Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 September 2012

Gadis Rebutan Bakal Calon Menantuku...

Salam rindu semua.
Ibu muncul lagi setelah menyepi selama 48 jam.....
Legaaaaaaaaaaa rasanya bila UPSR dah selesai.

Mesti suspen tajuk n3 ibukan.....
Siapakah gadis bertuah yang bakal jadi menantu ibu itu.....????????

Ce tengok budak comel nie.
Putih melepak + gebu.
Inilah gadis rebutan dan bakal calon menantu ibu.....hahaha...
Berangan ibu nie.
Ni anak kawan baik ibu, teacher Zalena.
Satu-satunya anak tunggal yang Ina dapat setelah bertahun-tahun menanti.
Umur Ina muda setahun dari ibu.....
Rezeki ibu lebih cepat berbanding Ina.....

 Si comel ni bernama Raudatul Jannah.
Sweetkan gambar Farouk bersama Raudah..
Suka ibu tengok gambar ni......So sweet!!!!!

Farouk ni pantang nampak budak perempuan.
Rajin dia melayan.
Maklum la Farouk sekarang ni asyik minta "adik perempuan" dari ibu.
Alahai Farouk...farouk.
Cukup..cukuplah sudah warga perempuan kat rumah nie.....

Kononnya ibu dah booking Raudah awal-awal dengan Ina 
tetapi dah jadi rebutan pula dengan seorang lagi best friend ibu si Z.......
Alahai Z nie, cuba nak potong jalan ibu la....
Yang ibu berkenan, yang itulah dia nak.

Begitulah gurauan antara kami kalau di sekolah.
Suka suki je nak jodohkan anak-anak.........
Saja nak release tension.......

p/s:
Esok sambutan raya peringkat sekolah.
Lusa program marhaban sekolah di kampung sekitar.
Setiap kumpulan perlu berkunjung diantara 7-10 buah rumah..BAYANGKAN!!!!!
Dan berlambak-lambak lagi open house disaat terakhir Syawal.....
Aduyai......macam mana nie....


12 September 2012

Orang Cuti...DIA Sekolah

Salam rindu semua.
Rindu kalian semua tetapi mengapakan makin hari
jiwa ibu makin jauh dari dunia maya.
Apakah tandanya itu??????????

Sudah 2 hari UPSR berlalu.
Sudah 2 hari kelas Farouk dicutikan oleh pihak sekolah tapi Farouk tetap ke sekolah.....

Jom saksikan budak yang sekolah tanpa ditemani rakan-rakan.....
Termenung menanti ibu menguruskan calon-calon UPSR  sebelum masuk ke dewan.
Muka bosan semacam je.....

Termenung di kolam pula sementara menanti ibu bersalam-salaman
dan memberi kata-kata semangat  kepada calon UPSR.

Selesai segala urusan, budak sorang ni ibu kuarentin kat PSS.
PSS dah macam rumah ke 2 dia sejak kecil lagi.......
Siap makan-makan.....

Lepas makan baca buku cerita....tengok TV dan main game di lappy ibu.........

Hari ke 2 Farouk ikut ibu lagi ke sekolah.
Diawal pagi  Farouk ikut baca yasin untuk disedekahkan pada abang2 dan kakak2
yang sedang menduduki UPSR...

Dan yang paling tak tahan bila budak ini dengan penuh kerajinan
tidak bertempat melakukan solat hajat selepas Subuh.
Punya la lama dia solat.
Bila ibu tanya : Farouk solat apa tu sampai 6 rakaat.
Farouk : Farouk solat hajat....2 rakaat untuk along, 
2 rakaat untuk angah,
2 rakaat untuk kakak....
Aduyai Farouk.....
Tak apalah Farouk, yang penting Farouk tau berusaha demi kakak2.....

Bila kebosanan melanda, kamera ibu jadi mangsa dia.
Entah gambar apa je dia snap.
Tayar kereta ada, gambar semut la, gambar batulah dan macam2....

Hari ke 2 ayah sempat meluangkan masa untuk datang menjenguk Kakak
sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
Terima kasih ayah kerana dalam kesibukan masih mampu luangkan sedikit masa
untuk beri motivasi untuk anak-anak...

Kakak Naurah sebelum melangkah ke dewan peperiksaan.......
Gud luck Kakak....
Ibu tidak putus-putus berdoa untuk kakak.....
InsyaAllah......

10 September 2012

Untuk DIA..Untuk DIA...Untuk DIAAAAAAA......

Minggu ni blog ibu bersawang akibat kesibukan melanda.
Maklumlah semakin hampir UPSR, kesibukan makin berganda.
Beginilah melayan anak-anak sekolah rendah.
Semua harapan tergalas dibahu cikgu.
Maklum la mereka masih kecil dan tidak mampu berfikir secara matang....
Para guru berdebar-debar, mereka masih bersuka ria dan tetap ceria...
Terpaksalah cikgu-cikgu bekerja lebih keras untuk mereka..... 

Majlis penyerahan ilmu.
Merangkap cikgu dan ibu kepada calon UPSR.....
Seketika berada disebelah Naurah dan seketika perlu berucap di depan ibu bapa.

Ayah tidak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan luar.
Syukur anak-anak dah dapat menerima kesibukan ayah.
Alhamdulillah malam tadi ayah bergegas balik seketika dari KL
untuk memberi motivasi kepada anaknda kesayangannya nie....
Pagi-pagi ayah dah berkejar semula ke KL sehingga esok baru balik......

Pelukan sayang  dan kata-kata semangat dari seorang guru kepada 
anak-anak didik yang dibela sejak darjah 1.....
Di dalam hati tidak putus-putus berdoa agar mereka tenang dan 
mampu menjawab soalan peperiksaan yang bermula 11.9.12....

 Ibu bapa yang hadir.
Sedih, sebak, terharu dan macam-macam perasaan mendatang.
Hadir mereka bersama harapan..
mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada kami.
InsyaAllah..itulah tugas seorang guru.
Mahu melihat setiap anak-anak didiknya berjaya dengan cemerlang....

Sebahagian dari guru-guru yang sempat posing di kain rentang selepas Majlis Penyerahan Ilmu.
Selepas majlis tu kami berkonvoi ke rumah terbuka salah seorang rakan kami.....
*p/s: Ummiross, Nampak tak nza pakai baju daripada batik Sarawak berwarna
coklat + kuning tu.......hehehe.....

p/s:
Terima kasih kepada adik-beradik ibu, 
saudara mara, rakan-rakan ibu, 
rakan-rakan blog dan 
FB yang tidak putus-putus berdoa
untuk kecemerlangan anak-anak ibu.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.

Al-Fatihah ibu sedekahkan buat Farah Naurah dan calon-calon UPSR semua.
Semoga mereka semua diberi kelapangan dan ketenangan
dalam menjawab soalan.........amin.

*Aduyai lepas Isyak si tuan badan Farah Naurah dh zzzzzzzzzzzzzz...
Tak kisahlah, biarlah dia beradu dan rehatkan minda sebab esok
kali pertama dia berjuang dalam peperiksaan awam....

About me