Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 Jun 2020

LANJUT BEACH AND GOLF RESORT-Kuala Rompin

5-6 April 2019 (Jumaat dan Sabtu)

*Kisah lapuk di dalam draf juga ni.

Seminggu sekembalinya dari Korea en suami mengajak cuti-cuti Malaysia pulak.
Emmmmm...penat pergi oversea belum hilang lagi.
Pergi jelah kan sebab orang dah ajak.

Perjalanan dari rumah ke Kuala Rompin lebih kurang 3 jam jugaklah.
Melalui perkampung orang asli bermula Muaazam Shah ke Rompin.
Tenang je lalu kawasan tu kerana di kiri kanan jalan hanya ada pokok-pokok.

Pekan Kuala Rompin

Resortnya.

Posing jap sebelum check in.

Kolam dibina dibahagian tengah resort

Farouk sorang jelah layan mandi dalam kolam.
Ibu temankan sekejap je..

Damai je

Ambil angin petang......nyaman je rasa.

View dari bilik. 
En Ayah memilih bilik mengadap pantai.
Walaupun harganya lebih tinggi berbanding bilik mengadap kolam renang namun ianya berbaloi.

Menjelang senja

Percutian 2 hari 1 malam berbaloi-baloi cuma tak begitu seronok sebab 4 farahs tak dapat join sekali. 
Along dan angah kerja.
Beby dan Naurah sibuk dengan kuliah.


26 Jun 2020

RESEPI TEMPOYAK GORENG SEDAP

Bersua kembali.
Hari ni ibu nak share resepi tempoyak goreng yang arwah Kak Long .

Bahan-bahan :

Bahan A
Minyak masak
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Sebatang serai
Cili padi ( ikut tahap kepedasan masing-masing)
*kisar semua bahan di atas. 
Ibu kisar menggunakan minyak masak dan sedikit air.
Serai tu nak titik pun lagi bagus. Ibu spesis malas so ibu kisar juga..

Bahan B
1 cawan tempoyak
Bilis
Gula 
Garam
Daun kunyit dihiris nipis ( jika ada)
Petai (jika ada)

Cara-cara :
1. Tumis bahan yang dikisar
2. Masukkan bahan-bahan B
3. Masak hingga agak kering.
Siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas.

*Al fatihah (dibaca) untuk
 arwah K.long (Zalina Mahmood) dan
 abang long (Haji Hazli b Hj Hassan). 
Mereka berdua meninggal di usia 47thn dan 49tahun akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.



24 Jun 2020

COVID-19 and BACK TO SCHOOL

Hari ini akhirnya cikgu-cikgu kembali ke sekolah setelah menjalankan tugas dari rumah.
5 Mac 2020 hari terakhir persekolahan. 
Murid dan guru bercuti selama 2 minggu.
Saat itu dunia dikejutkan dengan penularan wabak Covid-19 dimana semasa
itu ianya dikenali dengan Corona Virus.

Siapa sangka virus sekecil Covid-19 mampu melumpuhkan seluruh dunia.
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

*FASA 5 = PKPP-10/6/20 - 31/8/2020

Sejak bermula PKP cikgu-cikgu diseluruh Malaysia menjalankan kelas alam maya dari rumah.
Banyak kedengaran runggutan netizan yang menunding jari konon-kononnya cikgu makan gaji buta.
Goyang-goyang kaki tapi gaji masuk.

Buktinya Google Classroom mencatatkan PdP alam maya Malaysia berada di carta nombor 1 dunia.
Tak kisahlah kan apa anggapan orang yang tidak puas hati.
Yang penting kita buat kerja kerana Allah.
Biar Allah yang menilai kita kerana segala keberkatan Allah yang anugerahkan.

24 Jun 2020 kami kembali ke sekolah.
Hanya semua guru dan pelajar tingkatan 5 & 6 sahaja ke sekolah.
Pelajar lain masih belajar melalui alam maya di rumah.





Selamat Kembali ke sekolah untuk guru seluruh MALAYSIA.

About me