Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Januari 2010

Yeah!!! Jom Baca!!!

Ni cerita last week.
Xsmpt nk wat n3.
Dh 2 hr sume line tenet mogok.
Streamix n "beruk band" wat hal.
Si "beruk band" lak jap nyala n tetiba xde.
Mkn lama mkn teruk la depa punya prkhidmatan.
Xbrbaloi dgn harga...eeeeeeee!!!!!!!
Sakit hati betul.
Kt Sk pn sama, tetiba je kt bilik kerja ibu n bilik akses putus line.

Last week, majalah langganan dh smpai.
Apa lg mulalh berebut masing2 nk baca dulu.
Yg xthn tu, si kakak2 yg dh sk menengah pn menempel skali.
Naurah xpyh crita la.
Blk sk terus dok trgolek baca majalah.
Dh lupa nk mkn, nk tukar baju n bla..bla..bla..
Jom layanzzz.......


nilh majalah yg ibu langgan tiap bln....
Kebetulan tokeh majalah ni antar skali majalah utk langganan PSS.

gift yg diberi di awal thn utk langganan majalah2 tu......


tengah kusyuk dok baca...selagi xabis xbrgerak.
Kalu ibu ckp pn dia wat bolayan je..
mcm ckp dgn kayu jerrrr....
Eeeee...geram!!!!!

Farouk pn menempel sekali. Juz tgk pic jerr..
Baca blum lancar...trpaksa le eja satu2...

18 Januari 2010

Macam2 Kerja Beby!!!

Beby ni kekdg slalu wat ibu geram.
Xtau knapa kami mcm xserasi sgt.
Myb kami sama2 ank ke 3.
2-3 hr ni sibuk je dok ngadap s/khabar.
Gunting sana-sini, kemudian gulung2 pjg.
Kemudian gentel2.....
Leka sungguh.
Ibu geram bkn apa, punya la khyusuk dok buat bnde alah ni.
Kalau le baca buku cam gitukn bagus...

Ttp bila dok fikir2 kekdg Beby ni ada gak prsamaan dgn ibu.
Minat wat kraftangan n menjahit.
Bila buat sesuatu mmg leka.
Betullh kata org, prangai kita akn turun pd anak2.
Patut la dulu mama slalu bising bila ibu asyik dok melukis, melukis n melukis.
Bila pegang buku terus...zzzzzzzzz....
Mula la ibu trtanya2 knapa mama mcm xsuka sgt ibu leka melukis.
Sebabnya bila dh leka lupa nk belek buku....
Ha, sapa nk jawabbb.....

nilh yg sibuk Beby dok ngadap 2-3 hr ni.
Punya la baik hati,..buat utk kwn2 dia...
Ttp satu sikap yg ibu puji ttg Beby ni,
seorg yg mmg ambil berat n suka tolong kwn...
Dr kecik, kalu dpt gula2 sebiji pn dia simpan utk ibu...snggup xmkn(syahdu sungguh).


Hai makcik..ni cikgu minah aka ibu nk tnya :"Xde home-work ke?"
Jwb makcik aka Beby: "dh siap la bu...Beby wat kt sekolah tadi"
Cikgu minah aka ibu : "Yelh tuuu....."

17 Januari 2010

Your Best Vacation Moment Contest


-->1. Letak banner contest pada entry masing2. Jangan lupe link balik banner tersebut pada entry contest ni ye..Penyertaan akan disqualified jika tiada link semula.-DONE
2. Hanya satu destinasi percutian yang dibenarkan untuk setiap peserta. Maksudnya.. kalau anda seorang yang kaki jalan, pilihla salah satu tempat sahaja untuk masuk contest ini ok..-DONE
3. Maksimum 3 keping gambar dibenarkan untuk contest ini. Jadi, pandai2 la pilih gambar yang paling menarik untuk disertakan di dalam entry masing2..=D-DONE (terlebih sudah..hi xpekn)
4. Ceritakan juga serba sedikit tentang percutian anda itu dan nyatakan mengapa percutian tersebut menjadi antara best moment dalam hidup anda- DONE
5. Tempat dan tarikh percutian adalah tidak terhad. maksudnya, tidak kire bila masa percutian itu diadakan, samada jauh atau dekat, dan walau bersama siapa jua anda bercuti tetap mama terima..=))-DONE
5. Digalakkan untuk menjadi follower mama-DONE (dh lama tu n dh mesra alam)
6. Digalakkan untuk menyenaraikan blog ini dalam bloglist anda-DONE (pn dh lama gak tu....)
7. Untuk setiap penyertaan, sila tinggalkan komen anda di entry ini..mama Zara akan segera menerjah dan meninggalkan jejak di entry contest masing2..-DONE
8. Tarikh tutup penyertaan: 25 Januari 2010
**************
Dh lama gak Lily seorg adik manis anjurkn contest n 2dy br ibu brkesempatan nk join. Bkn apa, cz nk cr n pilih tmpt yg paling ank ibu suka.....Sepanjang hidup mkr (dasyatnya ayat) rasanya ayah dh bawa mrk brcuti seluruh negari di Malaysia. Dr Timur ke Barat, Utara dan Selatan.
Tiap kali nk cuti bila ibu tnya kt mana mrk nk g kali ni, tnpa brfikir pjg n hmpir serentak mrk akn cakap KELANTAN....Kelantan, Kelantan dan Kelantan. Xtau kenapa suka sgt nk ke Kelantan. 

Myb sronok cz tujuan sbnarnya mrk ni nk blk kg trmasuk le ibu niee.....
So ibu pn ambil la kesempatan promosi Negeri Cik Siti Wan Kembang or dikenali dgn Serambi Mekah. Sebut saja Kelantan tentu trbyangkn kain batik, keropok lekor n negeri yg byk menyimpan khazanah kebudayaan. Kalu ke Kelantan jgn lupa byk duit byk2 cz kt sini byk tmpat membeli belah yg murah2 n boleh wat kaum wanita jd xtentu arah...Xcaya tnya ibu...hi.hi.hi...

Biasanya tmpt feveret kami ialah R.Pjg n Pengkalan Kubur. Bawa duit brkantung2 pn boleh habis la....Selain drp tu ada tmpt2 unit antaranya Wat Pathivihan (ke 2 trpnjang di dunia), Wat Machimmaran(trtinggi di Asia Tenggara) dll. Ni kt area Pengkalan Kubur. Penduduk kt sini rata2nya brketurunan Siam.
Selain drp tu ank2 ibu juga suka ke Pantai Sri Tujuh cz kt situ ada gerai makanan sea food yg digoreng dgn tepung (fresh...sgt, sedap). Ada lg pntai menarik spt PCB, Bachok dll...Chantikkkk.....
Kt area Kota Bharu byk Muzium2 (con:Muzium diRaja), Pasar Siti Khatijah, Bazar Buluh Kubu, Wakaf Che Yeh (dibuka 24 jam n ibu slalu abiskn duit kt sini beli tudung-smpai lupa diri n xingat nk balik....)
Ok dh pjg karangan ibu ni..kalu ikutkn byk lg tmpt2 yg kami slalu pegi ttp takut lily xtrbaca lak nnti...

Pic yg dipertaruhkn.....
Area Tumpat. Kt belakang tu Replika Patung Tidur terPanjang di Asia Tenggara. 
Namanya Wat Pothivihan.Trpanjang di Asia Tenggara dan ke 2 terpanjang di dunia...

ni Masjid Cina di area Rantau panjang...
Mmg unik cz seni binanya mcm Masjid kt negara Cina
Imamnya pn Cina Muslim dari negara China......

pic ni di Wat Machimmaran. Patung Budha Duduk ni trtinggi di Asia Tenggara
(menyamai ketinggian bangunan 10 tingkat).
 Yang uniknya bibir patung ni dr emas tulin brnilai 4 juta (kalu xsilap ibu la...)....
wow!!!mahai tu...

pic ni trlebih sudah...sory ye lily...nk delete sayang pulak cz brpeluh smpai ke kaki edit.....kalu direject, sila abaikn je ye pic ni...hua..hua..hua....
Ni kt Splash Water kt Kota Bharu. Klau blk kg, tmpt ni jd pilihan kanak2 rebina ni. 
Abg long aka baba yg jd mangsa kanak2 rebina ni.....
*******************

About me