
Pagi ini 3 Farah ke sekolah dengan makciknya.
Sekarang ini ibu tidak terkejar-kejar sangat nak hantar mereka ke sekolah.
Makciknya tumpangkan mereka ke sekolah....
Terima kasih Kak Leha!!!!!
Hari ini geram dengan budak sorang ni.
Budak bernama Farah Najdah a.k.a Beby
Puteri ke 3 ibu yang memang tidak berapa ngam dengan ibu.
Agaknya kerana kami sama-sama anak ke 3 kot....
OTW ke sekolah ibu terima panggilan dari Beby.
Beby: "Ibu, beg sekolah Beby tertinggal kat rumah..."
Ibu: "APA??????....beg sekolah tertinggal......"
(sambil tu dapat se'das' dua dari ibu...)
Ibu terpaksa berpatah balik ke rumah.
Nasib baik baru beberapa meter meninggalkan rumah.
Dalam kesesakan terpaksa meredah ke sekolah Beby.
Sempat juga ibu tembak 2-3 das.
"Esok, tinggal kepala lak kat rumah ye..."
"Ada ke nak datang sekolah tinggal beg..."
Beby hanya senyum-senyum.
Siap bye-bye kat ibu..
Geramnya rasa hati!!!!
Tidak pasal-pasal, ibu terlewat ke sekolah.
Biasanya ibulah peserta yang ke dua hadir ke sekolah setiap hari..
Alahai..anak...anak.........