Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Disember 2013

Cuti2 Malaysia Pulak -Siri 1

Kita rehat kejap kisah-kisah cuti-cuti obesi tu ye.
Nak cerita tentang cuti-cuti Malaysia pula.....

Hari Selasa kami ke Melaka.
Sekadar menjengah Along menjelang exam.
Jemput Along di UTeM dan terus ke bandaraya Melaka.
Pergi pot feveret anak-anak kat Mahkota Prade sebab
kat situ semuanya ada.
Outlet baju berjenama pun murah.

Kami sekadar pergi shooping2, tengok movie dan makan-makan.
Spend masa secara berkualiti dengan anak-anak adalah saat
yang paling indah.....

Bahagianya bila 4 FARAH berkumpul.

Misi pertama isi perut kenyang-kenyang sebelum projek seterusnya bermula.
Kami singgah makan di Station Cafe.

Isi perut kenyang2....

Naurah, Angah dan Along...

Menu yang kami order....
Beby-Nasi + Sea food black pepper

Dan Beby jugak order szzling balck pepper

Along makan nasi ni. Ibu pun tak ingat apa nama menu nie.

Angah- Nasi goreng tomyam

Naurah-nasi goreng pattaya

Ibu dan Farouk makan chicken chop.
Rasa masakan kat sini boleh tahanlah.
Harga kami anak makan pun dalam sekitar RM120.

Dah kenyang kami pergi shopping-shopping dulu.
Anak-anak dara ni bila berkumpul memang macam tulah.
Kalau boleh dengan Mahkota Prade tu mereka nak beli....he3x...

Setelah penat bershopping kami pergi tengok movie cerita Frozen.
Movie bermula pada pukul 2.05 petang.
Dah ramai orang masa tu.
Tunggu Along dan Angah pergi beli tiket.

Posing dulu....

Tunggu masuk ke dalam....

Budak yang suka membebel.Macam mak nenek rupanya...
Ikut perangai sapalah sebab Ayah kalau pergi jalan-jalan sporting je....
Aduyai...geram pulak ibu budak sorang nie..

Cerita ni memang best.
Amat sesuai untuk tontonan keluarga.
Ada orang yang berjurai air mata masa menonton movie nie....hik3x....

Habis movie sambung shopping lagi dan 

Farouk buat muka bosan.

5F yang ceria.

Lalu sini tapi tak masuk sebab ibu tengok masa kecik je tempatnya.


Hasil rembatan Beby.
Yang lain tak sempat nak snap.
Aduyai, Beby ni bershopping boleh tahan.
Kalah ibu dibuatnya.....

p/s:
Masa n3 ini keluar  kami dah sampai ke destinasi cuti2 Msia
siri ke 2 selama 3 hari 2 malam.
Cuti ni sebagai penutup tahun 2013........

26 Disember 2013

Macau Part 3- Hotel Venetian 6 Stars.

Destinasi ke 3 di Macau selepas ke SINI dan SINI.
Kami dibawa ke sebuah Hotel 6 bintang yang serba mewah di Macau.
Tak sah kalau datang ke Macau kalau tidak ke sini.

Hotel di sini tidak seperti di Malaysia.
Hotel mereka merangkap pusat perlancongan, membeli belah, pusat kasino, dan penginapan.

 Nilah rupa hotel tu.
Ibu kidnap dari en google je.
Besarkan....
View di ground floornya dah buat mulut ibu melopong sampai
lupa nak snap pic.
Maklumlah selama ni kalau menginap kat hotel,
paling-paling tinggi hotel 5 bintang.
Itupun boleh kira dengan jari.
Selebihnya sekadar menginap di hotel 4 bintang.....

Kami terus ke level 1 yang merupakan outlet barangan branded dan di sini
juga ada binaan bangunan yang amat cantik dan mengkagumkan.
Kami sekadar tangkap gambar di sini.
Tak berani nak membeli apa-apa.
Handbag pun berharga belasan ribu ringgit.
Fridge magnet seketul pun dah RM60...
Telan air liur jelah ibu tengok....
Datang ke sini baru terasa bertapa miskinnya diri ini.....huwaaaaa....

Ni pun ibu pinjam dari en google.....
Inilah pemandangan yang menyambut kami di Level 1.
Cantik kan.
Tak sangka di dalam sebuah hotel di bina seperti sebuah bandar yang indah.
Bangunan yang dibina tu terdiri daripada outlet yang menjual
pelbagai barangan branded.....
Bila tengok harga ibu rasa tiba-tiba nak pengsan......huhuhu....
Sekadar cuci mata jelah walaupun dalam hati merontar2 nak beli...

 Ada terdapat binaan aliran sungai ala-ala Venice kat Italy tu...
Berangan sekejap pergi Itali..Muahaha.....
Kalau kita naik sampan tu, kita akan dihiburkan dengan nyanyian......
Confirm tertidur dibuai mimpi yang indahhhh......

Kanak-kanak rebina asyik kena paksa posing...
masing-masing dah penat melayan kerenah ibu nie....Sabar jelah.

Kagum dengan hasil seni...

Binaan bangunan yang cantik tersusun di dalam sebuah hotel.
 Cuba lihat gambar awan tu.
Jangan terpedaya sebab tu adalah awan buatan manusia tapi memang nampak real.
Ibu pun tak percaya secanggih itu mereka menciptanya....
Jalan kat sini kepala asyik mendongak je kat atas.
Kejakunan tahap maksimum melanda.
Agaknya kalau orang tengok entah apa la depa kata...Hahaha...

 Mendongak lagi dan lagi....hik3x....
                                       
Kami di sini lebih kurang 2 jam.
Lenguh dah kaki melangkah.
Badan pun dah rasa penat.

Miss Lin ofer nak bawa kami ke suatu  tempat lagi  tapi
masing-masing dah penat sangat.
Dalam kepala dah terbayang tilam empuk dan bantal.....
Lebih kurang pukul 11 malam baru kami check in kat hotel.
Biliknya amat besar dan selesa.
2 katil bersaiz queen dan ada kerusi yang boleh dijadikan katil.....

Taraaaaa.....ni biliknya...besarkan.
Namun bila dah berubah tempat ibu tak mampu pejamkan mata walaupun badan dah penat.....

Inilah hotel penginapan kami semasa di Macau....
Idoklah mampu nak menginap kat Hotel Venetian 6 bintang tu.
Kami di sini pun 1 hari 1 malam je.
Bersedia check out untuk ke destinasi impian kanak-kanak rebina....
Anak-anak dah tak sabar ke destinasi idaman semua kanak-kanak di dunia nie....
Jom kita ke Hong Kong pulak...........

24 Disember 2013

Macau Part 2- ISA Macau Tower

Destinasi ke 2 semasa di Macau ialah kami ke ISA MAcau Tower.
Menara ni terletak betul-betul ditepi Muara sungai.
Cantik sangat pemandangan seberang sungai dengan kerlipan lampu
di bangunan pencakar langit.
Suhu amat-amat sejuk mencecah 8 darjah celcius ditambah
dengan angin yang kuat dan gerimis..
Masing-masing mengiggil kesejukan....

 Pintu masuk ke Menara.

 2 ekor naga besar menyambut kedatangan kami.....

Posing dulu....

Menara ni ala-ala Menara KL.

Belakang ibu tu jambatan yang kami lalui dari airport  Macau..

 View di sini sangat cantik tapi sebab dah gelap so tak berapa nampak dengan jelas.
Lagipun masa ni gerimis turun.
Ibu risau dslr rosak, jadi snap mana yang patut jelah.
Anak-anak pun dah mengigil. Gambar pun jadi entah macam apa.....

Posing lagi dan lagi....

Belakang tu adalah menara.

Berhampiran menara.

Sebelum keluar posing lagi.
Selepas keluar dari Macau Tower  kami dibawa ke suatu tempat lagi...
Tungguuuuuuuuuuuu...

About me