Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 Disember 2010

Edisi Jalan2 Cari Makan........

Semalam edisi jalan-jalan cari makan lagi.
Kali nie pergi dekat je.
Gerai makan "Kedai Makan Ita"isteri cousin ibu kt Pasir Mas je.
Cousin ibu kawin dgn org dr Selatan Thailand.
Isterinya mmg pandai masak espclly masakan ala2 Siam..
Byk gak menu2 yg best2 kt kedai makan nie....

Rancangan asal nk g makan "mee cambo" ttp xde rezeki cz dh abis.
So kami order menu feveret kami "mee celup" n "Nasi air".
Kali ni ummi aka kak long yg belanja.

muka kanak2 rebina yg ceria nk g jln2 cari makan......

sedang menunggu order.....

ummi aka kak long (tudung hitam) yg sponse kami makan kali nie.....

menunggu order yg belum sampai......

jom makan n santai2..................

menu kegemaran kami-"mee celup"

ni pula "nasi air" @ bubur nasi.
Org Kelantan panggil "nasi air"..
Kuahnya mcm sup ttp lebih sedap.
Biasanya depa guna meatball or gear box...
Rasanya agak pedas n masam2..
Mmg sedap.....yum.yum.yum....



pernah tengok tak oren dlm botol camni.
Ni produk dr Lundang, Kota Bharu.
Sejak ibu kecil lg oren nie trkenal di Kelantan.
Ada mcm2 perisa spt oren, aiskrim soda, sarsi n mcm2.
Dulu sebotol cuma 30 sen n skrg RM1.


perut dh kenyang so kami singgah jap kt kedai buku.
Kalu dh ke kedai buku mmg leka la anak2 ibu nie.
Ibu dh warning xbagi lama2 cz hari dh ptg.
Lepas tu singgah jap kt Pantai Timur.

12 Disember 2010

Etok ke Etak?????

Org Kelantan panggil etok ttp org2 luar Kelantan sebut "etak".
Pernah makan etok tak??????
Kalau kt Kelantan ni etok mmg trkenal la.
Sebut je etok semua kenal.
Xkira tua ke muda.

Masa ibu kecik2 dulu etok siap dijaja dgn basikal.
Skrg etok dijual di sepjg jalan terutama OTW Kota Bharu ke Pasir Mas.
Rasanya sungai kt area ni yg byk spesis etok nie.

Kalu xsilap ibu, etok ni spesis kerang n hidup disungai2 yg cetek..
Etok2 ni digaul dgn ramuan serai, bwg n perisa dan kemudian disalai.
Isinya mmg sedap n fresh.
Lemak2 manis n dimakan begitu je.
Kiranya mcm mkn jajan la......

Kalau balik kg ibu akan cari makanan2 yg xibu perolehi di Muar.
Kata org nostalgia zaman sekolah dulu la konon....

nilh rupa etok...saiznya kecik jerr berbanding kerang...
Isinya agak putih mcm lokan ttp rasanya lebih sedap dr lokan.....

11 Disember 2010

Sesi ronda2 di Yayasan Islam Kelantan dan Wakaf Che Yeh.

Sehari 2 nie tak ada program apa pun.
Kelmarin  ikut Atie pergi ke pejabat YIK (Yayasan Islam Kelantan)
kerana atie ada urusan kt sana.
Sebelah YIK ada sebuah masjid yg berumur ratusan tahun.
Lupa pulak nak snap pic.
Menurut abah, masjid tu xmenggunakan paku langsung tapi masih teguh dan kukuh.
Malah masih digunakan utk solat.
Kalu brkesempatan ibu akan ke sana utk sesi jln2 nnti...
Mesti ramai yg brminat nk tau kisah ttg masjid nikn......
Insyallah!!!!
YIK..Yayasan Islam Kelantan yg ada replika Al-Quran tu....


Selasai urusan kt YIK kami ke Wakaf Che Yeh.
Alah pasar yg terkenal dengan jualan 24 jam tu.
Macam-macam ada di sini dari kain baju, makanan dan pelbagai barangan keperluan.
Biasanya gerai dibuka selepas Maghrib sampai 4 pagi.
Memang meriah.

Ibu singgah beli kain jerr sebab ibu ke sana sebelah siang..
Xdelh shopping apa pn.
Yelh duit dh menyusut mcm dh nk kemarau..he...
Kalu ikutkn hati mmg la brkenan sgt dgn sale kain pasang yg mmg memikat kalbu.
Sabar jelh......

Singgah kt Wakaf Che Yeh...cuma singgh kt kedai kain trkenal Salem Aziz....

10 Disember 2010

Pokok Katak Puru @ Nam-nam.


Pernah dengar tak nama pokok katak puru tu?????.
Kalu xsilap ibu pokok nie juga dikenali dgn nama pokok nam-nam.
Sebenarnya pokok katak puru ni abah tanam dh lama.
Rasanya masa ibu sekolah dulu pokok tu dh ada abah tanam.

Dulu ibu geli sgt tgk buah katak puru ni cz rupanya agak2 sama dgn katak puru binatang yg paling ibu takut + geli tu.
Kulitnya mengerutu n mmg xmenyelerakan bila dipandang.
Ttp bila lama2 kiranya dh xkisah tang rupanya yg hodoh tu..
Rasanya masam2 manis n rangup.
Bila blk kg ibu suka la dok petik buah2 katak puru tu.
Dulu saja2 kutip cz byk sgt ttp skrg ibu dh mula minat utk makan gitu je or wat "colek".
Mmg boleh hilangkn rasa loya2 tekak ibu nie..

ni la pokok katak puru @ Nam-nam...
pokoknya xla besar sgt.......


buahnya pulak keluar disepanjang batang pokok dr atas sampai jejak tanah.
Mmg senang la kalu nk petik......


ni la rupa buah katak puru yg dh masak..Berwarna kuning n kulitkan mengerutu mcm katak puru. Buah muda berwarna hijau n rasanya agak kelat n masam2....
Sedikit Info ttg buah katak puru
Nama Botani : Cynometra Cauliflora
Famili : Leguminosae
Pokok katak puru atau nam nam dipercayai berasal dari Asia Tenggara dan India. Pokok dan buah katak puru ini tergolong dalam kumpulan nadir kerana ianya semakin sukar untuk dijumpai. Pokok katak puru mempunyai ketinggian yang sederhana iaitu kira-kira 3 meter. Ia jenis tumbuhan yang membesar dengan kadar yang sangat perlahan. Untuk mencapai ketinggian 2 meter ia mengambil masa lebih kurang 20 tahun. Pokok ini berbunga dan berbuah sepanjang tahun. Bunganya keluar secara berjambak pada bahagian pangkal batang, batang dan dahan. Semasa kecil, buahnya berwarna hijau gelap dan setelah masak ia menjadi hijau kekuningan. Apabila masak, buah katak puru atau nam nam akan gugur. Ia mempunyai rasa masam manis.

9 Disember 2010

Selamat terbang ke Manila....

Selamat berangkat ke Manila, Filipina pepagi buta nie ayah!!!!!
Ni kiranya kali ke 3 ayah ke oversea this year.
Dan ayah kena hadiri ATC konveksyen kt sna slama 1 week.
Gitulh nasib kami anak beranak.
Sentiasa ditinggalkan.

G oversea cuma 3X thn nie ttp yg kt dlm Msia nie xtrkira beratus2 kali.
Every week mesti ada je program.
Apa pn kami dh lali n boleh lalui kehidupan tnpa ayah.
Mcm merajuk je bunyinya...hu.hu.hu.
Xde la merajuk cz ibu trpaksa faham n redha dgn tugas2 ayah.
Cuma trkdg kami rasa ayah trlalu sibuk dgn kerja n dh xde masa lg utk kami.
Ttp Alhamdulillah, anak2 pn dh memahami n mrk masih ada ibu yg sntiasa disisi.
Dan sebab itu ibu rela xikut ayah cz ibu xsnggup brpisah dgn anak2 walau utk seketika.
Itulh pengorbanan ibu utk anak2, buah hati ibu yg trsyg.....

Kami doakan yg trbaik utk ayah dan jgn lupa souvenir utk kami!!!!

8 Disember 2010

Akibat Masalah Bahasa....

Last day SK hari tu kami terus balik kg utk cuti2 Msia.
Kiranya lama la kt kg nie.
So Along n Beby ibu daftar utk tuisyen kt sini
di Pusat Tuisyen ERA, Pasir Mas..
Cikgu2nya mmg yg brpengalaman.
Seminggu cuma 2 hari jelh mrk brdua g tuisyen.
Along ambik persediaan utk SPM
n Beby lak kelas persediaan PMR.

So setiap hari Jumaat n Sabtu mrk brdua ada kelas.
Dr pkul 8.30 -11.30 pagi.
Yurannya................
Teramat murah.
Utk along ada 5 subjek yg diajar :
Maths, add-maths, bio, kimia, fizik, BM/BI
Beby lak :
BM, BI, Sejarah, maths , sains, Geog.
Bayaran kesemua subjek cuma RM120 utk 1 bln utk 2 org..
Bayangkan kt Johor 1 subjek mencecah RM35-RM45.
Mmg murahkn......

Yang kelakarnya cikgu2nya mengajar dlm loghat Kelantan.
Yelh, studentnya pn org Kelantan.
Mmg semua anak2 ibu faham loghat Kelantan cuma slang mrk dh brcmpur aduk.
Dan cikgu2 lak guna loghat yg pekat likat gitu.
Tiap kali blk tuisyen along n Beby slalu brtnya prkataan2 yg asing bg mereka.
Siap wat catatan lagi....
Terkdg perkataan yg cikgu2 gunakan mmg jrg ibu guna...
Kelakar gak ibu tgk mrk brdua nie.
Selain g belajar utk exam, mrk gak g belajar loghat Kelantan.
Dan ada ramai kwn2 yg secara automatik jd juru bahasa utk along n beby.

Dan trkdg anak2 ibu terpegun bila g shopping.
Mcm org jakun lak mrk bila tgk org2 Cina n India fasih berckp loghat Kelantan.
Trkdg mrk keliru antara org berbangsa Cina dgn orn Melayu Kelantan.
Yang yg pastinya org2 Cina lebih selesa brckp loghat Kelantan w.pn sesama mrk....
Tu yg uniknya kt sini.
Gelaran utk perempuan Cina yg dh berumur ialah "MEK".

Dan semasa ibu di form 4 & 5 di kelas ibu terdiri dr 15 org bangsa Cina.
Semua brkomunikasi dlm loghat Kelantan n ada antara mrk xfasih brckp bhs Cina.


Along smpt posing sblm g tuisyen........

kami slalu pekena pizza kt Florida tiap kali blk dr tuisyen.......

6 Disember 2010

Anganku Musnah!!!!!.........

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BERSAMA AZAM BARU....
Semoga kita sama2 berubah ke arah kebaikan....
INSYALLAH!!!!!!

Pagi tadi g kedai Aircond & Aksesori kereta utk servis aircond kereta ibu.
Ibu rasa cam xbrapa sejuk jerrr aircond kereta sehari 2 nie.
So kereta trpaksa la ibu tinggal kt sana seharian.
Ptg tadi tokey kedai call suruh g ambik kereta yg dh siap diservis tu.
Punya la muka ibu ceria berseri2.....

Sampai jerrr kt sana.........................
Terperanjat beruk ibu bila tokey kedai tu
ckp servis aircond mencecah RM550.
Ibu mcm org yg trcekek tulang ayam trkebil2 seketika.
Terpaku + terperanjat + terkedu + terpingga2...
RM550 hinggit.
Ingatkn RM200-RM300 hinggit jerr.
Nasib baik ibu ada "terbawa" duit lebih dlm hbag.
Kalu tidak terpaksa ibu kena kerja part-time jd kuli kt situ...

Mak ai!!!! habis melayang duit bonus @ bantuan kerajaan yg ibu dpt awal bln hr tu.
Habis musnah angan2 ibu.....
Konon2 ada projek nk dibuat dgn duit tu.
Mmg xdpt merasa 1 sen pn apatah lg kena tmbah duit lain RM50.
Gitulh, setiap kali dpt duit lebih ada jerrr yg xkena.
Kt org, biasa la tu.......................

Ttp dh xde rezeki nk wat camne.
Redha dlm trpaksa.
Duit tu bkn rezeki ibu ttp rezeki tokey kedai tu.
hu.hu.hu........
Apa punya kereta suka dengki2 tuan camtu.......

Tesco Kota Bharu

Sesi lawatan ke hyper market lak.
Tujuan sebenar temankan Atie
nk berbelanja kt sana smbil2 cari "sushi" feveret kami anak beranak.
Mmg xde la singgah mana2 pn sekadar ke Tesco Kota Bharu.
Duit pn dh tinggal ciput.

Tesco nie sebenarnya dibina di pesisir Sg kelantan yg telah ditambak.
Kiranya kawasan yg sdg dibangunkkan siap dgn terminal bas express.

Kt sana pn ibu cuma beli jajan utk anak2 n
alat penjagaan diri yg dh hampir kehabisan stok tu....


Naurah n Farouk sabar menanti ibu dikaunter pembayaran.......

pot kegemaran anak2 ibu di kedai souvenir...
Xbeli apa pn jz cuci2 mata........

"sushi" kegemaran anak2 ibu n ibu sndiri.
Setiap org beli 1 paket so 6 org = 6 packet.....
Berbaloi2 cz abis dimakan...yum.yum.yum......


p/s :
sebenarnya setiap n3 yg ibu paparkan xde berniat utk menyinggung hati sesiapa @ menunjuk2 ttp sekadar catatan n diary family ibu skluarga semata2.
Dairy ni akan menjadi sumber kenangan buat anak2 ibu nnti.
Dan ibu alu2kn pd sesiapa yg sudi berkongsi kisah kami skluarga....
Jika ada yg tersinggung ibu mohon maaf.......

4 Disember 2010

Makan , makan dan makan...

Sejak cuti2 Msia n blk kg ada je program ibu.
Pagi2 dh kluar jln2 cari mkn.
Maklum la kt Kelantan ni seawal pagi dh jual mcm2 mknan.
Mcm2 jenis kuih muih n mcm2 jenis nasi.
Syurga makanan....

Bayangkan pagi2 dh pekena nasi kerabu,
nasi berlauk,
nasi dagang
n mcm2 jenis kuih.
Nasib baik ibu bukan peminat kuih-muih.
Mmg ibu xsuka makan kuih....

Xcukup breakfast dgn mcm2 menu,
sanggup lagi g hi-tea kt restaurant Siam.
Everyday kerjanya dok terjah n
merasa mcm2 makanan yg trkdg xtrdpt kt tmpt lain.....

Macam mana la agaknya bila naik sekolah nnti.
Masih muatkah baju2 ibu??????????...hu.hu.hu...
Xsnggup ibu nk saksikan baju2 ibu mengecil nnti.
Dan rasanya ibu xsanggup nk mendekati alat penimbang!!!!


ikut pusingan jam:
-ubi ga'dik kukus
-poli / kato
-pulut pisang-ala2 sushi la nie.....
-pulut "pagi"- sbb dijual waktu pagi jerrr utk bf.


ni lak menu versi siam masa kami g makan hi-tea kt restaurant Siam
-kerabu sotong
-kuewtiew lakna versi Siam
-sontam( bhn utama dr betik muda)
-putu halba

ni feveret ibu..namanya "ikan budu".
Sebenarnya ala2 ikan jeruk or pekasam ttp kt sini dikenali dgn nama ikan budu.....


ni lak breakfast yg disponser oleh ayah mie n chik Ta.
Sskali bf dgn western-food lak.
Pagi tu kami kena ckp org putih la...hi.....
Thankz ayah Mie + chik Ta......!!!!!

2dy lunch pn ditaja oleh Chik Ta.
Nasi Ayam special yg dimasak sndiri oleh c.ta.
Mmg marvelous n delicious sgt....yum..yum..yum....

ni masa kami g terjah kt restaurant makanan Siam.
Restaurant nie trkenal dgn gelaran Restaurant Sampan.
Makanan versi Siamnya mmg teramat best.
Sedap sesgt....mmg susah nk dpt makanan Siam sesedap di sini.
Maklum la ppemilik kedai n tukang masaknya mmg berasal dr sana.

3 Disember 2010

Uniknya di sini bila azan bergema!!!!

Hari Rabu 3 Minah ada projek lagi.
Projek terjah pasar malam Pasir Mas.
Seawal pukul 5.30 ptg Atie dh ajak ibu g pasar malam.
Haya...apasal awal sgt dik, kn nk pi pasar mlm..g la mlm2.
Rupanya ada kisah disebaliknya........

v

v

v

v

v

Kisahnya:
Sampai je di pasar malam (pm), cam biasa la pusing2.
Beli apa yg berkenan dihati.
Patutnya ibu perlu dikuarentin kt rumah (cdgnan sorg adik blogger)..
hi.hi.hi...seorg yg xberhemah bila berbelanja..
Tengah syok dok pilih tudung tiba2 azan berkumandang.
Dan tiba2 semua lampu di pm ditutup.
Gelap gulita kwsan pm.
Ibu ingatkan letrik terputus...
Tiba2 datang bbrapa org lelaki brpakaian blazer hitam dlm 5-6 org.
Mengarahkan pembeli keluar dr kwsan pm.
"Bakpo Atie, ado ghapo????"
Mana la tau kot2 ada rusuhan ke pe..
Punya la jakun + blur ibu nie.
Mujur ibu xjerit kuat2.
Rupanya....

v
v
v
v
v
Org2 yg brblazer hitam tu petugas2 Majlis Perbandaran.
Mrk ditugaskan utk memantau peniaga2.
Kt Kelantan, urusniaga akan dihentikan sementara bila azan berkumandang.
Semua peniaga perlu solat/ solat berjemaah bila azan.
Dan selesai urusan dgn Allah barulh urusniaga diteruskan semula.
Dan jgn harap nk dengar muzik bergema dipasar mlm yg membingitkan telinga mcm tmpt lain.
Patut la masa g pm ni ibu rasa mcm aman ckit.
Cuma dengar suara peniaga yg memekik memanggil pelanggan.
Dan yg pastinya xpula berlaku kecurian bila urusniaga dihentikan smtara.
UNIKkan!!!!!

Kalu la tmpt2 lain wat camni, rasanya mmg bagus sgt.
Mengingatkan kita agar xleka bila masuk waktu solat.
Menunaikan solat secpt mungkin.
Xde la masa azan sibuk lg dgn urusan membeli belah.
Dan krn peristiwa ibu, duit ibu terselamat.
Cuma smpt beli 3 helai tudung Arini.
Kalu idak, mau dgn kedai2 skali ibu beli...
he.he.he.....

ni je yg smpt ibu beli, selipar, 3 helai tudung, lokchin n kebab utk org2 kt rumah.
pssstttt!!!!...ttp kak long smpt sambar 8 helai tudung n atie pn cuma smpt beli 3 helai jeee..rupanya spesis gak la tu....
Farouk n Iman dok mengadap lokchin....yum..yum..yum...

2 Disember 2010

Akibat lupa diri.....

Tajuk n3 tu xde kena mengena dgn sesiapa kecuali ibu sndiri.
Kalu kluar dr rumah mmg ada je bnde yg brkenan dihati ibu akn ibu rembat.
Mmg sikap yg xelok ttp trkdg xleh nk kikis.

Bayangkan sejak blk kg ada je projek ibu ke sana sini.
Dan yg paling best kak long n atie join skali.
Kami nie digelar 3 minah oleh adik bradik lelaki yg kami gelar 3 Abdul.

Bulan nie je dh mcm2 brg ibu rembat.
Ada ke patut singgah kedai emas utk betulkn gelang ibu pn ibu boleh
"terbeli" gelang emas.
Habis melayang duit beribu2...hu.hu.hu....

Dan 2-3 hr lepas duit ibu melayang lg.
Kekonon pepagi bawa farouk ke klinik gigi
cz gigi farouk trserepih akibat mkn kuaci.
Bila doktor gigi check ktnya xperlu cabut cz akar gigi susu
Farouk masih kuat n lagipn xsakit.
Yahooooo!!!!
bersorak ibu dlm hati cz xperlu la abiskan duit utk cabuut gigi farouk...
Kluar klinik kami pekena pizza n kek coklat.
Beli creampuff utk bw blk.

OTW singgah Pantai Timur Supermarket
cz Farouk nk beli buku cerita.
Kebetulan tingkat ke 3 ada jual handbag n kasut mcm2 jenama.
Dr yg murah ke yg mahal....
Kekonon nk beli kasut basahan yg murah2 jerr.
Tiba2 hati terpaut lak kt sebuah handbag.
Terus jatuh cinta pandang pertama.
Mmg xde plan pn nk beli handbag.
Belek punya belek rasa xnk lepaskan.
Tgk harga rasa mcm mahai lak.
Purse ibu pn sememangnya dh kempis gara2 beli gelang....
Ttp hati ibu brkeras nk memilikinya.....
Farouk pulak pndai bagi ibu kata2 semangat..
Bertambah berkobar2 la ibu nie....
"Cantik la bu hbang ni"
" Ibu beli la"
"Kalu ibu xde duit, ibu pinjam la duit farouk"
"Xpyh bayar, ibu ambik je"

Baiknya anak ibu...xkn la nk beli hb pn nk ambik duit farouk...
Alahai anak ibu nie....
Kalu la ayah ckp camtu kn bagus....hu.hu.hu...
So xpasal2 sekali lagi ibu "terbeli" hbag
Swiss Polo nie.
Habis melayang RM399 hinggit.
Mak tolong!!!!!
Lepas rembat terus ibu blah.

ni la my new baby...hu.hu.hu...

1 Disember 2010

Sekian lama terpisah dan akhirnya......

Last week after smpai kg ibu tiba2 rasa rindu lak nk jumpa kwn2 lama.
Maklum la lepas abis sekolah masing2 bawa haluan sndiri.
Ramai gak smbung blajar kt oversea n yg lain blajar kt IPTA.
Alhamdulillah semua kwn2 kami xde yg trcicir dlm pelajaran.
Lepas tu masing2 kawin n punya kluarga sndiri.
Cuma kami brhubung melalui FB je.
Tu pn xsemua la.

Masa 2nd raya aidilfitri ada gak diaorg anjurkan reunion kt
hotel RiverView di KB
ttp disebabkan ibu dh ada program lain so xleh la ibu join.
So Sabtu lepas kwn lama ibu call.
Ktnya nk wat makan2 kt rumahnya
cz nk kumpul kwn2 lama zaman SK rendah n menengah.
Seronoknya xtrkira.
Bayangkan kami sekelas sedari darjah 1 lagi di SK Sultan Ibrahim 1.
20+th kami terpisah.
Masa tu semua comel2 belaka.
Maklumla kanak2 rebina.
Masa darjah 2 ibu brtukar ke SK Zainab 1 cz
time tu abah dh abis smbung blajar kt UKM terus posting kt KB.
Thn 6 ibu pulang semula ke SIS.

Bila jumpa apa lagi punya la gempak.
Masing2 dh berubah rupa.
Ada antaranya ibu dh xcam espclly kwn lelaki.
Byk cerita zaman kanak2 kami flashback balik.
Kelakar sungguh.
Masa kecik ibu nie seorg yg agak pendiam.
Ttp skrg mulut dh mcm bertih lak.
Sapa yg xpelik...hi.....

Punya sronok brcerita smpaikan lupa nk makan.
Rugi lak rasanya...hi....
rumah Zarini n Zalili, kwn masa ibu Tahun 1.....

my lovely son n daughters pn join sama......
Ni kt rumah Zalili aka mama lily......

29 November 2010

Krna Terpaksa........

Krna Terpaksa??????
Xtau la nk mulakan n3 nie camne.
Mmg suspen je bunyi tajuknya.

Sebenarnya kali nie kisah adik perempuan ibu, Atie.
Telah membeli sebuah rumah idaman.
Memasang impian utk menduduki xbbrapa minggu lagi.
Sabar menanti dan menanti.......
Tapi takdir Allah yg Maha kuasa.
Mama sakit disaat atie ingin membina
sebuah keluarga sndiri di rumah idamannya.

Selama ini Atie dan keluargalh menemani mama n abah di rumah.
Atie, suami n Iman(anak) tinggal bersama abah & mama.
Ibu dan yg lainnya membawa haluan sendiri.
Hanya berpeluang menjenguk mama n abah bila cuti.

Setelah mama discharged dr wad mama dh xboleh berjalan seperti dahulu.
Pergerakan mama terbatas.
Atas dasar kasih sayang Atie perlu berkorban lagi.
Terpaksa memikirkan mama n abah.
Xsmpai hati katanya nk meninggalkan mama n abah berdua.
Dan setelah berbincang panjang,
Atie terpaksa mengalah dgn keadaan.
Terpaksa melupakan hasrat hati menduduki rumah idaman.
Terpaksa menjual rumah idaman dan
bercadang untuk membina sebuah rumah lain berhampiran dgn rumah mama.

Mmg Atie sedih ttp demi pengorbanan, Atie sanggup lakukan.
Ibu pn rasa sgt sedih ttp ibu kagum dgn pengorbanan yg Atie snggup lakukan.

Dan sesiapa yg ada kenalan @ kwn2 yg berminat utk
memiliki rumah ini bolehlh ke:
KLIK DI SINI

Semoga pengorbanan Atie skluarga mendapat ganjaran dr Allah.

p/s: mohon kerjasama kwn2 ibu utk promosikan rumah ini ye!!!!

Pandangan hadapan rumah.....

ni pandangan dlm rumah sewaktu masih dlm pembinaan bbrapa bln lepas.....

plan rumah.

28 November 2010

Makan-makan @ Restaurant Shasha, Wakaf Che Yeh..

Fuh!!!!!!
Nk upload 2 keping gmbar nie pn brjam2.
Sempat makan2 bagai.
Kalu lelama camni jwbnya sakit jiwa gak.
Apa pn operasi brtenet ttp diteruskan dgn gigihnya...hu.hu.hu....

Nie kisah makanan feveret ibu.
Kalu balik kg mesti ibu akan cari "Mee Celup" nie.
Mmg xjupe yg sesedap ni kt tmpt lain.
Rasanya kt Kelantan mmg trkenal "Mee Celup" ni cz makanan ni brasal dr Siam.
Kuahnya menyerupai sup or soto or bakso ttp rasanya mmg marvelous.
Xde tandingannya.......yum.yum.yum.....

ni la rupenya "mee celup" versi Siam......

Ergh!!!!!Sakitnya Hati!!!!

Dah seminggu ibu cuti2 Msia kt Kelantan nie.
Dan sejak tu n3 ibu jrg di update.
Nk wat camne broadband @ beruk band Celcom lembab selembabnya.....
Buka 1 jam blm tentu dpt buat apa2.
Ibu pn xtau la depa punya prkhidmatan camne.
Belum tiba tarikh luput dh bagi sms peringatan.
Byran lak makin naik dr RM68 ke RM70 permonth...
Perkhidmatan mkn lama mkn hampeh...

26 November 2010

Ekspo Cheng Ho di Kota Bharu

Smlm ibu, anak2, kak long, atie n c.ta ke
Xpo Cheng Ho 2010,
Kelantan-China International Trade Fair,
di Stadium Sultan Muhammad ke-IV,

Kota Bharu.
(21-26 NOV 2010)


Kiranya ni Program Friendship & Prosperity
Negara China dgn Kerajaan Kelantan.
Mmg best sgt cz mcm benda yg mmg jarang
kita dpt tgk ada dipamerkan di sini.
Yg plg best ada dipamerkan Al-Quran yg trpjg di dunia,
Al-Quran terkecil di dunia,
Al-Quran drp emas yg nilainya lbh kurg 60 juta US.
Patung Cheng Ho n mcm2 bnde2 sejarah
yg dibawa khas dr Negara China.
Mmg sronok ibu tgk anak2 begitu teruja...

Ada 1 khemah2 khusus menjual produk2 dr China.
Dan peniaganya gak dr Yunan, China.
Mmg trgugak gak tgk batu2 permata n jed yg dr
semurah2nya hingga semahal2nya.
Nasib baik ibu dh hampir pokai cz bbrapa hari lepas
duit ibu abis gara2 beli gelang emas.
Melayang RM 4300+++..hu.hu.hu...
So xdpt la nk beli over2.....

Ttp yg paling tragisnya bila Yaya, anak buah ibu hilang.
Abis trbantut program kami semua.
Bayangkan dgn org ramai, si Yaya pulak hilang.
Mau xtension...
Lama gak la br jumpa.....
Mmg suspen sungguh saat tu....


Jom layannnn......

Ruang Perniagaan Produk dr Kelantan n China
di Stadium Sultan Muhammad ke-IV

khemah pertama yg mempamerkan n menjual produk China...
bahagian luar pameran....

Ruang Pameran di KB Trade Centre



About me