Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 September 2013

Cukuplah Sekali..

Alahai..bukan kisah sensasi pun.
Cuma nak luahkan sedikit rasa tak puas hati.

Cuba tengok jubah yang ibu tempah tu.
Dah la 4 bulan lebih tak siap-siap.
Bila di desak baru dijahit.
Itupun sebab ibu ada majlis kat sekolah pada Jumaat lepas.
Bila pakai tak selesa.
Mungkin dijahit dalam keadaan tergesa-gesa.
Upahnya boleh tahan mahal...

Ibu pun tak pasti kenapa ibu beria-ia hantar kain ni untuk ditempah.
SERIK sungguh rasa.......
Cukuplah sekali.

10 September 2013

Farouk dan Kemerdekaan ke 56..

16 Ogos-16 September sekolah ibu adakan Program Sambutan Kemerdekaan.
Pelbagai acara dianjurkan sepanjang program dilancarkan.

Farouk pun join jugak dalam beberapa pertandingan yang diadakan pada 2 minggu lepas..
 Farouk berpakaian abang polis.
Ibu pun tak perasan bila masa farouk selongkar baju kadet polis along.......

 Farouk bersama peserta lelaki...mengembang je baju Farouk....he3X...

Zoom sikit.....
Wajah Farouk tak sesuai la jadi abang polis.......he3x...
Sebelah Farouk tu senior dia tapi Farouk lebih tinggi.
Anak ibu katakannnn......

 Hahaha...kelakar pulak ibu tengok.
Bajunya besarrrrrrr....

 Sedang dinilai.....

 Selesai pertandingan pakaian beragam,
Farouk menyertai pertandingan basikal berhias.
Itulah yang dia beria-ia menghias basikalnya..
Klik SINI.
Pagi-pagi buta ibu dah berpeluh sampai ke kaki mengangkut basikal
Farouk masuk ke dalam MPV.
Fuh!!!!!....

 Selepas basikal berhias dinilai, diadakan pula konvoi Merdeka keliling kampungggg....

 Perarakan keliling kampung sambil diadakan laungan merdeka.
Murid-murid ni dipantau oleh beberapa orang guru.

Bukan main seronok Farouk yang pertama kali menyertai konvoi nie.
Ibu sanggup berpeluh mengangkut basikalnya ke dalam MPV agar
Farouk juga berpeluang merasai nikmatnya jadi budak kampungggggg.......
Fuh!!!berpeluh sampai ke kaki.........

p/s:
Selamat menduduki UPSR kepada anak-anak didik ibu,
3 orang anak saudara ibu : Fatin Alya, Amira Shahirah dan Amirul,
anak-anak rakan blogger,
calon-calon UPSR di seluruh negara.
Semoga Allah permudahkan segalanya.....


9 September 2013

Dipantau, Berkursus dan Menyampaikan Kursus.

Hari Rabu ibu dikunjungi Pegawai Teknologi Pendidikan.
Rutin biasa, memantau PSS sekolah ibu.
Alhamdulillah, so far mendapat komen yang baik dan mengembirakan ibu dan cikgu ICT.

Pemantauan di makmal komputer.
Kami bakal menerima Chrome-Book.
Apa itu Chrome-Book? akan ibu ceritakan nanti.
Kami antara intan terpilih untuk kesekian kalinya mewakili Zon satu-satunya
dan merupakan antara 235 buah sekolah di negeri Johor.
Syukur Alhamdulillah...tak sia-sia usha ibu mengekalkan kecemerlangan PSS.
Berkat kerjasama rakan-rakan jugak....

Pemantauan di PSS.
Timbunan fail-fail yang sentiasa perlu ibu kemas kini.....

Esoknya, berkejar pula ibu ke PKG untuk hadiri kursus
Smart School Qualification Standards (SSQS).
Alhamdulillah sekolah ibu juga antara sekolah yang sering
menerima sijil penghargaan kecemerlangan daripada Jabatan Pendidikan Johor
dalam penilaian ICT guru-guru dan murid-murid.
Bengkel berjalan lancar kerana ianya adalah rutin tahunan.
Kebanyakan wakil sekolah adalah terdiri daripada guru ICT.

Hari Sabtu ibu dan beberapa orang rakan yang hadir kursus/bengkel
perlu untuk adakan In House Traning (LDP) kepada rakan-rakan lain.
Berkongsi ilmu dengan rakan-rakan......
Kami sentiasa berbengkel dalam keadaan yang santai dan ceria.
Masa berjalan tidak terasa.........






About me