Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Februari 2011

Rindunya nak Makan Jeruk Halia!!!!!!!

2 hari berbengkel rasa semacam je perut ibu ni.
Maklumlah jadual makan dh bercelaru.
Pagi2 dh dihidangkan dengan nasi lemak 
dan kuih muih berserta air kopi/teh..
Tengahari makan nasi lagi dengan air oren/sirap.
Petang makan lagi.
(ttp ibu mengelak dr makan hidangan ptg...dh xlarat...)

Nak xnak kena jamah gak sikit b.fast yg berat2 tu.
Air masak langsung xdisediakan.
So terpaksa gak la teguk air berperisa setiap kali makan.
Biasanya rutin ibu, sebelah pagi je ibu minum minuman berperisa.
Dan selepas setiap kali makan ibu cuma minum air masak je.

Dan yang paling ibu rindui nk makan benda alah nie...

v

v
v

v

JERUK HALIA MUDA!!!!!!!
Ibu jeruk halia muda ni dh 4 hari lepas
ttp belum berkesempatan nk makan.
Bila buka peti ais, asyik terpandang je jeruk halia nie.
Menggoda betul....

Tapi biasanya ibu makan nasi cuma 1x je sehari.
So bila balik dari kursus mmg ibu dh xmakan nasi lagi.
Sekadar makan roti atau mee je.
Dah terbiasa camtu.
Bila makan nasi ptg2, perut dh rasa lain mcm.
So terpaksa la jeruk tu ibu KIV dulu la.

16 Februari 2011

Ibu Berbengkel......

 Hari ni dan esok ibu berbengkel.
Alah, pergi belajar baiki kereta kt bengkel.
Xdelh...hi.hi.hi...
Ibu pergi Kursus@Bengkel kt PKG.

Hari nie awal2 pagi2 ibu dh keluar rumah.
Tmpt kursus tu ibu xtahu tmptnya.
Ikut alamat tertera ibu kena hadiri bengkel kt 
PKG Parit Setongkat, Muar.
Cam biasa pagi2 suruh ayah wat peta.
(Time org sibuk tu la baru terhegeh2 minta wat peta. Nasib baik ayah spesis xbyk songel. 
Tau sgt dia, kalu byk songeh, awal2 ibu dh nangis...cewek!!!!)
Dengan confident ibu pn menuju la ke SK Prt Setongkat.
Biasanya kalu alamat PKG camtu mesti kt dlm kwsan sekolah tu jugak.
Kira2 25km gak la dari rumah.
Jalan lak mmg sibuk.

Sampai sana masih awal lg.
Bila jumpa pak guard SK tu.
Ibu tanyalh:
Wak...PKG kt dlm SK ni ek????
PKG tu apa???? jwb pak guard tu blur..
Kalu dh PKG pn pak guard xtau, 
brmakna mmg xwujud la dlm kwnsan  sk tu.
Yg ibu geram + nk gelak guling2 tu bila pak guard tu dgn
slamber suruh ibu call Guru Besar dia.
Apa ke jadahnya nk call GB pagi2.
So ibu trpaksa call PKG Tangkak.
Rupanya PKG tu kt kawasan SMK Tun Perak.
Alahai....

Sesampai ke SMK Tun Perak lak kereta ibu xdibenarkan masuk.
Pak guard suruh parking kt dlm kwn kuarters Penjara.
Mmg SK tu dh xde kawasan cz dlm pembinaan bangunan baru...
Redha jelh.

Rupanya bukan ibu sorg yg trsesat ttp kebykkan cikgu yg brkursus.
Masing2 terkeliru dgn surat panggilan kursus tu....

Masuk je bilik kursus kami dimaklumkan yg 
kami ni telah dilantik mewakil  Zon masing2....
Kiranya kami dipanggil kursus krn dilantik
sebagai fasilitator GPM Zon masing2.
1 Zon dlm 16-18 buah sekolah gitu.
Alahai betambah lagi la beban tugas ibu.
Pasni terpaksa lak kena bagi ceramah n 
taklimat kpd rakan2 GPM Zon ibu.
Hu.hu.hu......daku xrela!!!!!!!!
Hari ni pn dh mula rindu kat sk.
Rindu kawan2...rindu anak2 murid....
Tapi yg pasti, esok ibu mesti ke PKG tu lagi........


ni Pegawai Teknologi Pendidikan Tangkak.
Bila tgk dia tiba2 ibu senyum sorg2.
Pernah satu masa dia chat dgn ibu kt FB.
Dia suruh ibu sampaikan salam kt ayah.
So ibu tnyalh, camne encik kena suami sy.
Ktnya ayah best friend dia.
Ibu tnya lg, encik ni kerja kt mana???
Katanya dia PTP kt PKG Tangkak.
Malunya ibu cz pegawai sndiri pn xkenal.
Sedangkan dia boleh kenal n tahu siapa ibu....
Mmg malu sgt2......
So td ibu wat xnmpk je dia w.pn sbnarnya mmg jelas lagi trpancar.
Wakaka..maaf ye En Abu Saifuddin.
Sy dh kenal En Abu...Sy xkan lupa En Abu...
hu.hu.hu.....

disamping tu ada sesi latihan temuduga utk Calon NILAM peringkat Negeri Johor.
Kami jadi pemerhati n sbagai pengkritik mcm kt AF gitu....
4 org ni terpilih mewakili Daerah Muar/Ledang.
Intan terpilih antara beribu2 pelajar daerah...
Final akak diadakan awal bln 3 nnti......
Si kumbang tu adalah Top 5 Pelajar Cemerlang Peringkat Malaysia dlm PMR 2009
Pelajar sekolah harian (SMKBG)
yang berjaya membuktikan yg kegigihan n ketekunan adalah kunci kejayaan.....

p/s: 
Maaf ye kekwn cz 2 hari ni mmg ibu xsmpt nk BW.
Kursus tu mmg padat sgt2 dr pagi smpai petang....
Rindu nk BW ke blog kalian semua ttp masa xmengizinkan........

15 Februari 2011

Tembikai + Jakun

Sepanjang umur along mencecah 17 tahun nie,
belum sekali2 kat rumah kami ada tembikai.
Dan sememangnya kami elakkan beli buah tembikai.
Walaupun pada hakikatnya semua isi rumah ni
teramat gemar makan buah tembikai.
Pelik tapi benar.

Puncanya Along kalah dengan buah tembikai.

Sejak kecil lagi memang Along langsung
xboleh makan buah tembikai walau sesuap pun.
Along memang pengidap asma dari kecil.
Along xalah pada makanan lain.
Makanlh sebanyak mana aiskrim ke, ais ke, ais-blended ke..
Semua makanan tu xmenjejaskan kesihatan Along
Berlari sejauh mana pn xakan menjejaskan pernafasan Along.
Jangan xtau, along aktif dlm pasukan bola jaring n bola baling
semasa di sekolah rendah.
Pernah mewakili zon dan daerah.
Dan along athlet dalam
acara 3000 m 3 thn berturut2 semasa di sekolah menengah.

Ibu pun pelik bila Along alah sgt dgn tembikai dan anggur hitam.
So sejak itu, ibu n ayah pastikan rumah kami xde buah tembikai.
Adik2 pn seakan memahami dan redha.
Bukan apa, ibu kesian bila tgk along terkebil2
nnti bila org syok makan tembikai.
Sebab tu anak2 ibu mcm jakun sgt kalu pergi kenduri.
Terpandang je buah tembikai mrk mcm xsabar nk makan.
Kesiankan..

Dan 2-3 hari lepas ibu "TERBELI" buah tembikai nie.
Tgk kat kedai buah2 tembikai tu mengugat kalbu.
Kebetulan musim panas.....
Mmg sedap la...
Kat rumah dh byk stok belimbing madu n limau mandarin.
Dah xlalu nk makan....

Balik rumah anak2 ibu seolah2 org yg xpernah tgk tembikai.
"Ibu beli tembikai ke.....bestnya......"

Kesian anak ibu dan yang paling kesian bila
ayat2 yg slalu keluar dari mulut along:
"Ibu, along nk rasa sikit...sikit je..along janji."
"Boleh ye ibu....boleh ye..."

2 yg ibu xtahan.
Bukan xnk bagi makan.
Tapi xberbaloi dgn asma yg dtg menyerang.....
Dan bila Along gigit sedikit...tiba2 terbatuk2.
Dah mula asma dtg menyerang.
Cepat2 Along cari inhaler.
Alhamdulillah....smpt kawal dr trkena serangan.

Tiba2 rasa bersalah lak.
Dan lagi bersalah bila tgk anak2 yg lain makan begitu rakus.
1 biji buah tembikai yg besar boleh dihabiskan dlm sekelip mata.
Alahai...kesian...kesian....

alahai tembikai...tembikai......


budak yg perlu bermusuh dgn tembikai sampai bila2......

About me