Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Mei 2011

Begedil Ikan Berperisa Kentang.

Pernah makan begedil ikan tak?????
Biasanya kita makan begedil daging or ayam.
Saja ibu buat xperiment nk cuba sesuatu yg lain.
Sebenarnya ibu tak nak membazir.
Semalam ada goreng ikan.
Langsung xdiusik anak2 ibu.
Geramnya!!!!
Takkan nk paksa mereka makan.
So dari terbiar n membazir ibu terpaksa la recycle ikan2 tu.
So dengan gigihnya ibu terpaksa mencipta resepi baru.
Walaupun ibu ni bukan yg jenis minat masak + xpandai masak
tapi bila dh bergelar ibu terpaksalah rajin2kan diri.
Air tangan ibulah yang mampu mengiratkan kasih sayang anak2...

Begedil Ikan berperisa kentang.
Alhamdulillah, bila dh siap abis pula dimakan anak2 ibu.

Resepinya:
isi ikan yang telah siap direbus
(ibu guna ikan yg digoreng cz lebihan yg xdiusik anak2)
1 biji bawang besar dicincang
daun bawang@sup
cili besar-dicincang
3-4 biji kentang direbus dan dilenyek.
2 biji telur
serbuk perasa@kuib bilis
sedikit serbuk lada hitam@sulah
secubit garam
minyak untuk mengoreng
tepung gandum

Cara-cara:
isi ikan dihancurkan + kentang lenyek + telur + semua bahan kecuali tepung dan minyak.
panaskan minyak.
Bentukkan adunan tadi mengikut citarasa masing2.
Kemudian golek2kan begedil ke dalam serbuk tepung gandum.
Goreng dlm minyak yang panas..
*Sedap dimakan dengan sos.



18 Mei 2011

Souvenir dari Sarawak + Sedih...

Sejak Jumaat Ayah terbang ke Sarawak n semalam baru balik.
Kesian ibu n anak2kan asyik kena tinggal je...
Semenjak dua menjak ni ayah teramat sibuk terbang sana sini.
Semalam ibu siap wat sesi meluahkan perasaan pada ayah.
"Over" la ibu nie.
Sedih tau asyik2 kena tinggal......


Walau apapun ibu kena terima juga.
Dah tugas ayah camtu.
Yang penting, walau ke mana ayah pergi dia xlupakan kami.
Walaupun terkdg souvenir yg ayah beli entah apa2...
he.he.he....

ni sebahagiannya. 
Untuk Farouk n Naurah ada jajan n mainan.
Alahai dh besar2 pn masih belikan anak mainan...

kek lapis Sarawak yg yummy...yummy....
Yang paling ibu suka perisa keladi..sedap sgt2...

feveret ibu, ikan terubuk masin...Banyak juga ayah beli.
Sebahagiannya nk bagi pd kwn2....
Gambar ni ibu ambil dr google cz malas nk snap pic...

dan ayah xpernah lupa belikan koleksi FM ibu....Thanks ayah.
Tgh suspen nk tau ayah nk tinggalkan kami ke mana pula...
hu.hu.hu......
"Jangan tinggalkan kami"......

Aktiviti PKS Along @ Melaka

Asyik2 cerita tentang Naurah dan Farouk jerrr.
Kali ni nk wat n3 tentang xtvt Along la pulak.
Asyik terpinggir jerrrrr 3 Farah...he..

Hari Jumaat lepas Along bertolak ke Melaka bagi mewakili sekolah dalam 
program PKS (Persatuan Koperasi Sekolah).
PKS sekolah Along jadi tamu untuk SMK Teknik Bukit Piatu, Melaka.
Masa Bulan Februari sekolah Along sbagai HOS.
Pada awalnya Along berbelah bagi antara nk pergi ke xmau cz 
Angah menarik diri disaat akhir kerana ada exam.

Nak xnk Along kena pergi cz dia Setiausaha Kehormat Program.
Along n Angah ni mmg xboleh berenggan.
Kesian ibu tengokkan Angah bila ketiadaan Along.
Mati kutu dia...he...

Banyak juga tempat2 yang mereka pergi n xtvt memang padat.
Jom layan gambar jelh....

 ni kat Perigi Hang Tuah

 rumah tradisional Melaka....

 Melaka River Cruise

 Siri jelajah Bandar Hilir.
Aktiviti berjalan sekitar Bandar Hilir....

 Tokong Cheng Ho @ Kg Ketek.

@ A Farmosa.
Kalu p dengan ayah/ibu memang xmerasa la nk panjat kt atas sana.
Penat weh!!!!!
Kali ni Along berpeluang panjat ke atas dgn kawan2..

 Muzium Kesultanan Melayu Melaka....

Aktiviti terakhir ialah ke pusat Paint Ball....
Menurut Along, xtvt ni yg paling best....

About me