Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 April 2012

Angah Sedih KeranaAlong Tiada...

Pagi-pagi dah sedih budak sorang nie.
Katanya Along tak wish birthday dia.
Alahai, ingatkan apa la pagi2 di hari ulang tahun bersedih hati....

Along pun dah bukan main seronok kat kampung.
ibu pun sebenarnya sedih dan rindukan Along.
Tapi biarlah Along habiskan masa bersama atok mama dan tok ayah di kampung.

Pukul 10 pagi baru Along call Angah.
Katanya kredit handphone dia habis.
Punyalah Angah ni merajuk....tak nak cakap dengan Along.
Mereka berdua amat rapat.
Macam isi dengan kuku.
Entahlah macam mana kalau dah berpisah nanti....risau ibu!!!!!

 Untuk memujuk Angah yang sedih, kami raikan birthdaynya di KFC.
Awalnya Angah tak nak pergi.
Tak de mood katanya sebab Along tak ada..
Asyik sebut Along...along dan along......
Kat KFC pun merungut lagi.
Tak best la, makanan tak sedap la, tak ada selera la..

Kebetulan KFC tempat ibu ni agak bermasalah sikit.
Ayamnya tak segar dan tadi dihidangkan ayam yang masih merah.
Kali ni ibu buat aduan pada Pengurusnya.
Bukan nak minta ganti rugi pun tetapi sekadar mengingatkan
staf KFC agar lain kali masak biar betul-betul masak.
Bukan sekali dua tetapi berkali-kali perkara ini terjadi....
Pihak mereka memohon maaf dan mengantikan ayam yang lain......
Ibu dan anak-anak dah tak selera nak makan.......

Malamnya Ayah hadiahkan sebijik kek untuk Angah.
Mulutnya berbunyi lagi.
"Ibu kalau Along adakan best...Along suka kek aiskrim ni...."
Alahai Angah...........
Sabarlah..nanti along akan kembali......
Gosiplah puas-puas ye.....

17 Tahun Sudah....

Selamat Ulang tahun yang ke 17 untuk Angah.

 Rasanya baru semalam ibu cium pipi budak kecik ni.....
Rupa-rupanya budak kecik ini dah.......

 sebesar ini.....
Sudah bergelar remaja.....
Cepatnya masa berlalu.........

Ibu, Ayah dan family sentiasa doakan yang terbaik untuk Angah.
Kami bangga memiliki Angah.
Angah juga antara butiran mutiara anugerah Ilahi buat ibu dan ayah.

Ibu dan family doakan agar Angah menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat....
InsyaAllah....amin....

21 April 2012

Master Chef PPIM

Setiap hari Rabu adalah Hari Ko-Kurikulum bermula 7.20 pagi - 8.30 pagi.
Masa 1 jam dipenuhi dengan bermacam-macam aktiviti yang cikgu dah siap rancang untuk setahun.
Hari Rabu ibu dan cikgu M rancang nak buat pertandingan menyediakan sandwish.....
Dan program yang kami rancang berjalan lancar.

Ni kumpulan Naurah.
Naurah sebagai Ketua Kumpulan Siti Fatimah bergelar "Puteri Mestika"......

Cikgu-cikgu kagum tengok kecekapan Naurah buat kerja.
Cikgu A: "Amboi Naurah, nampak lembut gemalai tapi cekap buat kerja ye...macam ibu.
(tiba-tiba hidung ibu kembang kempis...eh!! ye ke macam ibu.....ngeh...ngeh...ngeh...)

Cikgu M : "Pandainya Naurah buat kerja, tak nampak kekok..mesti selalu tolong ibu.....
(yelah tuuuuuuuuuuuu.....)

Cikgu K : Alah, mestilah...tengok la ibunya tu......
(kenapa dengan ibunya??????)

Cikgu H : Pandainya Naurah buat s.wish..sedap sangat2...maklumlah ibunya pandai masak.....
(ibu pandai masak ke????? fakta yang palsu semata-mata......wakaka....)

 Terhasillah menara sandwish dari kumpulan Naurah.
Kelakar pulak ibu tengok.
Macam perli ibu je kakak Naurah nie.
Kalau buat sandwish or lempeng mesti ibu buat menara......
Ha.ha.ha....

Taraaaaaa.....Kumpulan Naurah dah siap.
Yang dalam pinggan tu dihias untuk diadili oleh GPK Ko.....

 Ni barisan hakim yang arif lagi bijak sana.
Diketuai oleh GPK-KO dan cikgu-cikgu pemimpin pengakap.
Yang kelakarnya bukan sekadar "merasa" tetapi dalam istilah "makan untuk kenyang".
Bayangkan nak habiskan 7 kumpulan yang bertanding.....
Naik semput si hakim tu......he.he.he.....

Ibu sebagai ketua pemimpin PPIM dok diam-diam je.......
Lihat dari jauh je sambil snap gambar.
Biar hakim yang bagi markah dan makan sampai kenyang.....

Keputusan pemenang masih lagi jadi rahsia dan tanda tanya?????
Tunggu 1 bulan dari sekarang.....

About me