Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 September 2011

Mengambil Bekalan.

Sebenarnya sejak balik kampung hari tu setiap malam ibu diserang asma.
Bekalan inhaler ibu sudah habis 2-3 hari lepas
kerana kekerapan mengunakannya..
Semalam ibu terpaksa la mengadap pegawai perubatan lagi untuk
menyambung bekalan inhaler.
Sambil-sambil itu ibu bawa Along dan Angah sekali
untuk check jenis darah mereka.
Mungkin ibu ambil ringan tentang itu tetapi
ianya amat penting jika berlaku kecemasan....

Yang kelakarnya Along mewarisi jenis darah ayah "O"
dan Angah pula mewarisi jenis darah yang sama dengan
ibu "B"...
Sempatlah ibu usik Along anak Ayah.
Bukan main muncung lagi Along sebab jeles dengan Angah.
Masing-masing nak jadi anak ibu.....
He.he.he....apa la budak ni.....

Alhamdulillah hari ini  ibu rasa dah ok sikit.
Dan baru mampu menjalani  puasa sunat Syawal
walaupun dah ketinggalan beberapa hari.......

dapat bekalan inhaler baru dan ubat batuk.........

7 September 2011

Mama-Syukur PadaMu Ya Allah.

Syukur Alhamdulillah kerana kali ini ibu dapat saksikan kesihatan mama 
bertambah baik dari yang sebelumnya.
Dan yang paling mengembirakan ibu bila mata mama yang rabun
hampir 7 tahun mula menampakkan perubahan.
Penglihatan mama ada perkembangan yang positif.
Hati mana yang tidak gembira dan bersyukur.
Setelah hampir 7 tahun mama hidup dalam kesamaran penglihatan
tiba-tiba mata mama mula boleh berfungsi walaupun tidak pulih
sepenuhnya.

Itulah kuasa Allah Yang Maha Agong.
Rambut mama yang baru  tumbuh bukan berwarna putih (uban) tetapi
rambut hitam yang sihat dan subur.
Itu selalu mengusik mama:
"Ma, kenapa rambut mama tumbuh warna hitam???
Mama nampak lebih mula dari akak tau....."

Jika 1 minggu hari raya 2010 kami dikejutkan dengan berita
mama sudah tidak ada harapan untuk hidup (klik sini)
tetapi sekarang ibu dikejutkan dengan berita-berita gembira
dan keajaiban tentang kesihatan mama.
Siapa sangka, bila Dr Nash, seorang doktor pakar jantung yang
terkenal di Malaysia yang merawat mama memaklumkan
mama sudah tidak ada harapan (klik sini) tetapi
dengan kuasa Allah mama masih mampu  tersenyum ceria,
mampu memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu tersayang.
Masih mampu membisikkan kata-kata indah buat kami.

Dan yang paling indah buat kami bila Mama mampu melihat kami.
Walaupun penglihatan mama tidak sejelas dan seterang orang-orang normal
tetapi bagi kami itu sudah cukup bermakna dan
merupakan hadiah yang amat-amat bermakna dari ALlah SWT.
Kami bersyukur padaMu Ya Allah....
Walaupun mama sudah tidak mampu berjalan seperti biasa.

Dan disebalik semua itu, ibu rasa salah satu
penawar yang banyak membantu perkembangan mama ialah Jus Pamoga ini.
Mama dah amalkan meminum jus ini selama 3 bulan.
Tujuan utama untuk memulihkan dan menguatkan sendi lutut mama
tetapi yang Allah berikan adalah penglihatan buat mama.....
Syukur kerana mama temuai penawar yang serasi untuk dirinya.

6 September 2011

Masjid Hadhari Jertih.

Masa OTW balik kampung, kami singgah solat jamak
di Masjid Hadhari, Jertih.
Dulu masjid ni merupakan sebuah masjid biasa dan kecil je.
Setiap kali balik kampung, ayah akan singgah untuk solat di sini.
Mungkin tempatnya selesa.

Sekarang, masjid lama diganti dengan sebuah masjid yang tersergam indah.
Setiap lalu sini mesti kami akan singgah.
Sempat kami melepaskan penat seketika setelah menempuhi 'jam' dan
perjalanan yang jauh........

Masjid Hadhari Jertih,Terengganu.

tangga menuju ke tempat solat wanita.
Sempat aje budak-budak ni posing kat tangga....


jejantas menghubungkan masjid dengan Bandar Jertih
 cak!!!!!!!...disebalik tiang lampu pun sempat posing.....

 posing tepi pokok pula...he...

 Angah yang kepenatan....

Bahagian depan masjid.....

masing-masing kepenatan dan perlu menempuh
3-4 jam lagi perjalanan untuk sampai ke Pasir Mas, Kelantan.
Aduhai...dan di Jertih kami terpaksa tempuhi "jam" yang teruk!!!!.......

About me