Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 April 2012

Weekend di Grand Seasons Hotel....

Weekend, sebenarnya kami cuma habiskan
di Grand Seasons Hotel Kuala Lumpur.
Sekadar merehatkan minda dari segala kekusutan.
Macam biasa Ayah akan ke KL setiap weekend
kerana perlu hadiri mesyuarat/seminar NGO.
Kebetulan ada pesta buku di PWTC.
Anak-anak ibu ni memang suka sangat kalau bawa ke tempat-tempat macam tu.
So Ayah ajak sekali ibu dan anak-anak....
Tapi hajat tak kesampaian.....

Hotel yang terletak ditengah kesibukkan Kuala Lumpur.
Berhampiran Chow Kit Road.

Di ruang legar hotel.
Sementara menunggu Ayah check in Naurah macam biasa membuka bekalannya.
Bekalan berupa buku-buku dan bahan bacaan + alat tulis.
Sejak kecik macam itulah Naurah.....
Seingat ibu sedari umur dia 3 tahun......
Kata mana-mana pun jadi.
Ibu tengok ditangannya ada beberapa surah yang Naurah photostat + liminate.
Leka menghafal surah2 tu.....

Ni bilik kami.
Di level 21...
Hotel ni ada 35 level.....

Pemandangan dari bilik kami....

Ni waktu malam.....

Ada 4F sahaja.
Along masih kat kampung.
Macam ada kekurangan...hu.hu.hu....

4F tanpa Along......
Ibu dan anak-anak tak ke mana-mana pun.
Malamnya Ayah dah mula berseminar di level 1....
Kami sekadar habiskan masa di hotel.
Mungkin kami tersilap perancangan 
kerana kami pergi semasa perhimpunan "BERSIH" berlangsung.
Heli pun berlegar-legar di ruang atas hotel tu.....
Niat hati nak ke Pesta Buku di PWTC dan KLCC terpaksa dilupakan.
Tapi tak kisahlah.
Ibu dan anak-anak sekadar untuk berehat dan santai-santai.....

2 orang kanak-kanak rebina ni habiskan masa di swimming pool di Level 4.
Mandi sampai kecut.
Tak reti-reti nak naik.......

Si ibu memantau 2 orang kanak-kanak rebina mandi manda....
Sebenarnya geram jugak tengok air tu.
Rasa nak mandi tapi malas nak tukar baju...ngee.......

tak puas-puas main air....

Putera dugung merajuk dengan puteri duyung.........ha..ha.ha...

Dah kecut baru reti nak keluar...
Layan game kat hp kakak Naurah.
Tak sesuai orang lelaki guna hp pink......

Esoknya pagi-pagi lagi Ayah ke Level 1 untuk berseminar lagi.
Malas nak turun b.fast.
Ibu dan anak-anak b.fast dengan maggie + roti je......ngee...
Ayah habis seminar pukul 2 ptg.
Ayah perlu ke Jalan Ipoh untuk hadiri 1 lagi meeting di sana.
So Ayah campak ibu dan anak-anak di area situ....
Kami jalan-jalan cari makan kat restaurant Ameen.
Pekena nasi berani + gulai daging + sayur goreng.....

Papadom......

Beby sorang makan lauk ayam....
Semua tak habis makan ...
Budak-budak ni selalu macam tu.
Spesis macam ayah.
Ada je yang tak kena kalau makan kat luar.
Restauran ibu juga pilihan hati mereka.......

ABC....

Farouk sorang tak makan nasi....layan ABC....pun tak habis.....

Lepas makan kami ronda-ronda sekejap.
Sementara menunggu Ayah habis meeting......
Sampai rumah dah larut malam.....zzzzzzzzzzz.....

p/s: 
Weekend ni ibu nak pergi bercuti lagi.
Kali ni berdua je.......ngeeeeee.....

29 April 2012

Thanks JS....

Pagi Rabu minggu lepas ibu terpandang ada 1 sampul surut atas meja di bilik guru.
Tak sabar-sabar ibu koyakkan sampul surat tu.
Hati berbunga riang bila terpandang isu kandungan dalam sampul surat.
Cutekan......comel sangat-sangat......
Ibu dapat dompet kecil yang comel ni sebab suka mengomen kat blog JS.
Ibu pun tak sangka ada souvineer bagi pengomen terbanyak.....

Sekeping nota yang ibu terima dari JS.
TQSM dear.
Sayang JS ketat2.....Muah..muah..muah....
Semoga persahabatan kita berkekalan sampai bila2....Amin....

27 April 2012

Menurut Perintah....

Minggu lepas Ayah dah cakap:
"Hari Jumaat hingga Ahad ni tiada tuisyen, 
tiada kelas taekwando, 
tiada urusan luar...
Farouk dan Naurah tak perlu pergi sekolah Agama pada hari Jumaat....
(suka sukikan anak cikgu ponteng sekolah.....sila jangan tiru)
Beby dan Farouk tak perlu hadir ke kelas taekwando..
(ponteng lagi.......)
Angah dan Naurah tak pergi pergi tuisyen..
(dan lagi.....)
Ibu kena batalkan kelas tambahan....
Semua kena ikut ayah bercuti......."
"Akta paksaan" dari Ayah dan "Kami Menurut Perintah".
Kelakarkan bunyinya tapi itulah realiti.
Ayah dah kesian agaknya tengok ibu dan anak-anak asyik ditinggalkan.
Masing-masing sibuk dengan macam-macam aktiviti kat sekolah.
Ayah asyik sibuk dengan kerja dia.....

Oklah Ayah.
Ibu pun sebenarnya dah penat sangat...sangat dan sangat.
Otak ibu pun dah tepu dengan macam-macam kerja......
Ibu perlu rehatkan minda ibu.....Jom!!!!!!

About me