpa air hingga hampir kering dan bewarna hitam
2. Gunakan api yang kecil dan kacau sekali sekala.
3. Seelok nya gunakan periuk yang dah lama dan tak guna lagi sebab periuk tu nanti akan jadi hitam dan sukar bersihkan.
4. Masukkan sedikit garam sehingga bertukar warna kehitaman dan belimbing jadi lembik.
(lebih kurang 2-3 jam)
5. Cili api,ikan bilis,bawang besar ditumbuk kasar atau dikisar
 ( blender kering/ food processor)
6. Kemudian kisar belimbing buluh dalam pengisar.
7. Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk/kisar no 6.
8. Kacau hingga separuh masak dan masukkan belimbing kisar.
9. Masukkan garam dan gula serta sedikit kicap secukup rasa.

Sedap dimakan bersama nasi panas.....
Ibu simpan buat stok dalam petiais.
Memang tahan lama.

6 April 2016

Rezeki di Bulan Mac

Alhamdulillah rezeki datang melayang-layang di bulan Mac...he3x....

5 pasang kain pasang untuk ibu dan 4Farahs dan 2 helai kain pelikat dihadiahkan oleh 
BFF en Ayah, Sir Lee Cheng Kam a.k.a Daddy angkat 5F.
Terima kasih Sir kerana sering berkongsi rezeki dengan kami sekeluarga.
Semua Sir sekeluarga sentiasa di dalam kebahagian dan murah rezeki.

2 helai instant shawls hadiah daripada Angah.
Tqsm my dear Angah di atas ingatan buat ibu....

Dan Farouk pun tidak lupa hadiahkan ibu sepasang brooch yang comel untuk ibu.
Tqsm Farouk di atas ingatan.
Sanggup kumpul duit untuk beli hadiah untuk ibu.
Ibu pun tak pasti hadiah sempena apa?????????

Setiap tahun pasti ada mesyuarat Agung PIBG.
Sebut Mesyuarat Agung PIBG pasti ada cabutan bertuah.
Ibu ni bukan dikalangan orang yang bertuah sebab
memang jarang sangat ada luck....
Kali ni dapat la jugak 1 tin biskut...rezeki jugak kan......

Moga dibulan April ada lagi rezeki datang melayang-layang....InsyaAllah....


4 April 2016

Aktiviti Ibu di Sekolah Sepanjang Mac

Program Motivasi Tahun 6 - 3-4.3.2016
Program Motivasi untuk murid Tahun 6.
Farouk pun salah seorang calon menumpang dalam program ni....he3x...
Peserta bermalam semalaman di sekolah kerana banyak
program keagamaan di adakan.
Malamnya ada kem Al-Fatihah.
Setiap guru diberi menti seramai 2-3 orang untuk betulkan bacaan Al-Fatihah.
Seterusnya Ceramah Motivasi sehingga pukul 11 malam.
Seawal 4 pagi diadakan Qiamulai dan pelbagai program sehingga pukul 11 pagi....



Karnival Ko-Akademik Bahasa Melayu dan Matematik
Zon-5.3.2016
Program saban tahun.
Tahun ni sekolah ibu menjadi tuan rumah untuk BM.
Karnival Matematik pula diadakan di sekolah berhampiran.
Alhamdulillah peserta kuiz Matematik mendapat Naib Johan dan mewakili
Zon ke Daerah dan Bijak sifir mendapat tempat ke 3.


Program Anti Dadah - 6-10.3.22016
Ini pun program wajib.
Sepanjang minggu pelbagai aktiviti diadakan tanpa menganggu PdP.
Kebanyakkan pertandingan dijalankan di dalam
PdP.
Mengarang BM, mewarna poster-PSV dll.

Solat Gerhana Matahari- 9.3.2016
Solat yang diadakan beramai-ramai di dataraan bermula pukul 8.00-8.45 pagi diselitkan
dengan pengisian khutbah.....
Alhamdulillah...dapatlah anak2 bersama2 belajar.
Cikgu-cikgu pun sama...he3x...
Yelah kan....perkara yang jarang berlalu perlu kena recall balik cari perlaksanaannya...


Mesyuarat Agung PIBG-27.3.2016
Alhamdulillah berjalan lancar.
Cuma terkadang masa meeting ni ibu bapa tak ada pulak isu nak dikemukakan.
Yang tak bestnya isu diluahkan ditempat tak sepatutnya.
Bukan semua cuma sebilangan "kecil dan sangat kecil".....
Itupun disebabkan masalah diri sendiri dan anak-anak.
Biasalah kita nikan manusia biasa.
Tak lepas dari melakukan kesilapan....

Tahun ni kami bertema "biru".
Idea spontan.
Biasanya kaum gegirls ni....macam-macam idea disebalik
sibuk dengan persiapan mesyuarat......
Gambar sebelum meeting....


Huru hara sebelum bergambar......

Macam biasa la ibu jadi "penanda aras"...he3x...
Nak buat macam manakan...Ketinggian Ibu ni bersaiz antarabangsa...

Keratan akhbar berita tentang mesyuarat PIBG
Sekolah ibu.

Ibu ni kalau bab2 cabutan bertuah memang jarang ada luck...
Kali ni dapat setin biskut "munchy's"....ha3x...
Kira luck la tu kan.....

Program Segak-29.3.2016
Ni bukan nak cari sapa yang paling segak ye ibu-ibu tapi ujian kecergasan.
Setahun 2x ujian ini dilakukan untuk murid-murid Tahap 2.


Solat Hajat UPSR -31.3.2016
Program setiap hujung bulan yang diadakan di surau berhampiran sekolah.
Program bermula sebelum Maghrib dan berakhir selepas Isyak.

Itulah antara aktiviti-aktiviti yang berjalan di sekolah sepanjang bulan Mac.
Sebenarnya ada lagi aktiviti cuma ibu update yang penting je....


About me