Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Mei 2014

Ber"dominos' la Kita.

Petang Isnin tetiba je tekak ibu nak makan pizza.
Tak nak makan pizza homemade, tak nak pizza hut tapi nak pizza dominos.
Alahai layan jelah tekak.
Lagipun ibu belum lagi meraikankan kejayaan Angah dalam Result Asasinya.

Lebih kurang pukul 6 petang kami bersiap.
Kena cakap awal-awal kat 3Farahs tu suruh bersiap.
Maklumlah anak dara.

OTW ke Muar memang jalan banyak sangat kereta.
Mungkin esoknya hari Wesak.
Restaurant Dominos pizza Muar terletak di ground floor Traders Hotel.
Kat situ bersebelahan Secret Recipe dan Big Apple....Adeh, semua tu feveret kami.

Kami order family set.
Senang cerita.....
2 bijik pizzaaaaaa .....

Hanya ada 4F...Along tak dapat bersama sebab tak cuti....huhuhu.....sedih.

Mengimbas kenangan masa Angah makan pizza dengan kawan-kawan dia selepas MUET.

 Posing dulu sebelum ngappppp....

Peminat setia pizzaaaaaa.....

Lepas makan kami terus balik.......

Terima kasih di atas ucapan hari lahir along dan kejayaan angah dalam asasi.

14 Mei 2014

Selamat Ulang Tahun Si Manis 20

Selamat Hari Lahir buat Along dan Selamat Hari Ibu buat ibu.......
Tanggal 14.5.1994 dengan rasminya ibu dinaik darjat sebagai seorang ibu.
Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan ibu sebutir permata yang amat
sempurna dimata ibu dan ayah setelah 2 tahun penantian kami.

So kami dah sepakat untuk meraikan hari istimewa pada tarikh ini.
Boleh ke macam tu....he.he.he.....

Tak sangka begitu cepat masa berlalu.
Along dah 20 tahun dan ibu dah makin tua.
18 tahun Along membesar didepan mata ibu.
Setiap perkembangan Along tidak pernah ibu ter"miss".

Namun diusia 18 tahun Along terpaksa "keluar" mengejar ilmu di matrikulasi.
Diusia 19 tahun Along hadiahkan kami dengan kecemerlangan.
Along melangkah maju selangkah lagi untuk menyambung degree
di universiti......

Sewaktu kecil

Bandung-2013

USS-2014

Terkini-bersama rakan di  kampus.

Ibu doakan agar Along sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah.
Dipermudahkan segala urusan.
Diberikan kesihatan yang baik.
Dimurahkan rezeki dan terus menjadi pembakar semangat adik-adik
untuk terus cemerlang dalam pelajaran.
Dan semoga Along teruskan amalan membaca ayat-ayat suci al-quran
yang sering Along lakukan setiap hari selepas Maghrib.

Sesungguhnya kami amat bangga memiliki Along.
Terima Kasih ALLAH....Alhamdulillah.

11 Mei 2014

Angah dan Result Asasi

Rutin awal pagi.
Celik mata dan check w.apps.
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah.
perkataan yang keluar dari mulut ibu, bila ibu buka w.apps Farahs Family.
Itulah yang mampu ibu ucapkan tanda rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kerana
Allah sentiasa makbulkan doa-doa ibu.

Maklumlah result Asasi keluar berperingkat2 pada lewat malam 9.5.2014.
Result Angah keluar dah pukul 1 pagi.
Masa tu ibu dah dibuai mimpi.
Mungkin Angah tak sampai hati nak kejut ibu yang sedang lena beradu.
Mungkin Angah tak sabar nak berkongsi kegembiraan dia, so dia w.apps jelah.



TAHNIAH Angah kerana dapat keputusan Cemerlang dalam final exam asasi.
Tidak sia-sia pengorbanan ibu dan Ayah, 
juga tidak sia-sia di atas usha dan kegigihan Angah selama ini.
Ibu dan keluarga sangat2 bangga di atas kecemerlangan Angah.
Terima kasih Angah kerana membahagiakan kami.

Lepas ni Angah dah mampu tidur lena dan tersenyum bahagia di atas kejayaan ini.
Syabas.....

Terima Kasih ALLAH....

About me