Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Mei 2016

Kisah Hari Guru

Bersua kembali setelah minggu terakhir sebelum cuti sekolah ibu sangat-sangat sibuk.
Dah hampir 2 minggu berpanas dan berhujan di padang kerana latihan sukan..
Pergi berkursus a.k.a berbengkel pula 2 hari...Nantilah ibu update kat aktiviti ibu di sekolah hujung bulan ni.

Hari ni nak buat n3 kisah yang dah agak basi.
Cerita Hari Guru yang kami sambut 3 hari lewat (19.5.2015) disebabkan
kengkangan masa yang tak dapat dielakkan.
Kita saksikan tentatif jelah ye.....

7.20-8.20 pagi : Perhimpunan Khas Hari Guru
Biasalah...Nyanyi Lagu Guru Malaysia setahun sekali.
Lepas tu baca ikrar...
Murid-murid bagi hadiah dan bersalaman.....

Sesi bergambar sebelum mulakan acara sukeneka.
Sebelum kaum lelaki terjah kami ambil kesempatan bergambar dulu.
Risau takut pentas roboh so kami bergambar kat bawah pentas...muhahah.
Tema tahun ni purple...tu untuk gergirls je....
Tunjuk atas...tunjuk bawah...lentok kanan...lentok kiri..hish3x....
mak2 ni kan kalau dah berkumpul huru hara dibuatnya....
Gelak lebih dari posing....ha3x....
Apapun kami enjoy....

Bila ada kaum lelaki baru mak-mak dara ni normal sikit....control ayu

9.00-11.00 : Sukaneka
Macam-macam acara dijalankan untuk membakar lemak.
Pasukan ibu menyandang Naib Juara.
Mak-mak dara posing dulu sebelum acara bermula.

Sukaneka :
Acara pingpong...syarat utama sambil pukul bola kena sebut perkataan berdasarkan tajuk diberi.
Menyambut telur berpasangan...Haya..nasib baik tak kena baju.
Makan maggie pedas berapi...syarat tak boleh minum air....Sapa minum dulu markah ditolak.
Sepit kacang dengan chop stik....alahai..bayangkan kacang hijau kecik2 tu.
Bowling kelapa.
Makan epal sambil mata ditutup...buah epal pula diikat ala-ala memancing....

REHAT
Menu makanan ala-ala kampung.
Ibu sempat makan sesuap je sebab terlalu pedas.
Terus hilang feel nak makan....lidah dah bengkak.
Nasib baik ada satey....dapatlah ibu mengisi perut yang tengah lapar.

11.30-12.40:Persembahan Guru/Murid
Pertukaran Hadiah/Penyampaian Hadiah
Dah hilang penat...perut pun dah kenyang..maka acara seterusnya persembahan murid dan guru.
Yang bestnyaa acara berbalas pantun antara Big Bos berpasangan dengan S/U Sukan (L) dan GPK KO dengan Kerani (P).
Sayang pulak tak ada gambar GB dalam stok ibu.
GB bertanjak dan berkain pelikat....Sangat sporting....
Acara seterusnya nyanyian solo oleh GPK Hem...tibai lagu versi Jawa...
Ha3x...tak tahan kami gelak.

Alhamdulillah..inilah penghargaan yang ibu dapat.
Saban tahun ibu bapa beri penghargaan sebegini walaupun ibu tidak pernah mengharapkan apa-apa..
Sangat terharu bila melihat hadiah tu.
Ada yang harganya membuat mulut ibu melopong.
Terima kasih semua di atas segalanya ini.....
Walaupun tanpa hadiah dan penghargaan..
naluri seorang guru merangkap ibu tidak pernah putus berdoa untuk anak-anak murid.

Cun kan.....

Dalam banyak-banyak hadiah, pemberian Muhd buat airmata ibu dan Beby menitis.
Kebetulan Beby dan naurah yang gigih buka setiap hadiah dan maklumkan nama pemberinya.
Muhd seorang anak orang susah.
Sering tidak cukup wang belanja.
Bila kawan-kawan diamaklumkan pada ibu...ibu akan hulurkan dia wang belanja.
Bukan ingin war-warkan sumbangan tapi itulah realiti yang berlaku dikalangan kelompok kita.
Jika kita rasa kita susah..ramai lagi diluar sana lebih susah.

Muhd seorang pelajar yang agak ketinggalan.
Dalam erti kata lain antara pelajar kelas LINUS.
Tapi ibu nekad mengajarnya di kelas.
Masih merangkak membaca diawal tahun 2016.
Saban pagi sebelum bermula sesi PdP ibu mengajar Muhd membaca.
5 bln berlalu...Alhamdulillah ibu nampak hasilnya.
Muhd dah mula lancar walaupun tidak selancar rakan-rakan sebaya di Tahun 3.
Hati ibu berbunga riang...

InsyaAllah Muhd...cikgu sentiasa doakan yang terbaik.
Cikgu ingin melihat suatu hari nanti kamu juga mampu berjaya seperti rakan-rakan yang lain.
Jauh di sudut hati ibu rasa bersyukur kerana diberi peluang dan ruang ibu menjadi seorang guru.
Sepanjang bergelar guru banyak ibu berkongsi pengalaman hidup anak-anak didik.
Ibu sebenarnya lebih suka mendekati anak-anak yang bermasalah di dalam kelas.
Ibu cari punca mengapa mereka lemah.

Semoga ibu terus diberi kesihatan yang baik..diberi kesabaran...ketabahan...dalam mendidik anak-anak syurga ini.
Dan ibu pasti Allah memberi ganjaran dan keberkatan buat ibu sekeluarga.
Memudahkan urusan anak-anak ibu bila ibu berbuat baik dan ikhlas dengan anak-anak orang lain.
InsyaAllah....Amiin.


Along dan Naurah serta anak-anak tidak lupa beri hadiah dan ucapan Hari Guru dan Hari Ibu.
Ibu pernah menjadi cikgu mereka dan ibu dengan rasmi menjadi ibu pada 14.5.1994.
Alhamdulillah...Terima kasih 5F kerana menyenangkan hati ibu dan ayah.

23 Mei 2016

Selamat Ulang Tahun Mama

Selamat Ulang Tahun mama a.k.a bonda Hajah Hanisah bt Abdullah yang ke 68thn.
Seorang insan yang paling ibu sayang dunia/akhirat.
Seorang ibu yang hebat.

Kakak doakan moga mama sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah.
Dipermudahkan segala urusan
Panjang umur, murah rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.
Terima kasih Allah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk hambaMu ini merasai kasih sayang dan belaian mama hingga kesaat ini....
Sayang mama.....


20 Mei 2016

Milik Siapakah Gadis Ini?

Pada malam 9.5.2016 kami didatangi seekor kucing.
Keadaan kotor...kurus kering....selsema....
Kesian sangat ibu tengokkan.
Pagi esok ada lagi si kucing ni di depan pintu.
Sebelum ibu pergi kerja, ibu letakkan makanan di luar rumah.
Balik sekolah ibu lihat si kucing ni masih ada di depan rumah
Lantas ibu mandikan...bagi makan dan bersihkan hidungnya yang kotor dan tersumbat.

Sayu hati melihat keadaan si comel ni.
Hari ke 2 ibu lihat si comel berak berdarah.
Ya Allah..sakit apakah si comel ini...
Kakinya bengkak dan jalan terhinjut-hinjut....
Ibu cuma mampu sapukan ubat..masih tidak punya masa untuk bawa ke klinik vetarina.
Makan pun tak selera.....macam sakit tekak nak menelan makanan.

Ibu sepakat dengan 2F namakan si comel ni Binggo.
Penganti Si Binggo yang hadir hanya seketika dalam family kami beberapa bulan lalu..

Beginilah keadaan si comel semasa kali pertama hadir...
Ni pun setelah ibu bersihkan mata dan hidungnya yang sangat kotor.

Ni selepas ibu dah mandikan....bersihkan mata dan hidungnya
(tu pun belum sempat dibersihkan sepenuhnya sebab Binggo mengelak).

11.5.2016-Belum sihat sepenuhnya....nampaknya hari ni najisnya dah ok.
Si Binggo pun dah mula nak makan walaupun sedikit.

Pelbagai jenis jenama makanan kucing ibu beli namun Binggo masih tak ada selera nak makan.
Akhirnya Along belikan Power Cat ni.
Sekali hadap 2 bungkus...
Lega rasa hati ibu lihat Binggo berselera makan.

Kakinya masih membengkak.
Binggo berjalan mengunakan 3 kali.
Cepat sembuh ye Binggo......Kesian tengokkan.
Walaupun Binggo bukan milik kami tapi atas rasa simpati dan belas ikhsan
ibu merawatnya..........

18.5.2016- Gambar yang ibu snap setelah 9 hari Binggo di sini.

19.5.2016- Genap 10 hari Binggo di sini....
Ekor dan bulu Binggo mula nampak kembang dan gebu.....

Pot yang Binggo mula teroka...Bilik air jadi pilihan.

Alhamdulillah Binggo makin sihat, ceria dan badan dah nampak berisi sikit.
Cuma kaki Binggo masih sakit walaupun bengkak dah berkurangan.
Moga cepat sembuh ye Binggo.
Jika ditakdirkan Binggo ingin kembali kepangkuan tuannya ibu relakan........
Yang penting ibu dah lakukan yang terbaik untuk merawat Binggo..



About me