Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan disneyland. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan disneyland. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

28 Januari 2014

Kembara Ke Universal Studio Singapore (USS)

Wah canggih punya tajuk.
Sebenarnya percutian ibu
ke Universal Studio Singapore (USS) memang tidak dirancang.
Sebab tu ibu kata "Kembara" ala-ala "Explore-race"....
Cuti-cuti obesi yang spontan...
Tiada sebarang perancangan tapi dibuat tiba-tiba.....

Tujuan catatan pengalaman ni untuk berkongsi dengan rakan-rakan yang ingin terjah
macam ibu nie.
Manalah tahu ada rakan-rakan ke JB dan tiba-tiba teringin nak pergi "obesi"
diseberang sana.....

Tapi pastikan kita memiliki pasport antara bangsa.
Money changer ada di station bas Larkin.
Masa ibu tukar duit Malaysia turun lagi.
$1 = RM2.85

Ibu sebenarnya mengidam nak ke Singapore sejak
lahirkan Along lagi.
Masa tu wad bersalin ibu betul-betul mengadap Singapore.
Tapi tak tahu dimana silapnya impian ibu tak tercapai walaupun
ibu pernah jejak kaki ke negara-negara lain tapi belum ke Singapore.
Dasyatkan.

Perjalanan bermula:
1. Station Bas Larkin, JB
Biasanya bila naik bas dari Utara, Pantai Barat atau Timur
hentian utama di Larkin.
Kalau turun di Kota Raya boleh dapatkan teksi ke station bas Larkin.

2. Bas 170
Untuk ke Singapore tak perlu kita booking tiket bagai.
Terus cari Bas 170 berwarna kuning.
Tambang dalam RM2.20 ke imigesen Malaysia.
Perjalanan pun dekat saja dalam 10 minit.

3. Check in Imigresen Malaysia
Turun bas 170 kita pergi untuk check in di  level atas dengan
menaiki escalator
Selesai "check in" kita terus dapatkan bas 170 semula.
Kalau terlepas bas jangan risau sebab
bas 170 sentiasa ada.
Ada tempat menunggu bas.
Pastikan tiket jangan dibuang sebab tiket tu boleh digunakan semula.

4. Check in Imigresen Singapore.
Tak sampai 10 minit kita sampai ke imigresen Singapore.
Itupun jika jalan tak sibuk.
Paling selamat pergi masa bekerja.
ibu pergi Hari Jumaat so tidak perlu beratur sebab memang tak
ramai orang.
Isi borang dan terus "check in" ke Singapore.
Imigresen Singapore sama macam Malaysia dan Indonesia.
Tidak cerewet berbanding semasa ibu ke Vietnam , Hong Kong dan China.

5. Bas ke Pulau Sentosa
Turun dari Imegresen tu terus menuju ke bas stand.
Jangan segan bertanya ye.
Alhamdulillah ibu jumpa semua yang baik dan peramah tak kira Melayu dan Cina.
Semua dengan ramah sedia membantu kami.

Ada bas berwarna merah menuju ke Pulau Sentosa.
Tak perlu beli tiket kat kaunter.
Bayar je semasa naik bas.
Seorang dalam $5.
Pastikan sediakan wang sekeping $5 kerana baki tidak akan
dipulangkan.
Perjalanan dari Woodlands ke Pulau Sentosa lebih kurang 1 jam.

6. Universal Studio Singapore USS
Bas terus membawa kita menuju ke sana.
Kalau tak silap ibu, station bas ni bawah tanah.
Luas sangat.
Sampai je kita terus naik eskalator ke USS.
Memang tak sesat punya sebab bas parking betul-betul depan tangga escalator.
Dan jangan risau sebab banyak bas yang akan membawa kita kembali
ke Woodlands/imigresen  tu dengan tambang yang sama.

7. Tiket USS
Ibu beli di kaunter.
Agak mahal sebab petukaran duit Malaysia yang turun.
Tiket berharga $74 seorang.
Masa ibu pergi pertukaran wang yang rendah menyebabkan tiket jadi RM215
Katanya kalau kita tempah melalui on-line lagi murah.
Tiket tu diberi tempoh 6 bulan dari tarikh booking.
Dengan tiket tu masuklah kemana-mana saja.
Pastikan tiada bayaran lain dikenakan.
Sama macam kat Disneyland.
USS ditutup pada 7 malam.


8. Makanan dan Minuman
Tak ada masalah untuk dibawa masuk.
 Pastikan makanan dimasukkan ke dalam beg bertutup.
Ibu sekadar bawa roti dan air.
Kat dalam tu banyak gerai makanan dan banyak juga yang halal.

9. Solat
Disediakan tempat solat kat dalam nie.

 Taraaaaa......akhirnya USS di depan mata.
Bukan main melancong ke obesi bagai, USS belum pernah jejak...hehehe.....
Bila naik je dari eskalator kita akan jumpa trade mark ni.
Posing la puas-puas....
Ni bahagian luarnya.
Kalau tak masuk pun boleh aje posing sini tanpa apa-apa bayaran....

Along yang teringin sangat nak ke sini.
Katanya cuti sem berbaki 2 minggu lagi......
Alahai, anak-anak sekarang bila cuti ajak pergi obesi...
Ibu dulu nak pergi KL pun susah tau.....
Puas hati dapat bergambar kat sini....hahaha....
nanti tunggu siri jelajah kami ke USS.
Seterusnya nanti ibu akan bawa semua ke
Hollywood,
New York,
Sci-Fi City,
Madagascar,
Far Far Away,
The Lost World
dan
Ancient Egypt......
Tungguuuu....

21 Januari 2014

Guangzhou Part 4 -Pearl River Night Cruise

Belum habis lagi kisah siri jelajah Negara China....
Sila jangan muntah ye....hehehe......
Percutian di Guangzhou Kami tidak melepaskan peluang untuk menaiki
Pearl River Night Cruise
yang femes emos diperkatakan.....

Jeti.....
Ni baru pukul 6.30 petang tapi gelapnya dah macam pukul 9 malam.....

Masa ni sejuk sampai ke tulang.
Suhu 5 darjah celcius....

Tiket telah siap ditempah oleh pemandu pelancong kami...
Katanya harga tiket di tingkat atas lebih mahal berbanding di level 1 dan 2.
Paling best rombongan kami dipanggil beratur dihadapan......
Punyalah tak sabar nak naik feri.......

Inilah feri yang kami naiki....
Feri ni ada 3 tingkat.
2 tingkat merupakan restaurant tertutup dan tingkat atas "open air"...
Pemandangan sebelam malam sangat-sangat cantik.....



 
Pemandangan yang sangat menarik tapi jadi tak cantik dikerjakan
jurugambar yang tidak profesional.....muhahaha.......


2 keping gambar ni ibu pinjam dari en google.
Inilah pemandangan yang diambil oleh
jurugambar profesional....
Cuba bandingkan gambar yang ibu snap...hahaha.....

 Kami menyusur sungai selama 1 jam.
Mula-mula rasa seronok tapi lama-lama rasa siksa.....sejuk dah tahap gaban....

 2 orang kanak-kanak rebina dah mengiggil....
Baju tebal 4 lapis pun dah tak dapat menampung kesejukan ini.
Maklumlah suhu sejuk ditambah dengan angin malam yang bertiup kencang.......

 Laluan bawah jambatan yang dipenuhi cahaya lampu....
Tengok muka masing-masing macam tengok UFO padahal tak ada apa pun kat bawah nie....aduyai

Menara mercu tanda yang sering berubah warna.
Cantik sangat.

Naurah masih mampu tersenyum walaupun bibirnya dah keluar asapppppppp....

Beberapa keping je gambar kat sini.
Ibu dah tak mampu menahan diri dari kesejukan.
Nak snap gambar pun dah tak mampu...jari jemari ibu yang mulus dah kaku. Adeiii....

Bergambar kenangan sebelum turun ke tingkat bawah sebab dah tak tahan menanggung kesejukan.
Tak ada pulak gambar di tingkat bawah yang merupakan sebuah restaurant.
Lebih kurang pukul 11 malam feri ni berlabuh dan membuat hati ibu amat-amat lega....

Dah larut malam baru kami check in di hotel di Guangzho.
Merupakan hotel ke 3 dan terakhir di China setelah menjelajah ke beberapa
destinasi di Macau, Hong Kong, Disneyland dan Shenzhen......
Memang penat sebab kami terpaksa berpindah randah dari hotel ke hotel.
Rasa macam orang nomad pulak....
Namun banyak pengalaman yang dapat dikutip semasa percutiaan ini.

20 Januari 2014

Guangzhou Part 3-Shopping-shopping

Wanita dan shopping tidak dapat di pisahkan.
Satu-satunya terapi minda yang paling berkesan.....

Kisah yang paling best dalam percutian ialah shoppingggg...
Setiap kali memilih ke destinasi percutian,
ibu pastikan dalam list ada aktiviti bershopping.

Destinasi ke Macau dan Disneyland adalah memenuhi
impian Naurah dan Farouk.
Di dua-dua destani tu ibu memendam rasa kerana harga barangan
yang tak mampu ibu beli sebab terlalu mahal........

Bila tiba di Shenzhen ibu melepaskan geram....
Tidak puas bershopping di daerah Shenzhen,
 ibu sambung bershopping di Ghuangzhou pulak.
Guangzhou ni terkenal dengan kain suteranya.
Sebut Ghuangzhou...pasti kita akan terbayang sutera yang cantik serta berkualiti.....

OTW ke pusat membeli belah di Ghuangzhou....

 Sepanjang perjalanan sesak dengan lautan manusia.
Amat berbeza suasananya dari Macau, Hong Kong dan Shenzhen.

 Ni sebelah pagi.
Sarat dengan lautan manusia yang keluar untuk berniaga.....
Jalan pun jadi amat sesak.
Lama juga kami terperangkap di sini...

Tertarik dengan pemandangan ini....
Gigihnya mereka mencari rezeki....
Orang Cina memang kuat semangat dan gigih berusaha..
Sikap mereka patut dicontohi.....yelah sangatkan.
Yang ibu ni sering menghabiskan duit camne tu.......

 
 Kami dibawa ke sebuah pusat jualan jed terkenal milik seorang usahwaan
yang kaya raya.
Di sini kami disambut oleh tuan punya kedai.
Kami diberi loket jed percuma setiap orang.
Kami tidak dibenarkan tangkap gambar di sini.......
Perkataan sinonim.."no kamela..no kamela....."Hish...geram jerrr.

 
 Sempat jugak curi-curi bergambar di sini.
Itupun kami kena marah....hahaha......
Garang betullah diaorang nie.....
Ibu tak beli pun jed di sini atas nasihat dari BIL sebab beberapa kali dia ke sini
banyak yang tidak ori......

Selepas itu kami makan dan solat sebelum ke pusat perubatan Cina.
Kat sini kami diberi penerangan...
"no kamela...no kamela"...aduyai....kedekut betullah...
Selepas tu kami dibawa ke bilik untuk di diagnosis penyakit oleh profeser yang
 langsung tak pandai cakap BI.....
Kami ditemani penterjemahan yang fasih berbahasa Indonesia....
Selepas di diagnosis rupanya kami dipaksa beli ubat-ubatan herba.
Bukan murah.
Sebotol dalam ratusan dan ribuan ringgit.
Bila kita tak nak beli mereka mula tarik muka dan marah-marah.
Membebel dalam bahasa Cina.
Lantak pilah...bukan ibu faham pun..
Aduyai...serik betullah dengan permainan mereka......

Petangnya ibu di bawa ke pusat sutera.
Pada awalnya tetipu lagi.
Mujur tak terjebak dengan sutera palsu dengan harga yang sangat mahal......

Sebelum masuk ke pusat jualan sutera....

Bergambar dibahagian luar saja sebab di dalam tidak dibenarkan tangkap gambar.
Nak curi-curi tangkap gambar pun tak berani sebab orang-orang di sini ganaz2...
 Takut kena marah....huhuhu......
"no kamela..no kamela....." bila nampak kami gantung dslr kat leher....

Ibu hanya beli 3 pasang kain sutera dan sepasang kain daripada Bamboo ( kanan).
Sehelai dah selamat ibu kirimkan pada Kak Long.

Makanan ringan yang sedap dan halal.
Buah berangan dan kuaci 10 bungkus = RM50.

Kami juga dibawa kepusat membeli belah.
Sesak dengan orang ramai dan tidak menarik langsung sebab banyak
baju sejuk dijual masa ibu pergi musim sejuk....

 Penuh sesak dengan orang.
Nak melintas jalan pun takut sebab mereka main redah je.....

 Jauh juga kami menapak...Aduyai...melecet kaki...

 Sesak sana sini...

Dalam perjalanan ke pusat membeli beli ibu ternampak ada orang
 jual makanan halal.
Berlari-lari macam orang kebulur ibu ke sana.
Ibu beli 3 keping roti nan yang sedap dan murah.
Sekeping sebesar pinggan cuma RM1.50.....
Sedap..lemak dan ranggup.....

 Beginilah keadaannya lautan manusia......

Malam terakhir kami ke pusat jualan beg tangan berjenama.
Masa ni baru pukul 5 petang tapi keadaannya dah gelap.
Gambar-gambar yang ibu snap pun dah gelap dan kabur.
Maklumlah jurukamera yang profesional sangat2.......hik.hik.hik....


2 buah handbag yang berwarna purple dan putih ibu beli di sana...
Tapi bukan di dalam supermarket tu tapi di bahagian luar yang harganya
berganda-ganda lebih murah dengan jenama yang sama..sebijik dan sejibik....he3x..
Handbag kulit yang berwarna coklat tu ibu beli semasa di Shenzen.

Puas hati rasanya dapat bershopping sampai tak hinggat,
walaupun dalam dompet dah tinggal beberapa keping duit yuen.......
Yang pasti ibu habiskan kesemua stok duit tu sebelum balik ke Malaysia.....

7 Januari 2014

Shenzen Part 1- Window Of World.

Macau dan Hong Kong telah kami tinggalkan bersama sejarah yang tersendiri.
2 Daerah yang didiami oleh orang-orang kaya dan tidak setaraf
dengan kehidupan ibu.
Setakat ini sudah tidak ada keinginan untuk ke sana.

Setelah menghabiskan masa di Disneyland, kami bergerak menaiki bas ke
 daerah seterusnya Shenzhen.
Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.
Terus dibawa menuju ke imgresen .
Melalui 2 tapisan dari imegresen Hong Kong dan imegresen Shenzen.
Di sini lagi dasyat.
Memakan masa hampir 1 jam proses tapisan dijalankan.
Muka kami ditilik berkali-kali.
Tengok muka depa besar..kecik...besar..kecik.......
Detail sangat-sangat.
Suhu badan juga di ambil untuk pastikan kita sihat.....
Agak-agak kalau demam kat mana la kami akan dikurung....?????

Selesai urusan imigresin sekali lagi kami disambut oleh pemandu pelancong
ke 3 dari Shenzen bernama Daniel..
Sekali lagi menaiki bas dimalam yang semakin larut.
Menapak di hotel seterusnya, terus check in.
Dah tak menyempat nak snap apa-apa.
Solat jamak dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Nilah biliknya.
Saiz biasa-biasa aje.
Tak sebesar bilik semasa di Macau.
Dan perlu diingat, bilik hotel kat Negara China tak sekemas di Malaysia.
Depa ni main lapik je cadar berkedut-kedut.,.....
lantai tak begitu bersih, bila pijak rasa melekit-lekit., 
bakul sampah tak berlapik plastik.......Hish3X..
Ketiga-tiga hotel penginapan kami di semua daerah berkeadaan sedemikian.
Bukan bilik ibu aje tapi bilik kaum kerabat yang lain pun sama......

Snap dari bilik penginapan kami...
Keadaan kat luar berkabus....
Suhu mencecah 5 darjah.

Seawal pagi kami dah bangun.
Bersiap untuk pergi sarapan di hotel berlainan sebab di sini makanan tidak halal.
Kami bersarapan di hotel Muslim yang tidak jauh dari sini.......

 Jalan-jalan cari makannnnn.
Selesai menjamu selera kami meneruskan misi kerana jadual
sangat-sangat padat.

                  Tempat wajib dikunjungi kalau ke Shenzhen ialah Window Of The World.
                                         Tiket masuk dalam area RM120 seorang kot.
                                               Ibu pun tak pasti dengan harganya.
                               Kat sini didirikan mercu tanda terkenal setiap negara di dunia.....

Tempat yang wajib bergambar.
Kat sini pintu masuk....

Kat atas bukit tu macam-macam mercu tanda.

Tempat ni memang cantik cuma masa ni suhu dah turun ke 5 darjah.
Nak bergerak pun dah rasa beku...Masing-masing berherbinasi.....

2 orang model ibu.....

Masing-masing dah tak tahan sejuk.
Naurah dan Farouk tu pakai baju berlapis-lapis pun tak dapat kurangkan kesejukan.

Posing dan posing dalam kesejukan.




Ramai pengunjung di sini...

Di belakang tu adalah aliran air yang nampak macam tangga....

Ibu bersama family adik.

Bunga-bunga yang ditanam tumbuh subur.
pada mulanya ibu ingatkan bunga plastik tapi rupanya bunga betul.
Geram je tengok.

Bendera negara seluruh dunia.
Farouk bukan main bangga tengok bendera Malaysia pun ada di situ....
Ibu pun bangga jugak sebenarnya...he3x.....

Iman dah sibuk dengan mainan yang baru dibeli......

Air pancut yang menambahkan kedinginan....

Kami tak lama di sini akibat kesejukan.
Masing-masing dah terasa perit pada hidung dan muka.
Kami meneruskan misi dan visi ke tempat lain.....


About me