Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Julai 2011

Teringin....

Balik kursus melencong ke kedai kek.
Tiba-tiba teringin nak makan kek.
Konon-konon nak beli sepotong dua tetapi tak sampai hati.
Yelah, naluri seorang ibu.
Nak makan mesti teringat anak-anak.....
Pilih punya pilih,
penuh 1 kotak.
Layan......

3 perisa jelly yang berlainan...

perisa kacang ada, coklat rise ada, black berry ada dan macam-macam ada.....

Berkursus Lagi

Pagi ini ibu berkursus kat PKG Serom.
Berkursus lagi dan lagi dan lagi.
Dari pagi sampai petang.

Nak buat macam manakan dah tugas.
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH".
Semoga dapat input baru untuk dikongsi dengan rakan-rakan guru.
InsyaAllah....

17 Julai 2011

Bila Kemalasan Melanda.

Petang ni kemalasan pula datang melanda.
Konon nak masak pizza petang ini 
tapi Ayah belum balik dari meeting NGOnya.

Terus mood ibu berkubur.
Kebetulan 3 farah n Farouk ada kelas taekwando petang ini.
Dan Along ada tuisyen.
So tidak ada sesiapa kat rumah kecuali ibu...

Ibu hantar 3 Farah n Farouk dulu ke kelas taekwando 
dan terus hantar along ke tuisyen.
Kelas tuisyen along dibatalkan so kami berdua singgahlah
 KFC berhampiran pusat tuisyen along.

Along suggest supaya beli Tohsted  Twister untuk kami berdua.....
Oklah juga rasanya....
Sekadar untuk alas perut di petang hari.....
Kalau Angah baca blog ibu ni mesti dia merajuk
sebab tak belikan untuk dia sekali...he....

About me