Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Mei 2014

Kau Ibuku Kau Guruku

Kau Ibuku....Kau Guruku,

14 Mei dengan rasminya darjat ibu diangkat sebagai seorang ibu dan pada tarikh inilah
anak-anak meraikan hari kelahiran Along dan Hari Ibu.
16 Mei pula ibu diraikan sebagai seorang guru.
Bulan Mei banyak mencatat tarikh bersejarah dalam hidup ibu.

Setiap tahun pasti ibu akan terima cenderahati 2 in 1 daripada insan-insan
tersayang.
SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU......

Cenderahati daripada insan-insan tersayang....
Naurah-Minyak wangi yang sangat sweet baunya.

Beby-aiskrim kegemaran ibu.

Si bujang ensom-minyak wangi, sarung kaki dan nota comel.....

Along-kek secret recipe kegemaran ibu.

Angah-memasak seloyang "shepherd pai" yang sedap.

Yang kelakarnya Ayah yang memang tidak romantik tu menghantar lagu
"Guru Malaysia" dan kad Hari Guru di w.apps ibu.
Sabar jelah.
Saat ini ayah berada jauh nun di sana.
Nampak tak bertapa skema dan patriotiknya Ayah.
Adeh, kalau orang lain pasti menghantar bunga ke apa tapi ayah ni
lain sikit......

Apapun terima kasih buat anak-anak ibu di atas tanda ingatan.
Terima kasih Ayah kerana menjadi CIKGU yang terbaik buat ibu dan anak-anak.
Ayah mengajar ibu dari seorang yang manja dan lemah menjadi seorang yang
kuat, tabah, sabar, cekal, menghargai, menerima seadanya, dan paling utama berdikari.
Terima kasih rakan-rakan guru,anak-anak murid, kaum keluarga
yang tidak putus-putus mengirim ucapan di FB, w.apps, sms dan telegram.

Tidak lupa selamat Hari Guru buat rakan-rakan blog yang bergelar guru.
Pada Abah ibu yang juga seorang guru, kak long dan adik ibu atie.
Juga adik ipar ibu.
Bekas guru-guru ibu yang banyak berjasa sehingga  ibu bergelar
seorang "GURU"....
Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa-jasa dan ilmu yang dicurahkan....
SELAMAT HARI GURU.


Selingan :
FM daripada ummi yang tiba pada Hari Ibu yang kami sambut ...TQSM ummi....
Selamat Hari Guru juga buat ummi.

15 Mei 2014

Ber"dominos' la Kita.

Petang Isnin tetiba je tekak ibu nak makan pizza.
Tak nak makan pizza homemade, tak nak pizza hut tapi nak pizza dominos.
Alahai layan jelah tekak.
Lagipun ibu belum lagi meraikankan kejayaan Angah dalam Result Asasinya.

Lebih kurang pukul 6 petang kami bersiap.
Kena cakap awal-awal kat 3Farahs tu suruh bersiap.
Maklumlah anak dara.

OTW ke Muar memang jalan banyak sangat kereta.
Mungkin esoknya hari Wesak.
Restaurant Dominos pizza Muar terletak di ground floor Traders Hotel.
Kat situ bersebelahan Secret Recipe dan Big Apple....Adeh, semua tu feveret kami.

Kami order family set.
Senang cerita.....
2 bijik pizzaaaaaa .....

Hanya ada 4F...Along tak dapat bersama sebab tak cuti....huhuhu.....sedih.

Mengimbas kenangan masa Angah makan pizza dengan kawan-kawan dia selepas MUET.

 Posing dulu sebelum ngappppp....

Peminat setia pizzaaaaaa.....

Lepas makan kami terus balik.......

Terima kasih di atas ucapan hari lahir along dan kejayaan angah dalam asasi.

14 Mei 2014

Selamat Ulang Tahun Si Manis 20

Selamat Hari Lahir buat Along dan Selamat Hari Ibu buat ibu.......
Tanggal 14.5.1994 dengan rasminya ibu dinaik darjat sebagai seorang ibu.
Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan ibu sebutir permata yang amat
sempurna dimata ibu dan ayah setelah 2 tahun penantian kami.

So kami dah sepakat untuk meraikan hari istimewa pada tarikh ini.
Boleh ke macam tu....he.he.he.....

Tak sangka begitu cepat masa berlalu.
Along dah 20 tahun dan ibu dah makin tua.
18 tahun Along membesar didepan mata ibu.
Setiap perkembangan Along tidak pernah ibu ter"miss".

Namun diusia 18 tahun Along terpaksa "keluar" mengejar ilmu di matrikulasi.
Diusia 19 tahun Along hadiahkan kami dengan kecemerlangan.
Along melangkah maju selangkah lagi untuk menyambung degree
di universiti......

Sewaktu kecil

Bandung-2013

USS-2014

Terkini-bersama rakan di  kampus.

Ibu doakan agar Along sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah.
Dipermudahkan segala urusan.
Diberikan kesihatan yang baik.
Dimurahkan rezeki dan terus menjadi pembakar semangat adik-adik
untuk terus cemerlang dalam pelajaran.
Dan semoga Along teruskan amalan membaca ayat-ayat suci al-quran
yang sering Along lakukan setiap hari selepas Maghrib.

Sesungguhnya kami amat bangga memiliki Along.
Terima Kasih ALLAH....Alhamdulillah.

About me