Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Januari 2014

Beby dan Kerja

Kita lupakan seketika kisah siri jelajah ibu ke negara China yang
terlalu banyak kenangan pahit manis tu.
Ada beberapa destinasi lagi tapi jari ni yang malas nak menaip...
Memori pun pun ada yang dah hilang....
Mungkin faktor umur buat ibu cepat lupaaaaaa.......

Lama tak buat n3 tentang Beby a.k.a Farah Najdah, puteri ke 3 ibu.
Sekarang Beby dah lepas SPM dan sedang menunggu result keluar mungkin bulan Mac nanti.
Budak yang suka makan tapi badan tak naik-naik.....

Satu-satunya anak ibu yang bekerja selepas SPM.
Beby ni lebih berdikari berbanding yang lain.
Suka pada cabaran dan tidak suka bergantung pada ayah dan ibu.
Apa-apa dilakukan sendiri tanpa banyak soal.

Satu-satunya yang jadi geng kamcheng ayah sejak kecik
sampai sekarang.
Kalau ada masalah di sekolah atau dengan kawan-kawan..
dia lebih selesa berkongsi dengan ayah....
Kalau ayah nak kemana-mana pasti cari Beby,
Kalau beli gadget baru pasti cari Beby.
Yang paling tak tahan Beby admin fb ,
no pin dan email ayah...
Huhuhu...tersangat jeles dibuatnya.
Mereka berdua ada chemistery.....


Diawal cuti panjangnya Beby dah menerima tempahan key chain felt.
Kalau tak silap ibu dalam 200 keping.
Menjana pendapatan yang hampir RM400.
Siang malam menyiapkan tempahan.
Terpaksa menangguhkan dulu untuk mendaftar di driving school.
Rumah dah macam tongkang pecah dikerjakan Beby.....

Selesai urusan tempahan, Beby melangkah keluar untuk mencari pengalaman
Bekerja di sebuah kedai tudung yang terletak tidak beberapa meter dari rumah.
Katanya nak cari pengalaman dan ingin merasai titik peluh sendiri.
Dengan izin ibu dan ayah dia memulakan kerjanya..
Hingga kini masih bertahan walaupun diwajahnya terpancar kepenatan.

Semoga ianya sebagai pengalaman untuk Beby.
Biar Beby tahu bagaimana sukarnya untuk
mendapatkan wang.....

16 Januari 2014

Guangzhou Part 2 -S'habi Mosque dan Makam Saad Abi Waqqas

Syukur Alhamdulillah, rasa amat-amat gembira bila doa ibu dimakbulkan.
Ibu teringin sangat nak pergi ziarah Makam Saad bin Abi Waqqas di Guangzho,
 salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT..
Beliaulah yang mengembangkan ajaran Islam ke Negara China.
Nak tahu kisah lanjut boleh klik ke link SINI.
Kami singgah untuk solat jamak setelah sepagi berada di Tugu 5 Kambing.
 
 Pintu masuk ke masjid yang nampak usang.
Masjid ni agak tersorot dari pandangan...
Menurut pemandu pelancong, kalau hari Jumaat masjid ni
dikunjungan oleh ribuan umat islam sekitar Guangzho.
Ibu pun pada mulanya tak tahu disini letaknya makam Saad.
Kami ke sini pun untuk solat jamak.

Tiba-tiba terpandang papan tanda yang memberi penerangan tentang kewujudan masjid ini.
Hati berbunga riang.
Cita-cita dan hajat ibu tercapai......Alhamdulillah.

Masjid S'habi yang bereka bentuk China.
Kecik je masjidnya tapi ramai juga pengunjung.
Yang menariknya kami akan saling memberi salam walaupun tidak kenal.
Itulah ikatan yang indah dalam Islam.
Farouk pun sibuk dok tanya:
"Ibu, orang Cina pun Islam jugak ke?


Jalan masuk menuju ke tempat solat wanita dikelilingi dengan kehijauan.
Sejuk mata memandang......
ianya terletak agak jauh daripada masjid utama.
 Kami singgah solat jamak di sini.
Mengigil semasa mengambil wuduk kerana paipnya tidak ada filter..
Airnya sejuk macam ais.......rasa macam duduk dalam petiais..
Dan sepanjang siri jelajah..inilah satu-satunya tandas yang ada paip......

Selepas solat Ibu mengambil peluang ziarah makam  Saad Abi Waqqis
 yang terletak berhampiran tempat solat wanita.
 Pintu gerbang menuju ke makam.


Kawasan solat wanita.
Tempat solat kami hanya sebuah bilik yang sederhana besar.

Di hadapan makam yang dicat warna hijau..

Perasaan pertama melihat makam ni tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

 Subhanallah..berdebar-debar jantung ibu.
Rasa sedih dan sayu bila berada di makam ini.
Bertapa besarnya jasa dan pengorbanan beliau untuk mengembangkan agama Islam di China....

 Makam dibahagian luar.
Ibu pun tak pasti makam siapa kerana semua tertulis dalam Bahasa Cina.
Kebetulan masa ke sini tiada pemandu pelancong yang boleh dirujuk..

Kaum kerabat ibu tidak lepaskan peluang ziarah ke sini.

Naurah dan Farouk

Selesai menghadiahkan Al-Fatihah kami beredar.
Tidak dapat lama di sini kerana kesuntukan waktu.....
Namun ibu rasa puas kerana keinginan ibu ke sini tercapai......

Banyak perkara yang Farouk pelajari di sini.
Bak kata Ummiros...merantau ke tempat orang pun kita dapat pahala...
Sebab tu ibu tidak setuju bila orang kata ibu sangup berhabis duit
semata-mata nak pergi bercuti ke luar negara setiap kali cuti......
Banyak hikmah yang ibu dapat setiap kali percutian kami....

Kata-kata Saad Abi Waqqas yang terkenal hingga kini:
"Kami datang ke negara China ini untuk mengembangkan Islam,
Kami tidak akan kembali lagi ke negara Arab,
Satu antara dua pasti akan berlaku...samaada kami syahid di bumi China
Atau Islam tersebar di sini".....

Sesungguhnya terbukti yang islam telah tersebar di Negara China.
Al-Fatihah. 

15 Januari 2014

Guangzhou Part 1- Five Rams Statue (Tugu 5 kambing)

Selamat Tinggal Macau, Hong Kong dan Shenzen.
Sekarang kami ke destinasi ke 4 dan terakhir  iaitu Guangzhou.
Perjalanan dari Shenzen ke Guangzhou memakan masa 1 jam lebih
melalui lebuh raya 4 lorong.
Penat sebenarnya bercuti di 4 buah daerah serentak kerana kami perlu bertukar sebanyak
3 buah hotel, 3 orang pemandu pelancong dan melalui perjalanan yang jauh
dari satu daerah ke satu daerah dan kos yang tinggi.
Melalui kerenah di imigresen yang buat kami  hilang sabar...
Namun kelebihannya, banyak pengalaman pahit manis yang diperolehi dan
amat jarang sebuah travel menganjurkan percutian di 4 daerah sebegini serentak.

Sepanjang perjalanan kanak-kanak rebina sibuk melayan psp dan tab.
Ibu sibuk melayan mata yang mengantuk.....zzzzzzzzzzzzz.............

Guangzhou agak berbeza daripada 3 daerah yang telah kami pergi.
Bangunan di sini tidak semeriah dan setinggi di 3 buah daerah itu.
Sepanjang perjalanan ibu lihat ada perkampungan.
Lupa pulak ibu nak snap gambar.

Destinasi pertama di Ghuangzhou ialah kami dibawa ke 5 Rams Statue.
Tugu ini terletak di bandaraya Guangzhou di Wu YueXiu Park 
berkeluasan 860,000 meter persegi (212.5 ekar) dan tinggi 10 meter.

Ini benda alahnya.
5 ekor kambing rupanya.
Tapi yang terkilannya ibu tidak memanjat ke puncak ni akibat kesakitan kaki.....huhuhu...

ini merupakan kawasan rekreasi dan dikelilingi pokok-pokok hijau.....
Nyaman sangat di sini ditambah dengan suhu yang sejuk.
Tempat ni lebih kurang Taman Botani di Melaka.
Rasa Taman Botani lebih best kot.....

Pintu masuk..
Peta disediakan untuk yang ingin menerokai alam hijau.

Kat belakang tulah tangga menuju ke tugu.
katanya 100 anak tangga untuk sampai.....

Macam batu belah batu bertangkup la pulak.......
Entah apa ke benda ditulis pun ibu tak tahu......

Ini seketul lagi batu besar.....
Pantang jumpa batu kami posing maut....ha3x....

Depan kedai souvineer.
kat sini barulah ibu jumpa FM yang murahhhhh.
Seketul 5 yuen=RM2.50
Adalah sederet gerai cenderahati di sini.
Dapatlah beli berketul-ketul FM sebagai kenangan.......

About me