Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Oktober 2014

Hanya 2 Farahs

Hari ini terasa begitu lambat masa beredar.
Menanti kepulangan anaknda dari perantauan....
Sekarang ibu dapat rasakan apa yang mama alami.

Sudah lebih sebulan rumah ibu sepi.
Yang tinggal hanya Farouk dan Naurah.
Naurah seorang pendiam dan banyak habiskan masa di biliknya.
Farouk bersekolah agama sebelah petang....pukul 6.40 petang baru tiba di rumah.
Malam banyak masa Farouk habiskan bersama ayah di surau.....
Emmmmmm...ibu terbongkang sorang-sorang depan TV....
Layan drama...layan mata...layan tidurrrrrr........

Gembira dalam sedih....
Hanya Along dan Angah yang dapat balik untuk raikan Aidil Adha bersama kami.
Beby......hanya cuti 2-3hari...tak sempat balik.
Ya Allah...sedihnya rasa hanya Allah saja yang tahu......

Tahun ni ibu tak dapat balik ke kampung.
Cuti raya cuma 2 hari...rasanya tak berbaloi je balik jauh-jauh....huhuhu...
Lagipun Ayah berkorban pada raya pertama dan ibu raya ke 3 di sini.

Selamat Meraikan Aidil Adha Semua.
Selamat balik kampung pada yang meraikan AidilAdha di kampung.
Hati-hati dijalanraya.

1 Oktober 2014

Solat Hajat Perdana UPSR 2014

Kisah yang ibu peram dan takde mood nak keluarkan disebabkan berlaku kebocoran
pada beberapa kertas peperiksaan UPSR.
Sedih yang teramat.
Murid-murid dan cikgu-cikgu jadi mangsa........

Alhamdulillah semalam peperiksaan kertas Sains dan ulangan Bahasa Inggeris
berjalan lancar...tinggal lagi 1 kertas Matematik.
Semoga tidak lagi berlaku kebocoran...Biarlah ianya telus.
Kesian anak-anak yang jadi mangsa

Oklah ibu dah tak nak ingat peristiwa sedih tu.
Sekadar nak tepek gambar masa nak pergi solat perdana UPSR beberapa minggu lepas.
Tarikh pun dah lupa sebab lama sangat.

Ibu ditemani 3 Farahs..Along, Angah dan Naurah.
Masa ni Along dan Angah masih cuti sem.
Beby seorang tak cuti......

Satu-satunya bujang terhanggat ibu.
Merangkap bodyguard juga juru gambar tak bertauliah.

29 September 2014

Rindunya Pada 3Farahs

Saban tahun seorang demi seorang 3Farahs melangkah keluar mengejar impian.
Rezeki yang Allah berikan buat mereka bertiga melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Namun saban hari hati ibu dilanda kerinduan.
Rindu yang sarat di dada seorang bergelar ibu.
Terasa amat-amat sunyi sekarang tanpa mereka bertiga.
Kami sangat rapat.
Banyak habiskan masa bersama-sama.
Merekalah yang sering menemani ibu dikala ayah sibuk dengan
kerja-kerja di luar kawasan.....emmmmm
Kini mereka tiada lagi disisi menemani ibu....
Hanya suara dan gambar-gambar yang mampu jadi pengubat rindu ibu.

Gambar terkini 3Farahsyang ibu ambil dari w.apps dan insta.
 Along di UTeM.......
Gambar ni katanya dia baru balik dari latihan interview dan proposal diluluskan....

Angah( 3 dari kiri ) di UiTM bersama rakan-rakan sekuliah .
Terserlah ketinggian Angah....
Rakan-rakan yang sama-sama belajar Asasi Law sewaktu di UiTM Kuantan dulu.
Alhamdulillah mereka sama-sama melangkah seterusnya menyambung degree di sini...

Beby di KPM.
Sekarang Beby tidak sihat...Demam katanya.
Kesian baby girl ibu.
Moga cepat sembuh ye....
Beberapa hari lepas Beby terpilih untuk ikut serta dalam temubual@interaksi
bersama pensyarah dari sebuah universiti di Australia.....syabas Beby.

Masing-masing sibuk dengan kuliah...exam...program...huhuhu...
Ibu cuma mampu memantau dari jauh...
Rindu sangat-sangat pada 3Farahs.
Rindu macam orang bercinta gila bayang.....adeh....

Ibu terlalu merindui kalian....

Kalau mampu ingin ibu putarkan semula waktu ini...
Ibu terlalu rindukan saat ini.
Saat kalian bertiga sentiasa disisi ibu.

Ya Allah......hanya Engkau yang maha mengetahui perasaan rindu seorang ibu.....
RIndu yang terkadang tak mampu dibendung......
Lindungilah mereka dibawah rahmat dan kasih sayangMu....
Berikanlah kesihatan yang baik agar mereka mampu belajar dengan tenang.
Berikanlah kecemerlang buat mereka dalam setiap peperiksaan yang
sedang dan akan mereka lalui......Amin.

p/s:
Menghitung hari........

About me