Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Oktober 2010

Masih Beraya lagi.....?????

Lebih 2 minggu blog ibu dok paparkan n3 sedih.
Hari ini ibu dh xnk sedih2 lagi.
Alhamdulillah mama pn dh byk positive improvement.
2dy ibu dikhabarkan mama dh boleh minum susu melalui mulut.
Ibu bersyukur sesgt n terasa lapang dada nie w.pn
mama masih di ICU n perlukan kawal rapi..........

Byk kisah raya ibu tertangguh.
Dan gambar2 tu masih belum terusik lg.
Rasanya masih boleh lg ibu bercerita ttg kisah syawal..

Yesterday Story.......
Semalam SK ibu adakan smbutan Hari Raya peringkat SK.
Meriah sgt n jamuan hari tu dimasak oleh guru-guru/staf SK.

Menunya :
Ketupat segera
Rendang ayam
Lodeh
Sambal kacang....

Kt murid2 masakan cikgu sedap.
Idak tau le ye ke tidak tu...hi.
Ttp tngan mulus n gebuz cikgu2 la yg masak.
Penuh keikhlasan n kasih syg utk anak2 murid.
Yg xsedap pn jd sedap n yg sedap bertambah la sedapnyakn.....

Jom layan pic.......
Naurah n best frienzzzzz jannah...

finalis pertandingan Busana Cantik n Anggun......
Naurah pn terpilih gak tu....

Mmg cantik2 n comel2 budak2 nie semua melaram dgn baju raya.
Kalah cikgu2 semua....

Naurah membuat persembahan nyanyian lagu Hari Raya....

Farouk n the geng...tukang tgk n tolong buat bising jerrr.....

ibu n the geng....

2 day.....
Hari ni SK ibu wat Program Marhaban lak.
Seawal 8.00 pagi ibu dh mula g terjah rumah org2 kampung.
Ibu kena mengetuai kmp marhaban n membawa lbh kurg 20+ org murid.
Kami terjah lbh kurg 8 buah rumah.
4 buah rumah yg ibu terjah menghidangkan nasi lemak...
Aduhai....abis la diet ibu.
Camne berat badan nk maintain kalu camni...hu.
Dh lama masa mama sakit ibu asyik dok mengunyak jerr.
Ibu ni kalu stress, mmg asyik mkn jerr n pastu rasa xkenyang2...

Xabis kt situ,
kami disuruh tapau lak semua mknan tu...
Seharian kami dok cuba abiskan mknan nie...
Semua sedap2 ttp perut dh xleh nk terima.
kenyang sgt........

sebelum pergi posing dulu.
2day tema blue clues........
Smlm kami 3 beranak pakai tema meroon + dark pink......

rumah yg pertama...semangat masih berkobar2 cz masing2 belum bersarapan....
Perut masih lapar.....


ni 2nd......murid2 ibu masih laju lagi mkn......

ni rumah ke 5....perut dh penuh.
Ibu jz tgk je n jamah le ckit2...
Nnti tuan rumah kecik hati lak...
Apa pn tapau tetap tapau.
Dh budaya kt sini.
Mesti licinkan semua pinggan mangkut utk tetamu.....

dh OTW balik rumah...
Perut dh tramat kenyang nie.....

dan Naurah dh terlelap dlm kereta....
Kenyangggggggg...

1 Oktober 2010

Terima Kasih Semua......

Khamis 30.9.2010
Terima khabar yg mengembirakan.
Seawal pagi adik mie sms ibu.
14 days mama in ICU, mama was extubated.
Mama dh mula dpt brnafas sndiri tnpa bantuan ventilator.
Mesin pernafasan yg amat menakutkan ibu.
Ventilator yg menjadikan ibu fobia hingga detik ini.
Salur sebesar jari telunjuk yg dimasukkan ke mulut mama hingga ke paru2.
Aduh...siksanya.

Syukur padaMu Ya Allah.
Ibu sudah mampu tersenyum.
Langkah ibu penuh dgn keyakinan.
Ibu yakin,
Allah akan kurniakan ke ajaiban demi keajaiban buat mama.

Mama di sisi adik mie aka Dr Ahmad Zakimi
yang bertukus lumus merawat mama sebaik mungkin di ICU.
Terima kasih dik krn merawat mama tnpa mengira penat n lelah...

Jumaat 1.10.2010
Terima call dr SIL Ita (Isteri Dr.A.Zakimi).
Jantung ibu tersentap lagi.
Setiap deringan telefon buat ibu ketakutan n kebimbangan.
Risau ttg khabar mama.
Ya Allah terlalu bersyukur,
Ita membawa khabar gembira.
Saat itu, ibu terlalu bahagia.
Ita maklumkan mama dh mula boleh brsuara.
Mama meminta sedikit air.
16 days in ICU.. lidah n tekak mama kering tnpa setitis air.
Hari ini mama dh mampu menelan sedikit air.
And otherwise not on any inotrope support.....
Mama cuma menerima antibiotik n ubat penahan sakit melalui tiub saat ini.

Abah pn dh semakin ok.
Abah mmg kuat semangat.
Mampu melangkah.
Melawan kepenatan demi mama.

Dan Alhamdulillah kak long mengambil cuti
mengantikan tmpt ibu krn minggu nie ibu xdpt menjengah mama.
PMR angah semakin hampir.
Ibu perlu disisi angah.
mengiringi angah di saat akhir sblm melangkah ke dewan.

Begitu juga Iman kesayangan ibu....
Demam Iman dh beransur pulih.
Moga mrk brdua makin sihat.

Iman setia menunggu ibu sebelum bertolak ke
Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu.

Dan Iman Amsyar tetap setia disisi ibu sewaktu di bilik menunggu ICU.
Saat ni mama Iman aka atie bekerja (guru di SM Maahad KB) dan Iman bersama ibu.

sedang mewarna di bilik menunggu ICU.

seorang anak kecil yg terlalu baik.
Sedikit pn xmeragam.
Xlasak n mendengar kata.....

penat mewarna.....mengayakan watak Ultraman.
Iman menjadi penghibur n penawar dikala ibu bersedih.
Bila iman memandang muka ibu bersedih tiba dia akan menadah tangan dan berdoa
"Ya Allah, Ya Tuhanku...sembuhkan tok mama..amin."
Tersentuh hati ibu melihat anak sekecil Iman begitu memahami.
Ibu tahu Iman terlalu rindui atok mama..
Iman rapat dgn atok mama.....

penat bersembang dgn ibu, Iman lena tidur disisi ibu....

bila lapar, Iman makan tnpa byk kerenah......


Thankz 2 Allah.
Thankz 2 all...
Thankz 4 ur doa,....
Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.
Xjemu2 n xputus2 berdoa buat mama.
Dan melakukan solat hajat buat mama.

Allah Maha mendengar,
Allah Maha melihat,
Allah Maha menyaksi segala2nya....
Dan ibu berdoa...agar hari esok xada lagi air mata ibu mengalir.
Semoga hari esok terus memberi sinar buat kami.
Ibu dh xsnggup menangis lagi.

Saat ini Ibu rindukan senyuman mama.
ibu rindu ingin berada disisi mama.

Dan semoga adik yu bisa kembali ke luar negara dlm keadaan tenang.
Menyambung pengajian dlm bidang perubatan dgn semangat yg kuat.....
Insyallah..

Ya Allah, kami bersujud kepadaMU.

30 September 2010

Gilap Permataku Angah....

Maaf ye kekwn krn sudah 2 minggu n3 ibu mengundang kesedihan n air mata.
Sepanjang mama di ICU, hati , fikiran n jiwa ibu sntiasa di sana.
Dan di sinilh tempat yg paling selesa utk ibu menluahkan perasaan.
Ibu xmampu meluahkan melalui kata krn pasti mengundang air mata.Dan berbanyak terima kasih di atas doa2 kalian.
Hanya Allah yg mampu membalas jasa2 kalian.
Setiap detik Allah kurniakan keajaiban buat mamaberkat doa tulus n ikhlas dari kalian.

Hari Selasa ibu dijemput ke SMKBG.SK angah adakan
"Program Gilap Permata"

bagi pelajar yg perolehi result cemerlang dlm trial PMR tempohari.
Alhamdulillah, ibu bersyukur sgt krn angah menjadi penawar di kala kedukaan.
Angah mampu meraih rangking ke 2 dr 350 org pelajar calon PMR.
Angah harapan kami, harapan keluarga, dan harapan sekolah.

Barisan Pengetua, GPK , guru2 n NYDP PIBG.

angah sdg mengisi borang akui janji n target PMR....

borang akui janji...

antara pelajar yg terpilih bersama ibu bapa di bilik mesyuarat....

Ibu terlalu kasihan dgn anak2 terutama angah.
Sejak mama sakit tumpuan ibu lebih kpd mama.
Angah terpaksa sndirian membawa haluan.
Dan sememangnya angah faham n mengerti....
Angah xjemu2 mengulang kali.
Angah xjemu2 belajar w.pn tnpa ibu di sisi.

Angah rapat dgn atok mama.
Pastinya angah turut bersedih di atas apa yg berlaku.
Pasti sedikit sebyk tumpuan angah terganggu.
Perlu membantu along n Beby menguruskan rumah
semasa ketiadaan ibu n ayah.

Dan lebih terasa bila ibu terpaksa berulang alik
dr Johor ke Kelantan setiap minggu.
Masa ibu dgn anak2 terbatas.
Sering termenung n bersedih.
Menangis bila sndirian.
Alhamdulillah anak2 memahami.
Ayah byk membantu menguruskan anak2.

Doa ibu, agar angah teruskan langkah angah.
Semoga kecemerlangan terus menjadi milik angah.

2-3 hari lagi angah akan melangkah ke dewan peperiksaan.
Angah juga perlu kuat.
Angah perlu tabah.
Angah perlu lakukan yg terbaik utk angah, kluarga n sekolah.
Allah sentiasa bersama kita.
Berdoalh, bertawakal dan berserahkan pdNya.
SEMOGA ANGAH PEROLEHI RESULT YG CEMERLANG
dan mampu mengharumkan nama sekolah seperti yg diharapkan
oleh guru-guru angah.
AMIN........

About me