Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Januari 2014

Shenzen Part 1- Window Of World.

Macau dan Hong Kong telah kami tinggalkan bersama sejarah yang tersendiri.
2 Daerah yang didiami oleh orang-orang kaya dan tidak setaraf
dengan kehidupan ibu.
Setakat ini sudah tidak ada keinginan untuk ke sana.

Setelah menghabiskan masa di Disneyland, kami bergerak menaiki bas ke
 daerah seterusnya Shenzhen.
Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.
Terus dibawa menuju ke imgresen .
Melalui 2 tapisan dari imegresen Hong Kong dan imegresen Shenzen.
Di sini lagi dasyat.
Memakan masa hampir 1 jam proses tapisan dijalankan.
Muka kami ditilik berkali-kali.
Tengok muka depa besar..kecik...besar..kecik.......
Detail sangat-sangat.
Suhu badan juga di ambil untuk pastikan kita sihat.....
Agak-agak kalau demam kat mana la kami akan dikurung....?????

Selesai urusan imigresin sekali lagi kami disambut oleh pemandu pelancong
ke 3 dari Shenzen bernama Daniel..
Sekali lagi menaiki bas dimalam yang semakin larut.
Menapak di hotel seterusnya, terus check in.
Dah tak menyempat nak snap apa-apa.
Solat jamak dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Nilah biliknya.
Saiz biasa-biasa aje.
Tak sebesar bilik semasa di Macau.
Dan perlu diingat, bilik hotel kat Negara China tak sekemas di Malaysia.
Depa ni main lapik je cadar berkedut-kedut.,.....
lantai tak begitu bersih, bila pijak rasa melekit-lekit., 
bakul sampah tak berlapik plastik.......Hish3X..
Ketiga-tiga hotel penginapan kami di semua daerah berkeadaan sedemikian.
Bukan bilik ibu aje tapi bilik kaum kerabat yang lain pun sama......

Snap dari bilik penginapan kami...
Keadaan kat luar berkabus....
Suhu mencecah 5 darjah.

Seawal pagi kami dah bangun.
Bersiap untuk pergi sarapan di hotel berlainan sebab di sini makanan tidak halal.
Kami bersarapan di hotel Muslim yang tidak jauh dari sini.......

 Jalan-jalan cari makannnnn.
Selesai menjamu selera kami meneruskan misi kerana jadual
sangat-sangat padat.

                  Tempat wajib dikunjungi kalau ke Shenzhen ialah Window Of The World.
                                         Tiket masuk dalam area RM120 seorang kot.
                                               Ibu pun tak pasti dengan harganya.
                               Kat sini didirikan mercu tanda terkenal setiap negara di dunia.....

Tempat yang wajib bergambar.
Kat sini pintu masuk....

Kat atas bukit tu macam-macam mercu tanda.

Tempat ni memang cantik cuma masa ni suhu dah turun ke 5 darjah.
Nak bergerak pun dah rasa beku...Masing-masing berherbinasi.....

2 orang model ibu.....

Masing-masing dah tak tahan sejuk.
Naurah dan Farouk tu pakai baju berlapis-lapis pun tak dapat kurangkan kesejukan.

Posing dan posing dalam kesejukan.




Ramai pengunjung di sini...

Di belakang tu adalah aliran air yang nampak macam tangga....

Ibu bersama family adik.

Bunga-bunga yang ditanam tumbuh subur.
pada mulanya ibu ingatkan bunga plastik tapi rupanya bunga betul.
Geram je tengok.

Bendera negara seluruh dunia.
Farouk bukan main bangga tengok bendera Malaysia pun ada di situ....
Ibu pun bangga jugak sebenarnya...he3x.....

Iman dah sibuk dengan mainan yang baru dibeli......

Air pancut yang menambahkan kedinginan....

Kami tak lama di sini akibat kesejukan.
Masing-masing dah terasa perit pada hidung dan muka.
Kami meneruskan misi dan visi ke tempat lain.....


6 Januari 2014

Hong Kong Part 3- Disneyland (In Door)

Siri pertama siri jelajah Disneyland( "out door" ),
hari ni ibu buat siri ke 2 pulak.
Siri ke 2 di Disneyland dan mungkin terakhir sebab banyak lagi destinasi lain
yang sedang menanti untuk diterbitkan...
Ibu pun tak begitu rajin nak menulis akibat kesibukan yang sedang melanda
umpama taufan tsunami....huhuhu.....

Selain aktiviti "out door" di sini juga ada banyak aktiviti "in door".
Itupun kami pilih-pilih je sebab orang teramat ramai.
Ramai juga pelancong dari Malaysia dan rupanya ada 1 family makcik ibu
 pun datang ke sini pada tarikh yang sama...
Tau-tau bila baca FB dia.......

Aktiviti in door yang pertama kami terjah kat sini.
Sebenarnya 2 kali jugak kami masuk ke sini..
Tujuannya nak kurangkan kesejukan di luar sana......muhahaha......

Kat dalam memang bestlah sebab kami dibawa ke alam fantasi.
Seolah-olah berada di dalam sebuah big book....
Animasi 2D dan 3D amat menarik....diiringi dengan sesi cerita dan lagu-lagu yang menarik....
Yang paling kat dalam ni kami tidak mengiggil kesejukan....

Keluar je dari sini kami dihulur dengan sekeping kad kecil.
Tuntutan untuk mengambil gambar.
Ada beberapa saiz gambar yang boleh dipilih semurah (?) RM60-RM200.
Mula-mula nak jugak beli tapi bila tengok muka kami dalam gambar tu tak senonoh terus cancel.
Memang tak hinggin pun nak beli.....Hahaha....
Selamat duit mak jemah.....

Kemudian merayau-rayau lagi.
Jumpa pulak tempat nie.
Terus beratur ke depan sebab kebetulan orang belum ramai.
Kat sini cinema 3D cerita animasi mickey and the geng....

Pakai cermin mata 3D dulu ye anak-anak......
Movienya memang menariklah bila dalam bentuk 3D
Bila mickey masuk dalam air, kita pun turut direnjis dengan air....eeeeeee....tak suka betul.
Sejukkkkkkk tau.......

Kemudian kami juga masuk ke sini sebanyak 2X.....

Posing dulu.
Masa ni Farouk sedang sedih sebab berebut dengan kakak nak drive kereta masa kat atas tadi.......
Aduyai..mamat air mata nih...
Kakak senyum je tanpa rasa bersalah.....

Best jugak kat dalam nie.
Penerokaan beserta game yang sangat-sangat buat ibu lupa diri.
Lupa seketika diri ini dah tua....
Terasa macam kanak-kanak rebina pulak.....

Main tembak menembak yang sangat best.
Kereta yang kita naiki boleh dipusing2 360 darjah.
Sampai naik pitam.......

Bila Farouk tengok markah ibu dah ratusan ribu dia mula jeles.
Katanya ibu ngelat la, ibu overlah..ibu itulah..inilah..
Yang pasti ibu menang.........ha.ha.ha.... 

 Ada beberapa tempat lagi kami pergi.
Ada juga tempat-tempat yang anak-anak tak nak masuk sebab setengahnya 
ada yang terlalu adventure dan menakutkan.
ibu redha jelah sebab ibu pun spesis yang sama......hik3x.....

Lebih kurang 9.30 malam kami mula bergerak keluar dari Disneyland
setelah menonton pertunjukan bunga apa dan perarakan.
Dah tak tahan menanggung kesejukan yang makin menjadi-jadi....

Selamat tinggal Disney...
Insha Allah, ada rezeki kami datang lagi.
Dan Farouk berjanji bila dah kerja nak bawa ibu dan ayah ke sini
bersama isteri dia...
Aduyai..larat lagi ke ibu dan ayah nak menapak ke sini masa tu.......

Malamnya kami menuju je sebuah destinasi @Daerah ke 3  yang lebih sejukkkk.
Shenzen kami datangggggggggggg.......

p/s:
Tahun 2014 ibu menabung dalam tabung ayam untuk ke destinasi
lain pulak.........

5 Januari 2014

Cuti-cuti Penutup 2013

Kisah basi jugak nie...he3x.....
Ambang 2014 kami masih belum habis bercuti.
Balik dari siri jelajah China, kami teruskan siri cuti-cuti Malaysia.
Macam biasa kami bercuti-cuti Malaysia + Ayah berseminar. 
Penat baru balik dari China belum hilang,
ibu dan anak-anak menghabiskan masa 3 hari 2 malam di KL.
Dan Ayah seperti biasa akan memilih hotel yang berdekatan
Sogo dan Jalan TAR sebagai umpan ibu dan anak-anak.....

Cuma ada 4F.
Along tidak dapat ikut serta kerana sedang bergelumbang dengan 
buku-buku bagi menghadapi exam sem.
Ayah check in dulu dan melapor diri ke tempat seminar di hotel berhampiran.

Selesai urusan Ayah bawa kami ke Sogo dengan menaiki LRT yang tidak berapa
langkah dari Hotel Vistana.
Bila Ayah dan Farouk berjalan pastinya mereka akan berpimpin tangan.
Agaknya ayah masih anggap Farouk tu baby kecik......
Ibu sudah pasti bersama 3F mengekor ayah dari belakang.

3Farah yang dah mula lupa diri.
Maklumlah di Sogo ni barangan branded memang sentiasa ada potongan harga 50-80%.
Mau tak rambang mata anak-anak dara ibu nie.
Puteri bongsu pun dah mula ikut jejak ibu dan kakak2nya.....


2 orang hero ibu.
Kelebihan yang ada pada ayah ialah tak pernah sesekali
merungut bila ikut ibu dan 4F bershopping.
Sabar menunggu walaupun berjam-jam kami disitu......

Kami di Sogo sampai menjelang malam.
Pagi esoknya Ayah meeting dan kami sabar menunggu hingga pukul 10 pagi.
Pergi ke Jalan TAR pulak dengan menaiki LRT.

Shopping-shopping lagi.
Ayah tukang bayar..muahaha....
Belanja sakan anak-anak dara....

Akhirnya Ayah dah kepenatan.....rehat sekejap di sini.
Sampai tertidur-tidur....
Tak sampai hati pulak ibu nak kejut....


Beby dah kelaparan.....isi perut.

Sekadar alas perut je di sini sambil tunggu ayah rehat kejapp.....

Gambar Farouk berambut panjang sebelum diguntung untuk kembali ke sekolah......

Sedang suaikan diri bekerja hari Ahad......

About me