Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 September 2010

Mama....kakak rindu mama...

Malam nie ibu akan akan brtolak balik ke kg.
Ingin bertemu mama.
4 hari ibu meninggalkan mama di ICU.
2 hari terakhir ibu xdibenarkan mendekati mama.
Insyallah, esok semoga ibu mampu menyentuh mama.
Mampu merenung wajah tenang mama.
Mampu membisikkn khalimah Allah di telinga mama.
Mampu mengusap lembut rambut mama.
Mampu menyentuh tangan sejuk mama.
Ibu dh xsabar ingin berada disisi mama.
Semoga Allah tetap anugerahkan lagi keajaiban buat mama..
Insyallah.

22 September 2010

Dairy Mama... Part 2

Selasa 21.9.2010
Ibu jalani rutin hari dgn keadaan yg perit.
Anak2 murid hadapi UPSR.
Ibu melangkah dgn seribu kedukaan.
W.pn dibibir masih mampu mengukir senyuman.
Masih mampu memberi kata2 semangat buat anak2 didik sewaktu melangkah ke dewan.
Hati ibu hanya Allah yg tahu.
Air mata sentiasa tumpah bila trbygkan mama...
Ibu perlu terus kuat....

Terima khabar dari adik atie.
Mama makin stabil.
Mama dh mula boleh bersuara dlm keadaan yg masih lemah.
Mama merayu2 minta air krn haus.
Tapi apa boleh buat mama masih dibantu dgn mesin pernafasan.
Mulut mama masih ada salur oksigen.
Sedih n sayu bila dpt khabar.

Dengan kuasa Allah, mlm yg sama ibu rasai keperitan mama.
Tiba2 kerongkong ibu sakit.
Dada trasa sakit yg tramat.
Perit n rasa tramat haus.
Ibu melangkah bangun n minum air ttp xhilang hausnya n mkn perit.
Bila kahak kluar brcampur darah.
Mungkin tekak ibu luka.
Mungkinkah saat itu mama sdg memanggil ibu????

Ya Allah, macam mana agaknya mama yg menanggung
kesakitan yg teramat sangat.
Mama mmg kuat.
Mama mmg tabah.
Mama dapat lawan segala kesakitan.
Semangat juang mama mmg mengkagumkan kami.

Malamnya ibu terima khabar sedih lagi.
Usus mama alami pendarahan.
Pakar sdg jalani ujian lagi.
Keputusan memakan masa 2-3 hr lg.....???

Ttp alhamdulillah,
mama dh byk improve.
Dari 2 inotrope support ke 1 skrg..
Sekurg2nya penderitaan mama mkn brkurangan......

Rabu 22.9.2010
Hari nie ibu terima lagi khabar gembira.
Harapan ibu makin cerah.
Jantung mama mula stabil.
Cuma paru-paru mama masih brmasalah.
Menurut adik mie yg merawat n memantau mama di ICU,
terlalu byk keajaiban yg Allah beri pada mama.
Mmg trlalu jarang adik mie temui pesakitnya di ICU alami keajaiban ini.

Dari darah yg down...
Dari buah pinggang yg rosak brfungsi semula,
Dari jantung yg xstabil semakin pulih,
Semua itu diluar jangkaan....
Rakan2 doktor pakar yang merawat mama pn turut trpegun.
Masing2 kagum dgn keajaiban yg Allah berikan pada mama.
Syukur padaMu ya Allah.
Terlalu besar ganjaran yg Kau berikan buat kami sekeluarga.
Trlalu kerdilnya kami hambaMu Ya Allah.
Kau sering bersama kami.
W.pn trkadang kami leka.
Kau tetap memakbulkan doa2 kami sekeluarga.
Doa saudara maraku,
Doa rakan2 ku..

Buat mama:
Bangunlah mama..
Abah ,anak-anak n cucu2 merindui mama...
Kami rindukan suara mama..
Kami rindukan senyuman mama...
Kami rindukan ciuman mama..
Kami rindukan pelukan mama...
Kami rindukan kata nasihat mama...
Kami rindukan segala2nya dari mama..

Buat adik mie aka Dr Ahmad Zakimi:
Adik mielh Super Hero kami..
Adik mielh harapan kami..
Adik mielh yang memberi kami harapan...
Terima kasih dik kerana brtukus lumus utk menyelamatkan mama.
Kak tau, adik mie lakukan yg trbaik utk mama.
Adik mie snggup tanggung risiko utk pastikan mama pulih.
W.pn rakan2 adik mie kata mama dh xde harapan.
Ttp adik mie xputus asa.
mencuba dan terus mencuba....
Terima kasih dik.
Xtrbalas jasa adik mie buat kita skluarga....
Xjemu2 mendoakan yg terbaik utk mama.

Buat Adik atie:
Terima kasih atie krn mengantikan kami menjaga mama.
Kak tau, atie keseorangan tnpa kak n k.long di bilik menunggu ICU.
Atie trpaksa brcuti kerana menjaga mama.
Ttp atie xprnah mengeluh.
Atie snggup brsusah payah kerana mama..
Terima kasih dik...

Buat Abah:
Akak tau abah trlalu menyayangi mama..
Abah seorg yg kuat.
Abah xpernah brputus asa utk melihat mama pulih.
Insyallah abah, anak2 dan cucu2 abah
tidak putus hadiahkan mama bacaan yasin n diiringi doa2...
Tapi abah perlu jaga kesihatan diri.


Buat adik Yu:
Yu jgn putus asa.
Yu kena kuat.
Yu kena teruskan pengajian yu dlm bidang perubatan.
Mama ingin melihat yu memgengam segulung ijazah.
Mama kuat krn yu.
Mama ingin lihat yu brgelar doktor mcm abg mie.

Buat adik syarif:
Adik pn perlu kuat.
Mama pn kuat krn adik.
Mama ingin melihat adik jd seorg engineer yg brjaya.
Adik perlu teruskan pngajian adik.
Ingatlah..mama brtarung dgn nyawa kerana adik yu dan adik.
Jgn sia2kan harapan mama...

Buat ayah n anak2 ibu:
Terima kasih kerana sntiasa di sisi ibu.
Memberi ibu kekuatan.
Memahami situasi ibu yg sukar.
Sama2 menangis disaat getir...
Xpernah merungut w.pn ibu xsmpt memberi perhatian spt biasa.
Sntiasa berdoa n membaca yasin buat atok mama.
Terima kasi ayah n anak2 ibu...


Buat Staf ICU HKB:
Terima kasih semua kerana menjaga n merawat mama dgn begitu baik.
Sntiasa memantau keadaan mama.
Sntiasa memaklumkan pada kami disaat2 mama kritikal.
Kami dilayan sebaik mungkin.
Xterbalas jasa2 kalian semua.

Buat teman2:
Terima kasih krn xjemu2 berdoa utk mama.
Setiap masa memberi ibu kata2 semangat.
Memberi ibu harapan.
Menjadikan ibu kuat n tabah.
Kerana kalian ibu masih mampu melangkah.
Masih mampu mengawal kesedihan hati.
Mampu meneruskan kehidupan harian seperti biasa.
Terlalu besar jasa2 kalian buat ibu.
Kerana kalian ibu terus bangkit.....

TERIMA KASIH TEMAN.

20 September 2010

Dairy Mama..

Rabu - 15.9.2010
Ibu n family brtolak pulang semua ke Johor setelah brcuti di kg selama 12 hari.
Sebelum brlepas mama memeluk ibu erat.
Mama cium pipi ibu bertalu2.
Mama peluk n terus peluk ibu seolah2 xingin melepaskan ibu.

Khamis -16.9.2010
Ibu mendapat berita mama terpaksa di kejarkan ke wad kecemasan Lati P.Mas.
Dr Hospital Lati mama dikejarkan ke HUSM Kubang Kerian, Kota Bharu.
Mama terpaksa dipindahkan ke ICU HKB kerana keadaan makin kritikal.
Mlmnya ibu brgegas pulang semula ke Kelantan.
Tiba di Muaazam abah call n meminta kami redha krn mama telah koma.
Allah saja yg tahu bagaimana perasaan ibu saat itu.
Rasa mau je ibu terbang utk brsama mama.
Hanya air mata yg mengiringi kesedihan hati.
Xputus2 ibu brdoa n brdoa.
Trlalu lama masa brlalu......

Jumaat - 17.9.2010
Subuh ibu tiba di kg dlm 6.05 pagi.
Selesai solat Subuh, kami dikejutkan dgn panggilan dr HKB.
Kami diminta segera ke ICU kerana keadaan mama mkn tenat.
Semua anak2 diminta masuk ke bilik ICU.
Bila adik mie aka Dr A.Zakimi(yg brtugas di ICU) melihat keadaan mama,
dia mula menangis.
Mama tenat ktnya.
Kami membaca yasin n ditemani air mata.
Abah minta kami redha n terima segala ketentuan dr Allah.
Namun ketabahan abah tewas.
Airmata abah tetap tumpah brsama kami.
Keadaan mama trlalu kritikal.

Tghari skali lagi kami dipanggil n doktor pakar memaklumkan
mama dh semakin tenat n kritikal.
Paru2 , buah pinggang n organ mama rosak.
Doktor xberi kami harapan n minta kami brserah n terima segala kemungkinan.
Hanya doa n bacaan yasin yg mampu kami beri utk mama.
Pada Allah ibu memanjat doa.
Hanya Allah yg mendengar rintihan hati.
Ibu cuba jd kuat.
Ibu cuba lwn kesedihan n kedukaan demi adik yu n adik syarif.
Mrk brdua masih trlalu muda.
masih belajar n perlu sokongan moral.
Dan yg pasti mrk masih memerlukan mama.
Mama dibantu dgn 5 inotrope support.

Jumaat- 17.9.2010
Adik mie terus memantau n merawat mama sebaik mungkin.
Dibantu kawan2nya doktor2 pakar.
Bertukus lumus 5 org doktor pakar utk menyelamatkan mama.
Mama makin lemah.
Badan mama menolak semua ubat2 yg diberi.
4 jam mrk brtukus lumus cuma lakukan yg trbaik utk selamat
Sesungguhnya mama brtuah krn punya anak yg brtugas sbg doktor di ICU.
Punya 3 org saudara yg brtugas sbgai doktor di HKB.

Sabtu-18.9.2010
Positive improvement from mama.
3rd day inotrops was tapper down from 5 to 3
Mata, mulut n jari mama brgerak w.pn dlm keadaan lemah.
Mama dh sedar dr koma.
Harapan ibu brsinar.
Ibu brbisik ke telinga mama.
Mata mama brgerak2.
Ya Allah trlalu indah saat itu.
Mama kuat lalui saat2 kritikal
w.pn bacaan masih menunjukkn mama masih kritikal.
Kami masih brharap n brharap.

Petang sekali lagi kami dikejutkan dgn berita sedih.
mama trpaksa dikuarentin kerana disuspek dijangkiti HINI.
Ya Allah trlalu berat ujian n dugaan yg mama terima.
Dan hanya dr tingkap cermin ibu mampu melihat mama.
Kami xdibenarkan mendekati mama.
Ibu dh xmampu membisikkn khalimah Allah di telinga mama.
ibu xmampu membelai rambut mama.
Ibu xmampu menyentuh pipi mama.

Dr tingkap kaca ibu hnya mampu merenung wajah tenang mama.
Dan setiap kali menatap wajah tenang mama dr kejauhan airmata xmampu ibu tahan.
Ya Allah selamatkan mama........

Disebalik kesedihan n kedukaan itu,
ibu dimaklumkan oleh adik mie mama dh byk improve..
dari 5 inotrope support dh tinggal 3.
Syukur ya Allah.
Disebalik ujian itu Kau anugerahkan sinar buat kami..

Ahad- 19.9.2010
4th day mama dh byk improve..
Mata mama dh mampu brkelip2, tngan n kaki mama mula menunjukkan prgerakan.
namum ibu masih xdibenarkan memasuki bilik kuarentin mama.
hanya mampu memandang dr jauh.

Mama, kakak rindukn mama.
Kakak ingin belai rambut mama.
Kakak ingin bisikkn khalimah Allah di telinga mama.
kakak ingin renung muka mama yg tenang.
Ibu ingin tatap mulut mama xhenti2 brzikir.
Tapi kakak xmampu brbuat apa2.
Maafkan kakak...mama.....

Dan ibu trpaksa pulang semula ke Johor.
Trpaksa meninggalkan mama dgn hati yg trlalu berat.
Tugas ibu sdg menanti.
Ibu trpaksa melangkah dgn seribu kesedihan.

Isnin-20.9.2010
Pagi ini ibu melangkah ke sekolah dgn penuh kepayahan.
Hidup perlu diteruskan seperti biasa.
Terima khabar dr adik mie yg test HINI mama negetif.
Mama sudah xdikurentin lagi.
Alhamdulillah..terima kasih ya Allah.
Trlalu brsyukur dgn pemberianMu....
Malangnya ibu sudah jauh dr mama.
Ibu xsmpt mengucapkn selamat tinggal buat mama....

Dan skrg mama byk improve dari 5 inotrope support ke 2.
Alhamdulillah..dr kejauhan ibu memanjat kesyukuran.
Trlalu besar anugerah Allah berikan buat kami.
Keajaiban demi keajaiban Allah kurniakan buat mama.
Dan ibu tahu mama mmg kuat.
Mama cuba melawan semua itu demi adik2...
Demi org2 trsayang.

Dan doa yg xputus dr saudara mara,
pelukan dr pakcik/makcik....
rakan2 lama,
rakan2 sekerja,
rakan2 blog,
rakan2 FB yg xjemu2 mendoakan mama.
Byk memberi ibu kekuatan,
membisikkn kata2 semangat.
Ibu rasa lebih tenang n kuat.
Ibu cuba melawan kesedihan demi adik2.
Demi abah.
Demi org2 trsayang.
Allah mendengar rintihan kami.
Allah kurniakan mama keajaiban yg mungkin xtrfikir dek akal.

TERIMA KASIH SEMUA KERANA SENTIASA BERSAMA IBU
DISAAT KEPAYAHAN, KESEDIHAN, dan KEDUKAAN ini.
Hanya Allah yang mampu membalas segala keikhlasan kalian semua.
Dan harapan ibu agar esok akan terus memberi sinar utk ibu n family.

YA ALLAH AKU BRSYUKUR DENGAN NIKMAT YANG ENGKAU ANUGERAHKAN BUAT KAMI SEKELUARGA.

BUAT MAMA:
Ketahuailah mama, tiada insan di dunia yg dpt menganti mama di hati kakak.
Kakak terlalu menyayangi mama.
Kakak xsanggup kehilangan mama.
Mama, bangun la...demi abah n anak2 mama.
Kami masih memerlukan mama.
Kami masih dahagakan kasih sayang mama.
Kami rindukan senyum tawa mama.
kami perlukan kata2 semangat n nasihat mama.
MAMA, HANYA KAU YG SATU DIHATIKU.....
Insyallah ibu akan kembali ke kg 2-3 hari lagi utk melawat mama.....

gambar hari raya 2010- ibu disamping mama n abah

About me