Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Jun 2012

Take Care ye Angah...

Petang ni Angah meninggalkan ibu selama 3 hari 2 malam bagi mewakili sekolah
ke Program Kecemerlangan SPM di sebuah homestay di Muar.
25 orang pelajar cemerlang dipilih setiap sekolah dari seluruh daerah Muar/Ledang
Mereka berkampung di sana untuk program motivasi anjuran PPD Muar/Ledang.

Kelakar pulak ibu tengok Angah ni.
Macam nak pergi 3 tahun lagaknya.
Angah:
Ibu nanti angah rindukan ibu...
Nanti angah rindukan masakan ibu..
Nanti angah tak boleh tidur.......
nanti angah tak selera nak makan....
*Motif : "Boleh tak kalau angah tarik diri..."
Hish budak nie...Bukan senang nak dapat peluang macam nie.
Suka hati je dia nak tarik diri......

Baru 10 minit angah meninggalkan ibu dia dah sms:
"Ibu, angah dah bertolak ni....Bye..bye..Miss you....

Saja ibu suruh ayah hantar angah ke sekolah petang tadi.
Malas ibu nak tengok drama airmata angah bila bas bergerak nanti........
Angah tu terkenal dengan bintang airmata......he.he.he.....
Take care ye angah.....

Angah dan Baby Wan Qaisara Balqis....

Hari Terbuka

Minggu ni agak sibuk.
Kelmarin berkejar-kejar dipadang untuk latihan sukan/olahraga.
Semalam cikgu pula kena kejar oleh ibu bapa.

Hari ni ada 2 program serentak, Hari Terbuka dan Perjumpaan Khas Ibubapa Thn 6.
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar....

Prestasi si bujang Farouk ada peningkatan.
Syukur Alhamdulilah.
Tak sia-sia perubahan sikap farouk kebelakangan ni....

Cuma ibu agak kecewa kerana prestasi Naurah agak merosot kali ni.
Naurah berada dirangking ke 3 keseluruhan Tahun 6.
Bila berbincang dengan cikgu kelasnya Miss Helen,
punca permasalahan Naurah ialah dalam penulisan
Bahasa Inggeris.
Menurut teachernya Naurah cuba melakukan kelainan dalam mengarang.
Mungkin belum tahapnya lagi untuk mengarang dalam
bentuk aras tinggi seperti pelajar sekolah menengah.

Ibu tahu Naurah amat meminati Bahasa Inggeris.
Dia suka cabaran.
Cuma percubaan kali ini memerangkap dirinya sendiri.
BIla mengarang dia menggunakan bunga-bunga bahasa dan dari itu
Naurah melakukan beberapa kesilapan dalam struktur ayatnya.........
Dan akhirnya markah Bahasa Inggerisnya juga jatuh ke tempat ke 3 keseluruhan tahun 6.
Moga Naurah mampu menaikkan semula rangkingnya
pada peperiksaan percubaan UPSR nanti.
InsyaAllah........



13 Jun 2012

Rezeki di Bulan Jun.....

Bahagia bila sentiasa diingati oleh orang-orang disekeliling.....
Setiap kali cuti pasti ada saja cenderahati yang akan ibu terima......

 Key chain pemberian dari rakan sekerja ibu yang bercuti 
di Australia (Miss Helen), Krabi Thailand(Mizah) dan Pulau Langkawi (Kak Mas).
TQSM kerana sentiasa mengingati diri ini.....

Hadiah sepasang baju kurung Pahang hadiah daripada kak long ibu.
TQSM kak long kerana sentiasa mengingati adik kak long sorang ni.

Shawl pemberian adik ibu, Kie yang dibeli semasa dia ke Vietnam......
Memang sepadan untuk dipakai dengan baju kurung pemberian kak long....
TQSM dik.....

Sebuah handbag daripada kulit yang cantik sangat-sangat..
Handbag ni juga pemberian daripada adik ibu yang dibelinya kat China.
Macam sepakat je depa beli barangan tu untuk ibu...MACHING la!!!!
Suka1000X......

Terima kasih semua diatas ingatan.
Semoga rezeki kalian bertambah murah.....amin....

p/s:
Petang ni ibu akan ke suatu destinasi.........?????????

About me