Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 September 2014

Rindunya Pada 3Farahs

Saban tahun seorang demi seorang 3Farahs melangkah keluar mengejar impian.
Rezeki yang Allah berikan buat mereka bertiga melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Namun saban hari hati ibu dilanda kerinduan.
Rindu yang sarat di dada seorang bergelar ibu.
Terasa amat-amat sunyi sekarang tanpa mereka bertiga.
Kami sangat rapat.
Banyak habiskan masa bersama-sama.
Merekalah yang sering menemani ibu dikala ayah sibuk dengan
kerja-kerja di luar kawasan.....emmmmm
Kini mereka tiada lagi disisi menemani ibu....
Hanya suara dan gambar-gambar yang mampu jadi pengubat rindu ibu.

Gambar terkini 3Farahsyang ibu ambil dari w.apps dan insta.
 Along di UTeM.......
Gambar ni katanya dia baru balik dari latihan interview dan proposal diluluskan....

Angah( 3 dari kiri ) di UiTM bersama rakan-rakan sekuliah .
Terserlah ketinggian Angah....
Rakan-rakan yang sama-sama belajar Asasi Law sewaktu di UiTM Kuantan dulu.
Alhamdulillah mereka sama-sama melangkah seterusnya menyambung degree di sini...

Beby di KPM.
Sekarang Beby tidak sihat...Demam katanya.
Kesian baby girl ibu.
Moga cepat sembuh ye....
Beberapa hari lepas Beby terpilih untuk ikut serta dalam temubual@interaksi
bersama pensyarah dari sebuah universiti di Australia.....syabas Beby.

Masing-masing sibuk dengan kuliah...exam...program...huhuhu...
Ibu cuma mampu memantau dari jauh...
Rindu sangat-sangat pada 3Farahs.
Rindu macam orang bercinta gila bayang.....adeh....

Ibu terlalu merindui kalian....

Kalau mampu ingin ibu putarkan semula waktu ini...
Ibu terlalu rindukan saat ini.
Saat kalian bertiga sentiasa disisi ibu.

Ya Allah......hanya Engkau yang maha mengetahui perasaan rindu seorang ibu.....
RIndu yang terkadang tak mampu dibendung......
Lindungilah mereka dibawah rahmat dan kasih sayangMu....
Berikanlah kesihatan yang baik agar mereka mampu belajar dengan tenang.
Berikanlah kecemerlang buat mereka dalam setiap peperiksaan yang
sedang dan akan mereka lalui......Amin.

p/s:
Menghitung hari........

27 September 2014

Sedikit Bakti Untuk Rakan Sealiran

22-25 September 2014, ibu sekali lagi di panggil atau dalam erti kata lain ditugaskan
untuk menghadirkan diri ke SMA Lughatul Quran bagi program khidmat bantu Pusat Sumber.
Sebuah sekolah agama swasta yang telah diambil alih oleh KPM bermula Oktober 2012.
"Saya Yang Menurut Perintah".

Sebagai Fasilitator PSS Daerah ibu terima tugasan yang diamanahkan dengan hati terbuka.
Tugasan yang boleh dikatakan saban tahun ibu sertai.
Seramai 20 orang FASI@GPM PSS dipilih bergabung tenaga dengan Pegawai Teknologi Pendidikan.

Pada tarikh yang sama Ayah terbang ke Sabah bagi hadiri persidangan Cuepecs.
Redha dengan keadaan ini...
Memang risaukan Naurah dan Farouk.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami.
Ada 2 orang Hamba Allah yang sudi menumpangkan
mereka berdua balik dari sekolah selama 4 hari.......

Selama 4 hari kami berkampung di PSS SMALQ.
Alhamdulillah kami melakukan tugasan dalam keadaan santai dan ceria.

Teamwork yang bertukus lumus menyiapkan tugasan yang diamanahkan dengan budget RM10,000.
Hanya 2 buah sekolah terpilih seluruh Negeri Johor.
Salah sebuah lagi sekolah di daerah Mersing.

Hari terakhir Majlis penutup program dihadiri oleh
 Datin Che Normadiah Bt Che Abbas (bertudung hitam).
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor.
Sangat peramah orangnya dan tidak sombong.
Sempatlah ibu dan beberapa orang rakan-rakan bergambar dengan beliau.

p/s:
Ramai daripada rakan-rakansealiran ibu bersekolah ganti hari ni.
Selamat menjalankan tugas....

26 September 2014

Rindu Kak Long

23.9.2014 bersamaan ulang tahun Abah-
Genap sudah 40 hari arwah kak long dan abg long pergi mengadap Ilahi.
Hari ini genap 43hari pemergian arwah berdua.

Ya Allah...semakin hari ibu semakin rindu mereka.
Terbayang senyum dan tawa kak long.
Hati makin sedih bila kepulangan ibu bercuti kekampung baru-baru ini tanpa kak long.
Biasanya cuti kami sering berkumpul bersama.
Maklumlah kami 3 beradik perempuan bergelar guru dan cuti kami serentak.

Kak long lah yang akan bangun seawal pagi untuk sediakan sarapan.
Kak long memang pakar memasak dan amat rajin mencuba resepi baru.
Kami adik-adik order nak makan apa pasti akan disediakan.
Kami dilayan penuh kemanjaan...
Ya Allah....terlalu sarat rindu ini.
Makin hari makin menebal dijiwa ini..
Mana mungkin ibu dapat lupakan kak long.
Bila rindu ibu akan memakai baju-baju blouse peninggalan kak long.
Ibu akan rasa dekat dengan kak long.
Ibu rindu segala-galanya tentang kak long..

Sewaktu awal cuti kami sepakat mengadakan majlis tahlil di rumah abah di kampung.
Masa tu genap 30 hari pemergian arwah kak long dan abg long.....
Pelajar-pelajar tahfiz sekolah arwah pakcik pun dijemput hadir.

Penuh 4 ruang rumah abah dihadiri saudara mara..

Masih tidak percaya kak long dan abg long pergi secepat ini.
Semoga Allah tempatkan mereka berdua dikalangan orang-orang yang beriman.
Tenanglah kalian di sana.....
Al-Fatihah...moga kak long dan abg long tenang bersemadi di sana.

About me