
Lepas raya ni rasa dah tak sabar-sabar nak tunggu gaji.
Maunya tak sabar sebabnya masa nak raya banyak duit terbang melayang
umpama daun-daun kering.
Lagi la kalau balik kampung nun jauh di mata.
Lagilah baru balik bercuti malam tadi dan melabur ribu riban lagi ni..
(tunggu n3.......)
Lagilah baru balik bercuti malam tadi dan melabur ribu riban lagi ni..
(tunggu n3.......)
Tapi tak pelah,
raya pun 2X aje setahun.
Jangan lupa raya haji ye.
Kalau kat Kelantan, raya haji pun sama meriah dengan raya puasa.
Duit raya, baju raya, dan kuih raya pun tetap ada tau.
Juga majlis korban memang akan dilakukan setiap rumah.
Open house sana sini.
Memang meriah.
Yang jelesnya bila tengok anak-anak sibuk
mengira duit raya masing-masing.
Mewah betul budak-budak sekarang.
Jauh beza dengan zaman ibu kecil dulu.
Nak dapat RM100 pun sesak nafas.
Anak-anak ibu senang-senang aje dapat duit raya
yang ada mencecah 1K setiap orang.
mak aiiii..beruntungnya anak-anak sekarang.
Kira, darab, campur kalau 5 orang tu
boleh la ibu pinjam buat beli gelang emas yang besar tu.
ha.ha.ha......Sabar jelh.
Jangan berangan la ibu, masing-masing dah sibuk keluarkan
buku simpanan Saham Didik ni.
Jadinya ibu dan ayah kena faham-fahamlah isyarat dari mereka
agar duit raya segera disimpan.......
Dan rasanya banyak-banyak akaun simpanan,
dividen dan bonus Saham Didik yang tertinggi buat masa ini
(akaun kanak-kanak).
Setahun mereka dapat antara 9-10% berbanding akaun simpanan lain.
Memang lumayankan.
p/s:
Maaf ye kawan-kawan sebab masih tak sempat
nak BW..Malam tadi baru sampai rumah...
Penat tetapi seronok melayan anak-anak bercuti.
p/s:
Maaf ye kawan-kawan sebab masih tak sempat
nak BW..Malam tadi baru sampai rumah...
Penat tetapi seronok melayan anak-anak bercuti.