Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 November 2012

Terpengaruh......Crepe Durian.

Terima kasih ibu ucapkan kepada semua rakan-rakan blog dan FB
yang memberi ucapan tahniah di atas kejayaan Naurah dalam UPSR......
Terima kasih semua........

N3 hari ini berkisar pada makanan yang sedang hangat dipasaran.
Crepe durian.
Bila orang sibuk memperkatakan tentang crepe durian,
ibu langsung tak kisah.
Ibu bukan peminat durian.
Kalau durian ada depan mata pun ibu tak kisah.

Tapi sejak kebelakangan ni, rata-rata orang sibuk dok bercerita dan tayang gambar crepe durian.
Anak-anak ibu mula tergoda...
Kesian pulak dengan 4Farah tu.
Untuk tidak menghampakan anak-anak,
 maka ibu order crepe durian ni dari pembantu pra sekolah ibu, Miss Mizah.

Cantik je bentuknya dan gebu.
Bila anak-anak buka bekas tu, hidung ibu mula dah tak tahan..
Sabar jelah demi anak-anak tercinta.

Anak-anak kata sedap + nyummy + enak.....
Ibu cuba gigit sedikit.
Sampai malam rasa durian tersekat dikerongkong.
Alahai ibu nie...
Membazir je abah di kampung ada dusun durian..si anak tak layan durian.

Ibu suggest kat miss Mizah suruh buat perisa buah-buahan lain.
Miss Mizah setuju...
Yepiiiiii......tak sabar nak tunggu crepe buah mangga@pisang@strawberry@apa-apa jelah selain buah durian........hehehe...
P/s: peminat buah durian jangan marah ibu ye..ampunnnnnn!!!!!!

Sama-sama kita berdoa untuk rakyat Palastin:
Ya ALLAH!!!!!!
Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil untuk menghancurkan tentera gajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu Ya ALLAH..
turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin.
Hancurkan lah rejim Zionis.....amin..amin..aminn...




20 November 2012

Hadiah dari Farah Naurah...

Result UPSR dah selamat keluar.
Syukur Alhamdulillah kerana Farah Naurah menghadiahkan kecemerlangan
buat ibu, ayah dan keluarga.
Farah Naurah juga jejaki langkah 3Farah.
Sentiasa membahagiakan hati ibu dan ayah...
Ibu bangga dengan semua anak-anak ibu.
Syukur..alhamdulillah.......

Seawal 7.30pagi Naurah ke Sekolah Agama untuk menduduki peperiksaan SDEA
(Sijil Darjah Enam Agama)
Hati si ibu berdebar-debar di rumah,
hati si anak berdebar-debar di dewan peperiksaan.
Apa yang dilakukan serba tidak kena.
Begitulah setiap kali anak nak exam atau result anak-anak nak keluar.
Ibu yang terlebih gabrah.....

Pukul 11 pagi ibu menerima sms dari rakan-rakan sekolah mengucapkan Tahniah!!!!!
Syukur Alhamdulillah, Allah mendengar setiap doa2 dari ibu dan semua.....
Pukul 12.15 tengahari baru kami tiba di sekolah.
Si tuan badan masih terpingga2 + gementar sebab si ibu masih merahsiakan dari pengetahuanya......

 Menerima slip peperiksaan daripada Guru Besar bersama ucapan tahniah...
Beg pun tak sempat nak letak sebab baru tiba....hehehe.....

Bergambar bersama rakan-rakan sekelas yang memperolehi 5A.

Walaupun anak-anak ibu bersekolah di sebuah sekolah kampung,
tanpa tuisyen di luar, namun ibu tetap yakin semua sekolah adalah sama.
Ibu dan ayah cuba buktikan, walaupun 3F menolak tawaran ke asrama terpilih/SBP dahulu,
Alhamdulillah anak-anak ibu mampu bersaing
dengan rakan-rakan mereka yang bersekolah di berasrama penuh.
(*Ibu dan ayah pernah dikutuk dan diperli kerana menolak tawaran itu).

Semua guru-guru mengajar mendapat latihan perguruan yang sama.
 Walau di mana pun anak-anak kita belajar, yang paling penting ialah diri mereka sendiri....
Biarlah mereka seimbang dunia dan akhirat.
Ibu bapa tidak perlu kecewa jika anak-anak mereka tidak mendapat tawaran ke SBP.

 Senyuman puas terukir dibibir Naurah.
6 tahun di sekolah rendah memberi kepuasan buat Naurah.
Tahniah Kakak.....
Namun perjalanan kakak Naurah masih jauh....

 Sempat bergambar bersama si ibu yang comot
akibat tergesa-gesa ke sekolah selepas masak...hehehe...
Ayah masih di KL.
Alhamdulillah anak memahami.
Naurah tak sabar menanti habuan 1K dari ayah seperti yang kakak2 telah perolehi...........


Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang banyak membimbing
anak-anak ibu.
Merekalah harapan anak-anak ibu.
Anak-anak ibu bergantung sepenuhnya pada guru-guru disekolah
Mereka adalah insan terbaik untuk anak-anak ibu.
Terima kasih juga buat semua kaum keluarga, rakan-rakan blog dan FB yang 
tidak putus-putus mendoakan anak-anak ibu.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa-jasa dan kebaikan kalian semua....aminn..


p/s:
Sama-sama kita berdoa untuk rakyat Palastin:
Ya ALLAH!!!!!!
Sebagaimana Engkau pernah menghantar burung2 ababil untuk menghancurkan tentera gajah Musyrikin,maka kami memohon kepadamu Ya ALLAH..
turunkan lah bantuan Mu kali ini kepada orang-orang Islam di Palestin.
Hancurkan lah rejim Zionis.....amin..amin..aminn...


19 November 2012

Selesai Juga Akhirnya.

Salam rindu semua......
Sejak Rabu ibu sibuk merewang di rumah kakak ipar
sempena majlis perkahwinan 2 orang anak perempuannya (anak saudara ayah).
Lagipun rumah kami selang sebuah je.
Majlis 3 in 1 menambahkan  lagi kesibukan.
Kebetulan Farouk pun masih dalam pantang
dan memerlukan penjagaan yang rapi....

Masih dalam proses berpantang.
TV dan buku conteng jadi teman farouk......
Anak manja ayah yang dijaga rapi.
Makan ayah suapkan, mandi ayah gosokkan, tidur ayah dodoikan.
Teringat masa ibu dalam pantang bersalin.
Begitulah layanan ayah pada ibu.
Rasa macam puteri raja pulak.


Dalam masa yang sama ibu berkejar ke majlis rewang rumah MIL. 
Bermula dengan majlis doa selamat pada malam Khamis, Khatam Al-Quran pada malam Jumaat,
Akad nikah pada pagi Sabtu dan majlis persandingan 2 pasangan serentak pada
hari Ahad.
Majlis berganda memerlukan kerja yang berganda jugak......

 Hari kemuncak, rumah ibu jadi tempat  menyediakan makanan untuk makan beradab pengantin.
Masakan pun berganda kerana ada 2 pasangan pengantin.....
Ibu pun tak sempan nak snap gambar lain akibat kesibukan melanda.....

 Pelamin yang didirikan di luar rumah.....

Pasangan pengantin, Nur Khairani bersama pasangan (berbaju purple gelap)
dan si adik Nur Diana bersama pasangannya (berbaju biru) .
Ibu sekadar sempat snap sekeping gambar aje.
Temanya biru.
Kami sekeluarga memakai baju biru sedondon.
Ibu sekeluarga doakan agar mereka bahagia hingga ke syurga...aminn....

p/s:
Sekejap lagi nak ke sekolah.......

About me