Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Februari 2012

Penatnya....

Malang sungguh hari ni.
Pergi BSN kena tunggu lebih 2 jam.
Tujuannya nak mohon kad Giro untuk Along, Angah dan Beby.
Akaun Giro dah lama ibu buka.
Sejak mereka di Tahun 1 lagi......

Dahlah menanti 2 jam lebih,
bila tiba giliran ibu terus ibu batalkan rancangan untuk memohon Giro
sebab banyak perkara yang nak kena isi......
Cuma masukkan duit 3 farah dan minta borang untuk disi di rumah.
Tak sanggup dah ibu menunggu lama dan ibu sebenarnya
kesihan pada pelanggan lain yang masih ramai.

Setelah urusan masukkan duit 3 Farah selesai,
terus kami  pulang.
OTW , Angah kata duit yang disimpannya kurang RM100.
Aduyai, terpaksa berpatah balik ke bank.
Jumpa semula kerani kat kaunter.
Terpaksa menunggu lagi kerana kerani tu kena kira 
semua jumlah wang yang ada dalam laci simpanan.
Adalah dalam RM10,000+ kot.

Dan ternyata duit tu ada terlebih RM100
setelah dibuat pengiraan berulang kali.....
Alhamdulillah...rezeki masih menyebelahi...

Bank Teller: "Maaf ye dik, akak tersilap kira tadi......"
Ibu : " xpelh kak.....terima kasih ye..nasib baik ada rezeki saya lagi."
Bank Teller : Maaf ye, akak memang tak perasan tadi......

Ibu kesihan tengok muka akak tu.
Dah cemas semacam.
Ibu tak salahkan dia.
Kita hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan......

Kain Batik Sarong Jadi Baju Kurung.

Dah lama n3 ni terperam dalam draf.
Baju batik ni dah 2X ibu pakai.
Baju batik tu sebenarnya batik sarong Sarawak yang ibu order dari 
Ummiross yang dah mesra macam kakak ibu.....

Ibu terlebih order kain dari corak yang sama..
So ibu cuba buat kelainan dengan menjadikan baju sepasang.
Bila pakai ke sekolah semua kawan-kawan sibuk membelek-belek.
Masing-masing sibuk nak order jugak....
Bila ibu maklumkan yang ini adalah kain batik sarong masing-masing tidak percaya.
Tetapi kain batik sarong Sarawak UmmiRoss memang yang terbaiklah....
Lembut dan selesa dipakai.....
Sekarang masing-masing sibuk suruh ibu order untuk mereka....

Model tanpa kepala..
Sila fokus pada baju bukan pada badan model yang kembang itu ye......


p/s:
hati ibu terasa lega bila mendengar suara mama Qaisara Balqis yang
agak ceria.
Alhamdulillah, syukur padaMu Ya ALLAH.
Berkat doa kawan-kawan, Allah perkenankan doa2 kita.
Keadaan baby Qaisara setakat ni lebih baik dari semalam.
Semoga terus bertahan dan bertambah baik....
Terima kasih Ya ALLAH...
Terima kasih kawan2 ibu kerana tidak
jemu-jemu berdoa dan memberi kekuatan kepada ibu......
Moga hari ini ibu mampu tersenyum.....

15 Februari 2012

Bila Hati dilanda Kesedihan.

Bila kesedihan melanda , ubat yang paling mujarab bagi ibu ialah melukis.
Terapi minda yang amat-amat berkesan pada ibu.
Hari ini ibu menyendiri.
Membawa diri yang gundah gulana disuatu sudut yang terpencil di blok B.
Suatu tempat yang mampu membuat hati  ibu tenang.

 Sendirian melayan kesedihan diri dengan aktiviti menconteng dinding....

 Berbekalkan warna dan berus....
Memerah otak untuk merealisasi sebuah karya yang tidak seberapa.
Melahirkan seorang watak Iman Amsyar, abang kepada Baby Qaisara Balqis.
Seorang abang yang tidak sabar-sabar ingin melihat adiknya membesar dengan sihat....

Disamping itu ibu menzahirkan seorang gadis kecil yang ibu namakan Qaisara Balqis.
Seorang bayi kecil yang akan membesar dengan sihat seperti
yang ibu coretkan di dinding ini.....

Inilah doa ibu,
inilah harapan ibu....
Wahai Qaisara Balqis....

Dan hari ini, ibu sampai terlupa makan dan minum.
Waktu rehat berlalu tanpa ibu sedar.
Leka......di suatu sudut ini....
Kalau berterusan, merupakan petanda yang baik untuk ibu jadi langsing....
Demi mencari ketenangan jiwa yang dalam kerisauan...
Merawat hati yang tidak keruan.......


Rakan-rakan tercari-cari kemanakah hilangnya ibu hari ini.
Cikgu H merindui teman bergaduhnya...
Anak-anak murid sibuk  datang ingin membantu........
Semua itu tidak melemahkan semangat ibu untuk terus melukis....


Dan esoknya ibu akan ke sini lagi membawa diri .
Untuk seketika waktu ibu jauh dari gelak ketawa rakan-rakan.
Semoga ibu mampu merawat kedukaan dan kesedihan ini..

p/s:
Qaisara Balqis, kau sering dalam ingatan ibu.
Namamu  sering di dalam doa2 ibu.
Teruskan berjuang untuk melawan kesakitan itu.......

About me