Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Mac 2016

Kisah Sepanjang Bulan Februari

A. Kakak Farah Naurah menerima Hadiah kecemerlangan PT3 
berupa RM.......
Tahniah Kakak..semoga terus cemerlang.
Ibu bangga dengan kecemerlangan Kakak.
Bergambar dengan rakan-rakan yang cemerlang dalam PT3.

B. Ulang Tahun Farah Naurah yang ke 16 (3.2.2000)
Kek sponser daripada "Daddy Sir Lee Cheng Kin"-Tqsm Sir.
Ibu doakan agar kakak terus berjaya dalam hidup...Dipermudahkan segala urusan..Amiin

C. Aktiviti Melukis Mural di Kelas
3F membantu ibu semasa weekend.

Ibu menyambung kerja-kerja selepas waktu persekolahan.

Mural Pokok Sifir

D. Jalan-jalan Melaka
Macam biasa anak-anak dara bershopping.....

E. Kemas Kini Ruang Dapur.
Sebenarnya ibu buat "labeling" pada rempah ratus...senang anak-anak dara untuk memasak.
Sepanjang 2 bulan anak-anak cuti sem ibu "cuti memasak"...
Along yang banyak mengambil alih menyediakan hidungan untuk lunch dan dinner.
Angah pulak lebih cenderung untuk menyediakan untuk hi-tea.

Hadiah pertukaran sempena ayah naik pangkat.
Yang bestnya hadiah tu banyak untuk kegunaan ibu.
Sebahagian besar peralatan dapur, hiasan rumah dan kain pasang.
Ayah cuma dapat beberapa helai tie dan tali pinggang.....
Suka3x.....

Rasanya banyak lagi aktiviti bulan Februari tapi neutron ibu tidak bercantum sepenuhnya....



2 Mac 2016

Kisah Kehilangan Oyen

Kehadiran Oyen menjadi sebahagian family dalam hidup kami.
Patutlah Nabi Muhammad saw amat menyayangi kucing sebab makhluk ni merupakan minda terapi 
yang paling berkesan dikala kita sedih atau kesunyian.

Oyen menceriakan hari-hari kami walaupun adakalanya Oyen buat hati ibu gundah gulana.
Oyen seekor kucing yang sangat "cool"....mendengar kata dan tidak
banyak kerenah.
Banyak habiskan masa "tidur" dan berehat.....jarang ibu lihat Oyen 
berlari ke sana sini....Oyen boleh dikatakan seekor kucing yang sopan dan pemalu.

Semasa kami bercuti CNY selama seminggu..Oyen hilang tanpa dapat
dikesan.
Bertapa kami sekeluarga bersedih di atas kehilangan Oyen.
Menurut jiran ibu ( yang sering menjaga Oyen setiap kali kami bercuti) sepanjang kami
bercuti seminggu hanya sekali je Oyen balik makan.
Lepas tu dia dah tak nampak gelibat Oyen.
Bertapa rindunya ibu dan anak-anak pada oyen.

Hampir 2 minggu Oyen hilang.
Ibu memujuk hati agar bersabar.
Ibu tidap putus berharap agar Oyen selamat.
Ibu berdoa agar Oyen baik2 saja ditempat baru....

Suatu petang tiba-tiba Oyen muncul depan pintu...
Badan kurus tidak bermaya.....
Ya Allah..tidak dapat nak ibu gambarkan kegembiraan ini.
5F turut gembira dan bersyukur dengan kehadiran oyen.

Dan minggu ini Oyen hilang lagi.
Hingga saat ibu menaip n3 ni dah masuk 9 hari Oyen hilang.....
Ibu cuma berharap agar Oyen baik2 saja dan kembali ke pangkuan kami dengan selamat...
Sekiranya Oyen sudah temui penganti kami,
Ibu berharap 'tuan baru' menjaga Oyen baik.
Ketahuailah Oyen saat ini ibu amat merindui Oyen.
Jauh disudut hati ibu tidak pernah putus berharap
agar Oyen kembali kepangkuan ibu.
Ibu sangap rindu untuk memeluk dan mendakap Oyen.
Ibu rindu bila saat lapar Oyen mencium dan menjilat muka ibu.

Selalu abang Farouk buli Oyen baca buku setiap malam....

Bila abang Farouk ke surau..sedap je oyen berdengkur atas buku.....

Ginilah muka bila kena bebel dengan ibu...
macam mana hati ibu tak cair tengok muka oyen....

Manja sangat dengan abang farouk

Suka juga teman ibu tengok TV.....

Gaya tidur oyen....Suka peluk bebear...

Bilik Kakak Naurah pot yang paling oyen suka....

Juga di ruang rehat......tempat lepak Oyen...

Kembalilah oyen....Ibu sangat merindui Oyen.....

29 Februari 2016

Kelantan dan Keretapi

Bersua lagi dengan kisah #terobek lagi dan lagi.
Kisah semasa CNY...
Kami balik bercuti di kampung ibu.
 Alhamdulillah perjalanan di LPT 2 lancar tanpa ada kesesakan....

Rutin biasa bila ibu balik kampung.....
Pagi-pagi pergi ke RTC..
Dan ke WCH dan Rantau Panjang.
Tak banyak gambar sebenarnya.
Sekarang ni nak snap gambar pun dah malas....
Layan 4Farahs bershopping....Fuh....berpeluh ibu.

Aiskerim Baba yang hanya ada di Rantau Panjang.....

Aktiviti yang paling seronok buat kanak-kanak rebina masa cuti kali ni dapat naik keretapi.
Rasanya tahun terakhir ibu bawa 5F naik keretapi 9 tahun lepas.
Itu pun kami pergi ke KL dari Kota Bharu naik flight dan OTW balik
5F nak naik keretapi.....Buka main seronok mereka...
Cuti kali ni Ibu bawa Farouk dan anak saudara naik KTM.
Perjalanan dari Pasir Mas ke Tumpat..Tumpat ke Pasir Mas.
Tambang untuk 2 hala cuma RM2 seorang.
Sangat murah..dan selesa.
Ada aircond.....
Kalau naik kereta..Jarak antara Pasir Mas ke Tumpat lebih kurang 25KM kot.

 Perjalanan tak sampai 15 minit dan kami berhenti di 3 buah station.

Station terakhir di Tumpat.
Kami menunggu dalam 15 minit sahaja untuk berpatah balik ke pasir Mas.

Seminggu kami di Kelantan.
OTW balik Johor singgah di Jertih untuk beli keropok lekor......

About me