Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Ogos 2014

Tolak Tawaran ke Australia, Malaysia Tetap di Hati

Terima Kasih semua atas ucapan takziah
di atas pemergian Kak Long dan Abg Long.
Hingga ke saat ini kami masih bersedih di atas pemergian
arwah...
Kehidupan perlu diteruskan.
Cuma doa yang mampu kami kirimkan buat arwah berdua....
Tenanglah kalian di sana....

Hari ni ibu nak buat n3 tentang Angah.
Nak ubat kesedihan dan kelukaan hati.
Ibu pasti kak longlah orang yang paling gembira dan bahagia
di atas kejayaan anak-anak ibu.
Kak Long dan Abg Longlah orang yang pertama
akan memberi ucapan tahniah buat anak-anak ibu.
Terkilannya ibu tak sempat nak maklumkan penempatan
Angah kepada arwah berdua...
Ya Allah.......

Minggu lepas debaran bekas pelajar-pelajar Asasi, Matrikulasi dan STPM
berakhir bila penempatan ke universiti telah diketahui.

Tahniah kepada yang berjaya dan kepada
yang tidak berjaya jangan bersedih kerana ada hikmah disebalik yang Allah aturkan.
Tak semestinya tidak berjaya jejak kaki ke menara gading segala-galanya berkecai......

Angah salah seorang pelajar Asasi Penerapan,
cuma bezanya debaran Angah tidak sehebat rakan-rakan lain kerana
Angah berada dalam kumpulan yang selamat.
Angah antara pelajar yang
secara automatik diserapkan terus ke UiTM kerana
selama 1 tahun Angah dibawah tajaan  MARA.

Ibulah paling gembira kerana Angah pun ditempatkan agak dekat
dengan ibu.
Rasanya dari Muar ke Seremban tak sampai 2 jam.

Ibu tahu ramai family terkilan kerana Angah menolak
tawaran ke Australia.
Kak Long juga pernah meluahkan rasa terkilannya itu.
Tapi ada hikmah disebaliknya.
Kalau Angah terima tawaran itu pastinya saat ini Angah dan terbang ke sana.
Angah dah tidak sempat menatap wajah uminya (Kak Long) buat kali terakhir.

Hati ibu mana tak sedih bila melihat anak dengan berat hati
melepaskan peluang keemasan itu.
Peluang yang tidak semua orang dapat.
InsyaAllah, akan ada rezeki Angah dimasa akan datang untuk
menyambung belajar ke oversea.


Angah berada dibawah program sarjana muda
"Penerapan Pelajar Asasi/Trek Pantas UiTM.
So Angah tidak terlibat dengan UPU.
Terus diserap masuk secara automatik ke UiTM berdasarkan result akhir asasi.....

Alhamdulillah akhirnya Allah makbulkan doa ibu agar anak-anak ibu tidak
dipisahkan jauh daripada ibu.
Pelajar2 Asasi Law kebanyakan diserap ke sini kerana
di UiTM ini banyak kursusnya dalam bidang perundangan.

Ibu doakan moga anak-anak ibu terus cemerlang...InsyaAllah..

p/s: 
Saat ini terlalu RINDUkan Kak Long.
Al-Fatihah....

15 Ogos 2014

Kak Long, Begitu Cepat Kak Long Pergi

13.8.2014
12.15 tengah malam- Ibu menerima call daripada Beby di Kuantan.
 Katanya dia terima call daripada seseorang yang tidak dikenali 
melalui telefon umi (K.long)  yang memberitahu mereka kemalangan.
Ibu call semula hp kak long dan ternyata suara lain yang mengangkatnya. 
Ibu dengar suara Yaya (anak tunggal k.long) menangis semahu-mahunya. 
Orang itu mengesahkan kak long dan abang long kemalangan.

Ibu call abah, ibu w.apps group family.
Adik2 ambil tindakan segera cari lokasi.
Call balai polis,call hospital.
30minit kemudian polis dah jumpa tempat kemalangan.

12.40 tengah malam-Kami dapat pengesahan dan mangsa disahkan meninggal
ditempat kejadian.
 Inna lillah wa inna ilayhi raji'un ( إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
Ya Allah....saat itu ibu rasa dunia gelap.
Terkejut,binggung, tergamam....rasa macam mimpi.
Masih tak percaya dengan khabar yang diterima.
Anak-anak semua dah menangis teresak-esak.
Ibu buntu.
Ayah bertindak pantas.
Packing keperluan penting.
Kami tunggu pengesahan polis kemana jenazah akan dibawa.

1.00 pagi masih menunggu pengesahan.
Urusan polis masih belum selesai ditempat kejadian.
Akhirnya polis beri pengesahan jenazah di bawa ke hospital berhampiran
di Hospital Changkat Melintang.

2.00 pagi- Ibu masih kebinggungan.
Ayah arahkan kami masuk kereta.
Bertolak ke Perak.
Perjalanan Johor-Perak lebih kurang 6 jam.

8.00 pagi-Kami tiba di Hospital Changkat Melintang Bota.
Ibu saksikan begitu ramai orang menunggu depan bilik mayat.
Ibu lihat Abah, Adik Mie dah sampai dari Kelantan..
Adik Kie dari Rawang menyusul di belakang kereta kami.
Abah peluk ibu..menangis.
Adik mie peluk ibu menangis.
Kie cium tangan ibu dan menangis.

Agak lama kami menunggu siasatan polis.
Ibu tak pasti pukul berapa kami dibenarkan masuk ke bilik mayat.
Ya Allah....Ibu menangis semahu-mahunya bila kali pertama
menatap wajah terakhir Kak Long.
Ibu dipeluk adik Kie dan adik Mie...
Kami sama-sama menangis.
Keluarga pujuk ibu....tenangkan ibu...
Ibu tidak mampu menahan kesedihan.
Ayah turut menitiskan airmata...Along,Angah, Naurah dan Farouk
tersedu-sedan....

Kami ke bilik sebelah.
Sekali lagi kami menangis melihat wajah tenang abang long.
Senyuman terukir dibibirnya.
Ya Allah, adakah mereka sedang tidur?

Ibu tidak mampu lama di situ.
Tidak sanggup melihat kak long dan abang long sedemikian.
Ibu ke tempat Yaya dirawat.
Ibu peluk Yaya...ibu suapkan dia makan.
Ibu tak sanggup nak beritahu Yaya yang umi dan baba telah tiada.
Yaya kata dia call umi guna tabnya tapi umi tak angkat..Ya Allah...

12.00 tengahari- Urusan penyiasatan, post mortem (adik mie lakukan bersama doktor di sana),
mandi jenazah dan kafan.
Pihak hospital memangil ibu untuk ikut serta.
Ya Allah, ibu tiada kekuatan untuk masuk.
Ibu lemah..ibu trauma...ibu terlalu sedih....
Ayah, Farouk, adik Mie bersama mandikan jenazah abang long.
Adik kie seperti ibu...tidak kuat untuk berada di sana.

Ibu dan keluarga masuk ke bilik mayat.
Mengucup dahi kak long untuk kali terakhir.
Sejuk...kaku...Ya Allah...betulkah apa yang ada depan mata ibu......

12.20-Kedua-dua jenazah dibawa balik ke rumah arwah
di Ayer Tawar.
Begitu ramai kenalan Kak Long dan Abg Long.
Ya Allah...ibu terus berlari naik ke tingkat atas.
Ibu masuk bilik kak long.
Ibu peluk baju-baju kak long.
Ibu tak mampu menahan kesedihan.
Lama ibu berada di atas.
Ibu mula merindui Kak Long...

Selepas solat Zohor,jenazah dibawa ke Behrang 
untuk dikebumikan di sisi arwah ayah abang long yang meninggal sehari sebelum kejadian.

Diperkarangan rumah arwah.
Ramai rakan taulan sedang menunggu.

Berita online dan Keratan-keratan akhbar






Pemergian arwah berdua secara tiba-tiba mengejutkan kami sekeluarga.
Baru raya lepas kami habiskan masa bersama.
Tiada tanda-tanda yang ditinggalkan.
Cuma Kak Long tidak banyak cakap....asyik sibuk minta bergambar.
Katanya nak buat kenangan.

 Bebylah orang yang paling sedih kerana Kak Long dan Abang Long pernah
membelanya masa kecil.
Menurut kata Beby, sejak akhir-akhir ni setiap hari
umi dan baba (k.long dan a.long) call, sms dan w.apps dia.
Setiap hari beri nasihat suruh dia belajar...suruh dia ingatkan mrk.
Semasa menerima khabar berita ini Beby sedang menduduki exam sem.
Agak lewat ibu maklumkan pada Beby sebab takut dia hilang fokus.
Bila terima berita sedih ni Beby menangis semahunya....dia pengsan di bilik kuliah.
Demam panas..mengiggil dan dah 3 kali terpaksa dikejarkan ke hospital.
Ya Allah.....

Menurut 4Farahs, semasa raya umi kata: Jomlah posing dengan umi. 
Mungkin ni raya terakhir kita bersama. 
Mungkin tahun depan kita dah tak sambut raya sama-sama..
Ya Allah....

Ya Allah...
Walaupun Kak Long anak tiri abah namun kasih sayang
abah pada kak long tiada berbeza dengan kami malah
abang long merupakan menantu kesayangan abah.
Kak Long seorang kakak yang terhebat.
Menyayangi kami sepenuh jiwa raganya, 
sanggup berkorban demi keluarga terutama adik-adik.
Seorang kakak yang periang, penyayang dan perihatin.

Ya Allah...satu-satunya kakak kandung yang ibu miliki di dunia ini.
Seorang kakak,seorang sahabat yang sering berkongsi rahsia.
Antara kami tiada rahsia...sering menangis dan ketawa bersama.
Susah senang kami kongsi bersama.
Ibu tak pasti bagaimana hidup mendatang tanpa kak long.
Terasa sebahagian jasad dibawa pergi bersama.

Saat ini ibu terlalu merindui kak long.
Setiap saat kak long hadir.
Hilang segala kekuatan yang ibu miliki.
Airmata masih deras mengalir dan mengalir.....
Ibu terlalu RINDU pada kak long.

Ya Allah...
Moga Kak Long dan Abang Long ditempat para soleh dan solehin.
Kalian tetap hidup subur diingatan kami sekeluarga....
Al-Fatihah.....

13 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014-Ratu Selfie

Wabak yang makin kritikal melanda dunia hari ini ialah 'selfie".
Rasanya 'selfie'dan 'monopod' antara yang terfemes musim raya 2014.
Bagi generasi Y mungkin sudah sinonim tapi camne kalau ibu dan ayah
pun turut terjebak sama.
Adeh ...tua2 pun nak berselfie bagai.
Angkara Beby a.k.a Farah Najdah kami secara paksa rela memenuhi
permintaan dia ala-ala paksa...Adeh, sabar jelah.

Sorry ye sebab banyak jugak gambar ye ibu tepek kat sini.

 Ce tengok gambar-gambar ni.
Ibu, atok mama, Angah, Farouk, Naurah dan Ayah jadi mangsa selfie Beby.
Lebih kritikal bila Beby dapat hadiah handphone baru daripada ayah
2 hari sebelum raya..

Makcik, pakcik, sepupu sepapat jugak tidak ketinggalan jadi model selfie Beby.....
Sabar jelah.
Sebenarnya banyak lagi stok gambar yang ada tapi naik berpinar mata ibu
memilihnya......

 Tak habis-habis wabak ni menular.....

 Dan lagiiiii.....

Suka tengok gambar nie.
3Farahs bersama pakcik kesayangan yang hampir sebaya....Ayah Yu dan Ayah Su.
Semuanya bergelar pelajar dipusat pengajian tinggi dalam bidang berbeza tapi
mempunyai misi dan visi yang sama.
Seorang dalam bidang perubatan, ICT networking, Multimedia, Law dan English in Comunication.
Seorang di oversea, sorang di Melaka, 2 orang di Kuantan dan seorang
di Selangor...Akhirnya Hari Raya menyatukan mereka.
Tidak hairanlah mereka  banyak habiskan masa bersama-sama....
keluar bersama dan window shopping bersama-sama.
Menghabiskan masa berkualiti bersama-sama.

Riuh rendah gelak ketawa yang membuat ibu merangkap seorang ibu dan seorang kakak
yang paling bahagia dan bangga dengan kejayaan mereka berlima.
Eh...cerita dah keluar tajuk niii.....muhahaha....


Kak long a.k.a Ummi menyelit....

 Along dan Angah.

Along dan Balqis....kecik2 dah pandai selfie budak gedek nie.

Angah dan Ayah Yu.
Mereka berdua paling rapat.
Rasanya mereka ni punya perangai yang sama kot....

Along dan Ayah Su

Along dah Ayah Yu.

Agak2nya sapa yang jadi RATU SELFIE dalam family ibu????????

About me