Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011

16 Mei datang lagi.
Hari yang amat istimewa buat ibu dan juga rakan2 guru seluruh Malaysia.
Walaupun pekerjaan kami xglemer seperti pekerja2 lain.
Tapi kami tetap bangga kerana mampu mencurahkan ilmu kpd anak2 bangsa.

Firstly ibu nk wish Selamat Hari Guru khas buat
Guru idola ibu, Abah kesayangan ibu Tn Hj Abdullah
(bekas guru di Maktab Sultan Ismail KB  dan SMK Lemal,
Kak Long ibu Cikgu Zalina,
Adik kesayangan ibu Cikgu Nor Hayati Munirah,
SIL ibu Cikgu Johasnizal
dan kaum keluarga ibu yg brgelar guru
(family ibu ramai dr kalangan guru)...

Dan juga
SELAMAT HARI GURU
khas buat rakan blogger ibu yg bergelar guru:

Juga tidak lupa kepada rakan2 sekerja ibu warga pendidik SKPK, 
rakan2 guru di FB,
bekas guru2 ibu yang mendidik ibu dgn begitu jujur n ikhlas serta
Guru2 kpd anak2 ibu. 
Terima kasih cikgu krn mendidik anak2 ibu sebegitu cemerlang 
dan maafkan jika perbuatan mrk ada menguris dan menyinggung hati cikgu 
dan halalkan ilmu yg cikgu curahkan utk mereka.
Semoga kita diberi 
kekuatan, kesabaran, ketabahan, keikhlasan 
untuk terus mengatur melangkah 
demi melihat kejayaan demi kejayaan anak2 didik kita.
Segala yg baik datangnya dari ALLAH dan yg buruk adalah kelemahan kita sendiri.
Amin!!!!!




Lagu Hari Guru
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu Guru Malaysia ni akan berkumandang cuma sekali je setahun...
Ala2 lagu raya gitu....
Lagu ni akan dinyanyikan oleh cikgu-cikgi Hari Isnin nanti.
Ibu boleh bayangkan betapa cikgu2 ni dpt tepukan gemuruh dr anak2 murid 
w.pn nyanyian cikgu2 ni sumbang...hi.hi.hi.....

Maklumat lanjut klik sini.

Murtabak Maggie

Lama dah xmasak murtabak maggie.
Pagi tadi Naurah minta resepi dari ibu 
cz katanya lama dah tak makan murtabak maggie ni.


nilah rupa murtabak maggie yg Naurah masak utk b.fast

Murtabak ni senang dimasak dan sedap.
Ibu pernah ajar anak2 murid masak murtabak masa perjumpaan PPIM.
Memang mereka suka kerana katanya senang dimasak n sedap....

Kalu sapa nak cuba copy resepi ni:
2 bungkus maggie-rebus dan toskan
 3 biji telur 

Bahan A
1 biji bawang besar-dimayang
1 keping daging burger@sosej@daging cincang atau apa2 stok yg ada dlm petiais.
daun bawang/daun sup-dicincang
cili besar-dihiris nipis

Cara:
pukul telur + 1 paket perisa maggie(kari) + bahan A, 
kacau hingga sebati.
Masukkan maggie yg telah ditoskan ke dalam bahan yang telah siap dibancuh.
Panaskan ceper dan letakkan sedikit minyak.
Kemudian masak bahan tersebut mengikut saiz yang dikehendaki.
Dicadangkan saiz murtabak sebesar saiz yang biasa dibeli.
Masak hingga maggie sebati dengan telur.

Sos:
Sos cili + sos tomato + bawang putih yang diketuk + sedikit air suam.
Kacau hingga sebati. 
 Pastikan sos sedikit cair.

Selamat mencuba.....

15 Mei 2011

Mereka Pun Sibuk

Last week ibu sibuk dengan persiapan terakhir untuk sambutan Hari Guru.
Macam biasa, cari hadiah, dan bungkus.
Tapi Alhamdulillah, kawan2 ibu ringan tangan menolong...
So cepatkan siap kerja2 ibu tu....

Kat rumah Naurah n Farouk pun sama2 sibuk.
Sibuk membungkus hadiah untuk diberi kepada semua cikgu2 mereka.
Cikgu SK Kebangsaan dan cikgu2 SK Agama...
Ada sebahagian hadiah tu ayah dh siap beli kt P.Langkawi.
Rumah dah jadi macam tongkang pecah.
Yang yang paling bestnya Farouk siap cakap:
"Ibu, hadiah untuk Ustaz Ngaji mana????"
" Ustaz ngaji pun cikgu Farouk jugakan?
Ustaz ajar Farouk ngaji sampai pandai..?"
Betul juga tu..

Apa2 jelh Farouk.......

 rumah dah jadi mcm tokang pecah dikerjakan budak berdua nie...

p/s:
Kenapa ye malam tadi n3 yang ibu terbitkan pada 12 , 13 dan 14 hb jadi bercelaru kedudukannya...
Setting masa jadi berubah dan n3 terakhir jadi n3 yg ke 3 dibawah n3 trsebut..Terpaksa kena setting balik masa publish...
Blogspot masih sakit lagi ke?????

About me