Kisah berlapuk minggu lepas dan ibu baru terheggeh nak
update kat sini.
Ibu dan ayah terima surat ni.
Kebetulan Farah Naurah a.k.a Kakak pun ada program pada tarikh yang sama.
Naurah terpilih mewakili sekolah ke Program Pandu Puteri Peringkat Negeri
di Johor Bahru.
Serba salah dan terkilan juga Kakak sebab masa
PT3 diumumkan last year pun Naurah tak hadir naik ke pentas untuk menerima
slip kerana masa tu kami masih bercuti di kampung......
Atas nasihat ibu, Naurah pergi juga ke JB kerana sijil tu
dapat membantu dia untuk ke IPTA nanti.....InsyaAllah.
So tak merasalah Naurah memakai JUBAH KONVO kali ni...he3x..
Lagi dia terkilan melihat lg kawan2 yang mengusik dia.....
Ni ig kawan Kakak Naurah...
dengan status " Kosong tu utk nau..."
(nau=Naurah)
Sorry ye Anis...acik kidnap pic ni kat ig.
Apappun Tahniah buat kawan2 Naurah yang sama-sama cemerlang dalam PT3.
InsyaAllah..semoga masih ada peluang untuk Naurah menyarung JUBAH KONVO
itu nanti.....
Hampir 1 minggu Hari Anugerah Kecemerlangan ,Naurah baru terima
benda alah ni.
Lagipun kebelakangan ni Naurah tak begitu sihat.
Gambar selingan:
gambar ni semasa penyampaian anugerah dalaman.
Kakak dan rakan2 yang cemerlang menerima 'hadiah berupa wang tunai'.
Alhamdulillah Naurah terus buktikan kecemerlangan dalam peperiksaan UPPM 1-2016.
Klik SINI.
Alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah.
Terima Kasih Ya ALLAH kerana terlalu banyak nikmat yang dikurniakan
buat kami sekeluarga.
Pertama yang paling indah ALLAH kurniakan permata hati yang sangat baik,
tidak pernah melawan cakap dan mendengar kata...
menjadi penyejuk hati ibu dan ayah....
Dan bonusnya..ALLAH kurniakan ank2 yang cemerlang buat kami...
Terima kasih tidak terhingga buat cikgu-cikgu 5F yang mendidik
anak-anak ibu sejak di PraSekolah, Taj (Tadika Agama Johor), KEMASdan ABIM,
SABG, SKPK dan SMKBG.....
Jasa-jasa cikgu mendidik tidak mampu ibu balas.
Walaupun ibu seorang guru namun ibu tidak mampu mendidik anak-anak
sebaik ini tanpa cikgu-cikgu semua......
Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.