Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Oktober 2011

Selamat Berangkat.

Ibu sekadar nak ucapkan selamat kembali semula menyambung pelajaran
pada adik kesayangan ibu Muhammad Khairul Anuar.
Hari ini adik Yu akan berangkat dengan 
penerbangan yang memakan masa 12 jam 
dan akan kembali menjalani rutin sebagai 
pelajar perubatan tahun ke 4
di Zagazig University.

Doa kami agar Yu terus menjadi pelajar cemerlang
dan terus mengharumkan nama Malaysia di luar negara
seperti yang Yu perolehi disetiap peperiksaan
yang telah Yu duduki sebelum ini.
.
Kami juga berdoa agar Yu tabah melalui ujian Allah
kerana setiap ujian yang diturunkan ada rahmat dan hikmah
disebaliknya.
gambar terkini yang ibu baru copy dr FB adik ibu 
Dr Ahmad Zakimi bersama Adik Yu dan Abah.
Sekarang mereka berada di airport Sultan Ismail Petra menunggu
penerbangan....

15 Oktober 2011

Kenapa Mahal Sangat???

Pai krim buah-buahan.
Sedap + lemak berkrim + masam manis.
Tapi kenapa ko mahal sangat?????


14 Oktober 2011

Mini Celebrate...

Birthday Farouk, cuma sambut bersama family.

 Kek Birthday Farouk...wajib ada kereta.
Muka budak baru lepas mandi sekembalinya dari
Sekolah Agama....

 Hadiah dari kakak-kakaknya....

 Sambut birthday di KFC sekembali dari sekolah
tengahari tadi....
Mulanya nak ke MBrown tetapi baru minggu lepas
lunch kat sana jadinya ibu melencong ke KFC....

Farouk tak suka ayam KFC.
Ibu pun tak tahu kenapa, 
setiap kali makan ayam goreng KFC Farouk akan muntah.
So ibu order set toasted twister + cheezywedges untuk Farouk.
Harap-harap balik rumah nanti dia tak muntah.....

 4 Farah nak makan ayam goreng KFC berperisa TomYam 
sebab Beby kata sedap masa cikgunya belanja makan di KFC
semasa birthdaynya minggu lepas...
Baik betul cikgu Matematik Beby ni kerana sanggup bawa Beby
pergi celebrate birthday Beby di sana....
Thanks cikgu!!!!!.

Rasa resepi ayam goreng berperisa tomyam ni oklah...
Tepungnya  pun rangup dan ketulan
ayamnya besar.......

About me