Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Mac 2010

Koleksi Hadiah 2010

2dy kami ditinggalkan ayah lg.
Kali nie ayah ada Mid-Term Review kt
Royale Bintang Resort & Spa,N9.
Dlm 4 hari gak ayah kt sana.
Ibu n anak2 dh xkisah cz mmg sering ditinggalkan.
Ibu n anak2 dh pndai bawa diri...hu.hu.hu..
(saja nk pujukhati tu sbnarnya..)
Nk wat camnekn dh tugas ayah.....

Nasib baik ayah xangkut skali lappy dia.
So dpt le ibu dok layan kebosanan ibu.
Bayangkn kalu ayah bawa , 4 hr tnpa lappy n tenet...
Lappy ibu yg sdg sakit teruk lak kt bengkel .
Fuh!!!parah tu.

Ni nk story ttg Naurah.
Smlm Naurah terima 2 hadiah lg.
1 dari Syarikat Sasmurni KLumpur krn Naurah menang peraduan dr
majalah yg ibu langgan tiap bln tu.
1 lagi dpt cenderahati Bijak Sifir cz Naurah dh hafal sampai sifir 12.

Ibu malas nk snap pic masa Naurah terima hadiah2 tu kt perhimpunan.
Xde mood n skrg dh malas nk snap pic kt sk lagi2 dpn khalayak.
Bkn apa, trkdg kamera kita mcm sekolah punya lak.
Ada apa2 aktiviti mula la msg2 cari ibu nk guna kamera.

So sejak 2 menjak nie ibu dh mula malas nk layan
bila ada org ambil kesempatan lak.
Bkn setakat menggunakan brg milik peribadi ibu
ttp mempergunakn kita sesuka hati.
Mcm kerja ibu lak kena snap pic tiap kali ada program....


Naurah bersama hadiah kemenangannya.....

Sedihhhhh....

Tension, sedih n frust sgt.
Lappy ibu rosak...hu.hu.hu....
Bertambah tension bila 'beruk band" ibu trtinggal lak kt sekolah.
Mcm mati kutu je smlm kt umah.
Utk hilangkan kebosanan ibu dok alihkn semua perabot kt bilik tidur.
Tarik sana, tarik sini.....
Ubah sana-sini.
Ha engko, puas hatiku.....

Line stremix kt rumah dh lama problem.
Tup.tup..last week ayah terima surat saman.
Padahal ayah dh maklumkn pd pihak brkenaan suruh buat pemotongan line.
Xtau kenapa pemotong xdibuat tiba2 dpt surat saman lak.
Bayangkn kos smpai RM1600+++
So trpaksa ayah settlekn.
Reda jelh.

Lappy ibu br brumur 4 bln lebih.
Asyik wat hal jerrr.
Nk kata lasak xdelh.
Xdelh smpai ibu bawak g kebun ke, trhempas kt simen ke.......
Setakat tekan keyboard dgn jemari ibu yg lemah gemalai nie...(wek!!!prasan)
Ttp kt org nasib gak kalu beli sesuatu brg.
Nk kt xde jenama, ibu beli jenis ACER.
Dh nasibkn.
Nk wat camne....

Nasib baik ada lappy ayah.
Jadi mangsa ibu le....
Ttp ibu xbrapa suka sgt lappy ayah cz ayah guna Windows 7.
Nk wat camne, ibu dh trbiasa dgn Windows XP.
Xtaulh bila sembuh balik.
Nasib baik masih dlm warranty.

2-3 hari lg dh nk cuti.
Entah smpat ke tidak siap lappy tu nnti...hu.hu.hu...


7 Mac 2010

Wahai Suami2......


Hari ni ibu nk wat n3 yg ibu ambil dr blog Umiliya. Cam menarik je bila baca artikal ni. Artikal ni sebenarnya ditujukan buat suami2 diluar sana. Manalh tau ada yg terkena batang hidung sndiri. Kalau ada suami2 yg terbaca n3 ni, agak2 berapa byk yg terkena di atas batu jemala kalian.....
Jom baca......
*Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
*Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
*Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
*Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
*Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
*Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
*Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
*Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
*Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin diri sendiri.
*Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
*Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
*Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
*Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
* Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke....
*Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.
* Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
*Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
* Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat
*Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
*Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
*Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
*Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
*Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
* Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif.
Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

About me