Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Januari 2011

Sedih sangat!!!!!

Sedih sgt2.
Bila baju yang baru 2-3 hr lepas ibu pakai tiba2 dah


v

v

v

v

v

v

KOYAK!!!!!!!


dan yang paling sedih, baju ni br sekali ibu smpat pakai.
Bertambah-tambah sedih bila kainnya pemberian adik ipar.
Adik beli kain sari ni jauh.
Kt India sana semasa SIL ke sana.
Dan lagi sedih cz harga kain sari ni bukan murah.
Ratus2 hinggit regenya sepasang.

Bertambah2 sedih bila nilh baju yg ibu tempah
setelah sekian lama ibu jahit sendiri baju2 ibu.
Bukan murah upahnya......
hu.hu.hu.

"DI MANAKAN KU CARI GANTI, YANG SERUPA DENGANMU.."



Kain sari n sovenir ni ibu dapat dari adik yang pergi ke India
Klik sini.

BZ lagi dan lagi......

BZ dan terus BZ....
This week ibu kena uruskan pulak
Kursus Kepimpinan dan Motivasiutk
pengawas disiplin,
pustakawaan
dan
ketua/penolong darjah.

Jap lagi kursus dh mula.
Rasanya semua dh settle setakat ni.
Xtau le kot2 ada yg trtinggal lagi...
Hi.hi.hi...mcm ibu sorg je yg sibuk.
Tapi 2lh, diminggu2 awal persekolahan mcm2 program kena jalankan

Check List utk kursus.....
*Makan minum peserta dh siap ibu n Ina tempah.....

*Cenderahati 3 orang Penceramah jemputan
ni cenderahati utk 3 orang penceramah......

* Sijil, pamplet, program.......
sijil , pamplet, program dh settle..
thanks liya a.k.a Juruteknik ICT cz tolong ibu settlekan semua sijil2 nie....


*Cenderahati untuk peserta kursus.....
buku catatan,n alat tulis sebagai cenderahati untuk peserta kursus esok....

*Tempat-dah settle..thanks cikgu Ali.

Dalam kesibukan, ada kerja2 sampingan yg perlu ibu selesaikan......
sambil2 tu ibu sedaya upaya siapkn kad pinjaman PSS.
Sambil print n sambil tu ibu liminate.....

dan minggu nie gak la majalah2 langganan ni sampai.
terpaksa kena uruskan jugak tu...hu.hu.hu......

18 Januari 2011

Pets Tok Ayah....

Sejak pencen dari kerja dgn Gomen ,
abah a.k.a Tok ayah mmg xdok diam.
Ada je kerja nk dibuatnya.
Sejak pencen abah a.k.a Tok Ayah dilantik menjadi penceramah oleh JAKIM.
Mmg abah sibuk menjadi penceramah bebas di Bank2 n Masjid2/surau2
sekitar Pasir Mas, Kelantan.

Dalam pada sibuk tu sempat lak menternak binatang.
Bukan byk pn.
2 ekor swan, 2 ekor burung, n 2 ekor itik nila.....

Yg kelakarnya abah bela 2 ekor swan ni.
Siap ada nama lg.
Sekor nama Boy n sekor lagi Baby.
Manja sgt dgn abah.
Bila nampak abah, kedua2 ekr ni berlari2 dapatkan abah.
Ttp awas kalu nmpk org lain...
Confirm kena kejar.....

Abah gak ada bela ikan keli.
Rasanya dah 2 tahun abah bela ikan keli nie.
Mmg dh besar2 ikan2 tu.
Ha, bila anak2 ibu balik kg hari tu mulalah merenggek2
minta abah a.k.a Tok ayah ikan keli tu......
Mmg besar sungguh.
Adalh sebesar betis orang dewasa tu.....
Besarkan!!!!!!!.

Naurah n Farouk nilh sdg tolong atok ayah.
Tolong kacau gitu.......


Tok ayah bersama cucu2nya.....

ni la ikan keli yg dh siap disiang abah a.k.a tok ayah.....

Info ikan keli:
Selain protein yang tinggi,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh manusia.Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
  • meningkatkan sistem penglihatan
  • meningkatkan sistem saraf
  • memulihkan radang
  • mengurangkan kadar bengkak pada sendi
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak

First n Second Award 2011

Lama dah rasanya xdpt award nie.
Dan kiranya nie award yg pertama dan kedua ibu dapat tahun ni.
Award Pertama ibu terima dari Kak Chik dan Aisya.
Kebetulan Kak Chik n Aisya beri ibu award yg sama n pada hari yang sama.

Kak Chik ni orang Kelantan.
Kiranya senegeri dengan ibu.
Mmg ibu ingin sangat bersua kak chik n
bbrapa kali kami berada ditempat yang sama ttp xde rezeki utk bersua.
Dan kak chik ditemukan dengan adik ibu semasa mereka ke Hatyai, Thailand
sempena family day Al-Quds Travel.....

Aisya baru ibu kenali beberapa hari yang lepas.
Dan semoga persahabatan kami berterusan sampai bila2.

Award di atas ada maksud tersurat n tersirat.
PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI ::
PENCIL yang besar
Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.
FILEM bergerak tanpa henti
Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.
LOGO bulat berkelip-kelip
jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi


Award ke dua ni pn dari Aisya gak.

Terima kasih banyak2 untuk kedua2 orang rakan blogger ibu nie.
Semoga persahabatan kita akan berpanjangan sampai bila2...
Insyallah.....

Sesiapa yang ingin nk wat koleksi award sila2kan lah mengambilnya ok.....

17 Januari 2011

Ikan Kukus dr Air Tangan Along.......

Smlm giliran along pulak masak.
Yelh dah jadi anak dara kena la belajar masak.
Kalau pandai masak kiranya satu bonus.
Kerja besar mcm mana pn nanti xsudah kalu xtau masak....

So smlm dgn gigihnya along pulak tunjukkan bakat memasak.
Dan sudah semestinya ibu gembira.
Bkn apa, dpt la ibu rehat2kan diri n brsantai2 depan lappy.
Bukan senang nk makan hasil air tangan anak ni.
Yelh sejak naik sk ni mmg anak2 ibu agak sibuk.
Homework byk n ptg2 ada latihan merentas desa.
So masa weekend jelh mrk ada masa.
2pn blm tentu cz biasanya ada tuisyen n mcm2 program sk.



lama dh xpublish pic along.
Yelh, asyik2 cerita Naurah n Farouk je.....


Meh tgk resepi ikan kukus versi along....
Resepi:
1 ekor ikan jelawat or ikan siakap.
1 biji bwg besar-potong bulat2...
1/2 inci halia dihiris nipis2.
2 btg serai dititik.
asam keping @ lemon @ nenas
2 sudu besar sos tiram
1 paket perencah nasi goreng ikan bilis.
sedikit garam n perasa utk disapu pada ikan....

Cara:
lumurkan ikan dgn sedikit garam n serbuk perasa.
Masukkan ikan ke dalam loyang.
Masukkan kesemua bahan di atas n kukus sampai masak.

dan sayur sampingan......

Peminat Limau Mandarin

Setiap kali nk tiba Tahun Baru Cina (CNY)
ibu la org yang paling teruja.
Bukannya teruja nk sambut CNY
ttp teruja cz kemunculan buah limau mandarin idaman kalbu tu.
Mmg ibu sekeluarga peminat buah limau mandarin nie.

Dan masa nilh rumah ibu sntiasa didatangi dgn kotak2 buah limau nie.
Ada yg kawan2 ayah yg berbangsa Cina tu bagi n
bila stok kt rumah dh abis ayah terpaksa la beli.

Kawan2 ayah ni mmg pemurah.
Bkn bagi sebiji dua ttp sekotak terus utk kami sekeluarga.
Dan ayah lak mmg ramai kenalan dr bangsa Cina.
Mmg puas la kami anak beranak makan.
Xputus2 makan limau mandarin sepanjang bulan perayaan CNY.


buah limau mandarin feveret kami sekeluarga.....

ni yg kwn ayah bagi semalam...
2-3 hari lepas dh dpt sekotak ttp dh abis......

Info Khasiat Buah limau:-
-Kandungan Vitamin C yang tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan luaran.

-Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit pereputan gigi dan osteoporosis.

-Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam kandungan dan melawan penyakit jantung.

-Serat tinggi yg larut dlm air dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
-Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru melambatkan proses penuaan.
-Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula.
-Mujarab mengatasi masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.

16 Januari 2011

Chef Naurah n Kak Nana a.k.a Beby...

Xde cerita yg menarik pn bila weekend.
Kalu org lain, weekend utk santai2 n jln2.
Tapi ibu trpaksa buka pejabat kt rumah.
Seminggu dua ni masih dlm suasana kesibukkan thp maksimum...

Bila xde kerja jz lepak2 kt rumah.
Bila lepak2 perut asyik lapo jerrr.
Dan mula masing2 tunjuk bakat memasak.
Kali ni Naurah n Beby a.k.a Kak Nana nk masak waffle.
Dan tukang order sapa lagi xlain xbukan Farouk...
Abis 2 bijik waffle Farouk makan......

Meh tgk kakak tgh masak waffle.....
pembakarnya Naurah tenggekkan kt atas bekas air hu.hu.hu.......

ni pembakar yg ayah beli dulu.....

taraaaaaaaaaaa..................dh siap.

Naurah n Kaka Nana letak perisa coklat......

****************************

*Ni bungkusan yg ibu nk bagi kt bbrapa rakan blogger
"TEMAN TTP MESRA"hr tu.

Kwn2 yg byk mengomen kt blog ibu bln december lepas tu....
Gift nie dh siap ibu poskan hari Rabu.

Utk
Ummi hanie, sha, hanie-h4ni3, dinas, dilla dan Normaliza,
tunggu ye n bila smpai tinggalkan pesanan utk ibu kt cbox ke, email ke or FB.
Risau gak kot2 xsmpai.

*Untuk teka ibu kt n3 "Indahnya Kenangan itu",
ibu nk bagi cenderahati gak.

Peneka yg tepat
ialah Aisya.....

15 Januari 2011

Masing2 ada urusan......

Weekend yang sibuk.
Pagi2 ayah dah keluar, diikuti Farouk, ibu dan anak2.
Masing2 ada urusan sendiri.
Cuma Beby a.k.a Kak Nana yang xde urusan hr nie..

Ayah-ada hal kt ofis..org NGO kerja xtentu masa.
Farouk- ke SK Agama hadiri kelas Fardu Ain n Jawi.
Ibu n Naurah-ada latihan merentas desa kt SK.
Angah-ada mesyuarat AJK Koperasi SK.
Along-ada tuisyen Kimia kt SK.
Kak Nana a.k.a Beby -kena jadi MAID hari nie...ha.ha.ha...

pagi2 ibu sediakan bubur nasi utk anak2 b/fast.
Nk xnk mrk mesti kena b/fast.......

Keregangan sblm merentas desa....
Naurah smpt senyum2.......

Alahai Naurah, jalan2 santai pulak setelah penat berlari......
Tadi dpt la tmpt ke 9....
Ni baru latihan blm yg betul2.......

acara merentas desa ala2 merentas ladang kelapa sawit gitu.........

singgah ke peti sejuk market....
Naurah panggil kedai peti sejuk cz mcm dok dlm peti ais....

Alhamdulillah sampai rumah Beby dh siap masak.
2 day dia sorg dok rumah so merangkap maid la.....
Thanks Beby cz masak yg yum..yum.yum...utk kami hari nie....

13 Januari 2011

Indahnya Kenangan Itu...

Sejak ada FB nie ibu rasa byk gak rahmatnya.
Kawan2 lama yg terputus hubungan dpt dijejaki semula.
Masing2 brtanya khabar setelah sekian lama terpisah.
Gambar nie pn ibu dapat tag dr kwn melalui FB.
Satu2nya gambar kenangan sewaktu ibu di form 5.
Dan sykur sgt2 kerana kami diketemukan semula.
Masing2 dh berjaya dlm kerjaya masing2.

p/s: agak2 sapa dpt teka ibu yg mana?????

Ibu moody sebab org nie......

Pagi tadi ibu moody sbb budak nie sebenarnya.....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


nk tahu kenapa?????????

v

v

v

v

Entahlh, ibu pn xtau nk cakap.
Bukan dia buat kesalah besar pn ttp bagi ibu besar gak la.

Semalam ibu suruh Farouk siapkan homework.
Dia buat acuh xacuh jerrr.
Si ayah lak boleh ajak si Farouk g kedai mlm2 naik motosikal.
Padahal ayah dh tau n dh dengar ibu suruh farouk buat HW.
Pergi lama lak tu.
Selama nie hanya ibu yg kisahkan ttg HW farouk....

Ha kau,
Pagi2 darah ibu naik membuak2.
mendidih bila HW xsiap2.
Mana ibu nk masak lg,
nk bersiap lg,
nk wat b/fast lagi ,
nk jemur baju lg.
nk pi antar 3 Farah lg.....

Masa tu tiba2 ibu rasa ibu ni mcm "MAID"...
Xbaikkan.
Sungguh, tiba2 trfikir camtu.
SEDIH + PENAT + STRESS.

Apa lg, abis keluar ayat2 power tu.
Xpasal2 abis kakak2 semua kena.
Siap nangis2 bagai ibu.
Tiba2 dgn ayah2 skali ibu rasa geram...
Hu.hu.hu.hu...
Sumpah, ibu nk jadi isteri mithali ttp ibu manusia biasa.
Ibu insan lemah.....
Ibu xlepas dr melakukan kesilapan.....

Dan farouk nie manja sgt dgn ayah.
Kat rumah dia juga tukang buat sepah.
Tiap2 hari xde kerja lain yg dia buat selain dr
menyepahkan mainannya tu.
Geram ibu tengokkan.
Tukang beli mainan lak ayah.
Kalu ikutkan hati ibu ni nk jer ibu bakar semua mainan tu.

Terkadang dh puas ibu bebelkan budak Farouk sorg nie.
Alasan yg dia bagi:
"Jap la bu, Farouk nk main lagi tu"
Ayat tu la yg slalu keluar dr mulut Farouk.
Tapi yg geram tu xtau nk kemas pn.

Dan ada satu pot yg paling digemari farouk nie.
Kt celah meja makan.

tengok tu...ni baru permulaan......

dan seterusnya mcm2 benda dia buat main.

ni lh pot tmpat letakknya mainan farouk......

tengok tu sampai bawah meja jadi tempat dia buat operasi sepah menyepah.....

Dan hr nie ibu mogok.
Ibu xsambut salam farouk.
Ibu buat diam bila dia cium pipi ibu.
Ibu xmenyahut bila dia panggil ibu.

Ibu xpelawa di lunch n trpaksa cari sendiri kt periuk.

Kejamnya ibu cz buat begitu pd anak umo 7 thn.
Ibu bukan nk dera farouk ttp ibu nk dia belajar.
Ibu nk dia belajar berdikari n brtanggung jawab.

Dan ibu tahu farouk memahami yg ibu sdg marahkan dia.
BILA, dia tiba2 peluk ibu dan minta maaf.
Dan sekali lagi airmata ibu bergenang.
Sesungguhnya ibu sayangkan Farouk
Ibu xnk farouk membesar menjadi anak yg manja dan lupa tanggungjawab..

Pagi Yang EMO....

Xtau kenapa pagi2 nie ibu tiba2 emo.
Naik hangin 1 badan.
Habis anak2 ibu jadi mangsa.
Siap ibu bebel2 non-stop OTW nk hantar 3 Farah ke SK.
Siap ibu nangis berjurai2 airmata.
Tah apa2 la yg ibu sedihkan sgt.
Mayb dah lama xnangis kot.
Kesian anak2 ibu.
Maafkan ibu.

Hari yg teruk.
Mood masih xelok...

12 Januari 2011

Selamat Tinggal........

Hari nie BZ thp maksimum.
Langsung xsmpt nk jengah blog n FB.
2day Majlis persaraan GB.
Seawal pagi dh BZ..BZ dan BZ.
Ke hulu hilir wat "cat walk @ cow walk" gitu.
Adoi mak, pedih + penat + perit sesgt.

Apa pn syukur majlis brjalan lancar.
Kejutan demi kejutan kami buat utk GB "TERCHINTA".
Yelh, meraikan saat akhir dia brkhidmat.

Yg kelakar ibu xsempat n feel2...
Sibuk sgt agaknya so airmata jd kering kot.
He.he.he....

GB ibu nie mcm mak2 la kiranya.
Bersara diusia 58 thn.
Dia brkhidmat kt Sk ibu selama 2 thn je.
Orgnya kiranya ok...lembut ttp agak tegas...
Dia rajin gak dtg menjengah ibu kt bilik kerja.
Sembang2 santai.......

ni minah2 yg terperasan sdg uji suara....
Sempat gak la wat latihan nyanyian dlm keadaan tergesa2.
Konon nk wat suprise kt GB,..
Ha jgn xtau GB nangis teresak2 time kami nyanyi tau..
Siap abis 1 kotak tisu..
Xtau la dia nangis cz syahdu dengar nyanyi kami yg best ke or
nangis sbb suara kami hancuzzz.......

kalu wat album mmg pecah n hancuzzzzz berkecai.....
Petang ni masa ibu wat n3 hujan turun dgn lebatnya..
Gara2 suara kami yg mengalahkan katak......ong..ong....


GB atas pelamin....
mata dia mula berkaca dgn air mata after kami menyanyi.....


farouk smpat posing kt geng skuter yg mengiringi GB.....

ibu pn nk jugak...he.he.he....

Farouk bagi gift kt GB......


Naurah pn bagi hadiah gak..GB siap peluk2 Naurah.
Anak murid kesayangan katakan......


ibu jeles n nk peluk GB gak...
Muah!!!Muah!!!Muah!!!!..
he.he.he.....


lambaian terakhir.....
SELAMAT BERSARA CIKGU
JASAMU TETAP DALAM INGATAN.....

Dan hari nie tiba2 kwn lama sms.
"Y, buka FB, ada berita sensasi la"......
Masa tu ibu kt pejabat pos tgh pos gift utk rakan2 bloggers....
Balik rumah berdesup mengadap lappy buka FB.
Wakaka.....saja ye kwn ibu nk kenakan ibu..
hu.hu.hu.......
Hilang ckit stress hr ni........
aduhai yati, ada2 aja kalian nie.....
Xtahan tgk tajuk tu......
.
Ibu n yati nie sekepala.....
kaki shopping....hi

11 Januari 2011

Bila la......??????

Hari ni SK cuti ttp pagi2 lagi ibu dh brsiap ke sana.
Mcm xcuti gitu.
Tapi xpelh, gitulh tugas cikgukn.
Xbrkira ttg kerja yg penting urusan dpt diselesaikan.
N sempga majlis persaraan GB esok brjalan lancar.

2day nk cerita kisah Farouk nie.
Smlm baru melangkah masuk Al-Quran
sewaktu usia 7 tahun 3 bulan.
Agak lambat ckit berbanding kakak2 yg lain.

Along, Angah n Beby a.k.a Kak Nana
khatam Al-Quran masa awal year 3 (9 tahun)
dan Naurah masa year 1 (7 Tahun).

Ibu pn xtau la kenapa Farouk nie
agak ketinggalan berbanding kakak2nya tu.
Yelh, belajar dgn ustaz yg sama n mula ngaji pn pd usia 6 thn.
2 thn dia belajar muqqadam baru tamat.
Year 2 baru melangkah ke Al-Quran.

Tapi alhamdulillah skrg dia dh mengenal huruf2 tu..
So dia dh boleh baca sndiri dgn bimbingan ustaz.
Niat ibu biarlah Farouk dpt Khatam Al-Quran
sebelum melangkah ke year 4.
Insyallah.....

Alahai Farouk...Farouk......

sedang siapkan homework dan dipantau oleh kakak a.k.a Naurah...

buat kerja sikit ttp rehatnya byk.......

ni xtvt ibu pagi td masa kt SK.
Siapkan apa yg patut n pantau budak2 sdg berlatih utk persembahan esok....


pagi tadi Farouk n Naurah n g beli hadiah utk GB yang nk bersara....
xtau apa ke benda yg mrk berdua nie beli......

10 Januari 2011

Kesibukkan melanda lagi......

2day sibuk lagi dan lagi.
Habis 2 kerja dtg 4-5 kerja didepan
Baru abis tarik nafas, ada lagi kerja menanti.

Jap tadi br tamat sesi perlantikan pengawas n sewaktu dgnnya..
Dan hari nie kena buat persiapan majlis Persaraan Guru Besar lak.
Fuh!!!!!!mmg menguji gak la nie.
Majlis nk wat lusa.
So hr nie trpaksa la bekerja keras.
Esok pulak Johor cuti sempena
Hol Al-Marhum Sultan Johor.

Bolehkah siap semua bnde tu.
Nk kemas dewan,
nk hias utk perarakan,
nk settlekan persembahan
n mcm2.
So hr nie brtukus lumus la cikgu cikgi tu.
Mayb esok pn kena g sk utk settlekn semua tu....

Dan yg paling tragis bila ada masanya
sorg cikgu kena pantau 3 kelas serentak.
Masa tu la boleh tunjuk bakat uji suara.
Nk nada suara tinggi,
rendah, saprano,
rock,
sentimental n or jazz.
Ha mcm2 trkeluar.

Dan yg paling dasyat bila dikumpulkan anak2
thn 1,2 dan 3 nie.
Ada yg main kejar2..
Ada yg usik2 kawan..
Ada yg nk cuba panjat tiang..
Ada yg tangkap belalang..
Ada yg control hero..
Ada yg asyik ulang alik p tandas....
Ada yg uji suara ala2 penceramah....
Cikgu kt depa nie diaorg wat dono jerr.
Tiba2 cikgu mcm nk pitam, migrain dtg tiba2...
Seolah2 cikgu xwujud di depan mereka.
Alah mcm cakap dgn kerusi n meja.
Itulh Anak2 sekarang................

120 org murid
lawan
seorang cikgu
= Agak2 sapa menang ek???????


ni masa pagi td...sapa la tu yg pakai tudung pink..
klik sini.

About me