Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 April 2012

Dilamar TV3 Untuk Program "Makan Angin"????

Malam tadi dah agak lewat baru ibu berkesempatan buka FB.
Sejak kebelakangan ni perasaan dah agak lemau untuk mengadap lappy
sebab ibu dah kusyuk dengan hobi baru...ngee.....

Masa buka msg kat FB ibu terima pesanan ini :

 Tersentap jap ibu.
Ibu baca dan cuba search kat FB ni.
Rupanya memang ada program ni kat TV9..
Walah, ibu jarang sangat layan TV9.

Ibu pun tak sangka tulisan ibu di blog yang terpinggir
disinggahi oleh orang-orang tertentu....
Siapa sangkakan......

Pagi-pagi tadi sempat buat status kat FB ibu.
Ramai kawan-kawan dan saudara mara bagi sokongan suruh ibu join
kerana bukan selalu peluang begini datang....

Entahlah, ibu tak rasa ibu mampu join kot.
Rasanya belum bersedia untuk menjadi chef dalam program TV.
Sebabnya ibu cuma teror masak maggie dan hanya
mampu jadi chef di dapur 4fn 1mf  je.... ....ha.ha.ha.....

E-filing....Dah Beres ke Belum?????

Petang semalam BW ke blog Mamaijat .
N3 tentang e-filing.
Baru ibu ingat sekarang ni dah masuk bulan April.
Akibat kesibukkan mengejar kerja yang tak sudah sampai lupa tentang cukai.
Maklumlah setahun sekali je.....
Sejak diperkenalkan e-filing beberapa tahun lepas, 
ibu peserta pertama di sekolah ibu menggunakan secara on9 sejak tahun pertama diperkenalkan.
Tak kuasa ibu nak pergi pejabat LHDN dan beratur panjang-panjang.
Semuanya dihujung jari.
Sebelum ni pun ibu tak pernah jejak pun ke sana kerana Ayah yang akan uruskan semuanya.....ngee...
Anda bagaimana?????

link klik sini .

8 April 2012

Sampai Hati Kamu....

Disebalik tajuk tu ada kisah sebenarnya.
Kisah yang tragis..
Tragis la sangat........

Kisah berlaku pada hari Jumaat.
Biasalah di dalam kelas,
ada murid yang patuh bila diberi tugasan
dan ada yang terlebih main dari membuat tugasan yang cikgu suruh.
Seperti biasa, selesai mengajar di dalam kelas,
waktu 15 minit terakhir diisi dengan tugasan dan latihan di dalam kelas.
Bila ibu bagi arahan tanpa berlengah anak-anak
didik akan keluarkan buku dan bersiap sedia.

Dalam ramai-ramai anak-anak didik ibu, 
si E dengan selambernya masih mengusik kawan.
Dicuit pipi  kawannya F,
diambil buku F,
digeletek pinggang F,
dah puas mengusik F, E mengalih ke A pula.
Bila kawan-kawan tak layan usikkan E ,
dengan poyonya E sekadar duduk termenung menongkat dagu.
Gayanya macam orang baru kehilangan isteri..........


Yang paling ibu geram si E ni adalah ketua kelas.
Berwajah hendsom, berwatak macam budak baik dan control mancho.
Tetapi disebalik tu terselit kenakalan di dalam senyap.
Dah lama ibu perhatikan sikap acuh tak acuh  E nie.

Entah macam mana hari tu ibu betul-betul geram lihatkan sikap E membuli F.
Tanpa berlengah ibu mencapai pembaris dan meluru ke arah E.
Tujuan nak buat E terperanjat dan tersentap sebab masa tu E sedang berangan.....
Tiba-tiba tanpa di duga kain ibu tersangkut kat paku dan ...prapppppppppp...
Alamak, kain ibu koyak!!!!!!
Nasib baik dah waktu akhir.
Kalau waktu awal tentunya segan nak masuk kelas dengan kain yang koyak tu.

Dengan selamba seolah-olah tidak ada perasaan, 
tanpa rasa bersalah ,
dan dengan muka poyo E berkata:
Kain cikgu koyak ek??????
Aduhai anak didik ibu nie.....
Terus ibu melupakan hasrat untuk buat E tersentap bila ibu pula yang
tersentap bila kain ibu  terkoyak.....hu.hu.hu....
Sabar jelah......

Kain yang jadi mangsa paku.....Baru sempat pakai 2 kali....hu.hu.hu....

About me