Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Julai 2014

Bantulah Mereka

Sedih dengan perkembangan sekarang.
Begitu kejamnya kaum  zionis.
Makhluk Allah seperti kita tetapi tidak ada langsung sifat perikemanusiaan.

Dari kejauhan ibu mengikuti perkembangan ini.
Terasa hati ini dirobek-robek.
Sedih, sayu, pilu, sebak, geram,sakit hati dan macam-macam perasaan yang melanda.
Lebih menyedihkan bila melihat anak-anak kecil
dijadikan mangsa tanpa belas ihsan.
Tersentuh naluri keibuan...
Ya Allah, tidak dapat ibu bayangkan jika ibu ditempat mereka.
Anak-anak disiksa di depan mata sedangkan anak-anak
kita demam pun hati dah gundah gulana...

Sebagai insan lemah dan tidak berdaya,
 ibu hanya mampu menadah tangan berdoa, berdoa dan terus berdoa.
Tidak putus-putus memohon dariNya.
Semoga di bulan mulia ini Allah makbulkan doa-doa kita...
Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahuai setiap apa yang berlaku.

Dan sama-samalah kita memberi sumbangan sekadar termampu
bagi meringankan beban saudara Islam di sana.
InsyaAllah dengan sedikit sumbangan dari kita memberi
seribu rahmat buat mereka.

 Allah......sedihnya tidak mampu terluah.

Selingan :
Sedikit selingan daripada rakan FB ibu.
Semoga sedikit sumbangan kita menjadi saham untuk akhirat kita kelak...InsyaAllah.

10 Julai 2014

Farouk dan Khatam Al-quran.

Semalam kali pertama Farouk khatam al-quran di usia nak masuk 11 tahun.
Farouk "pecah rekod" diantara 5F khatam paling lambat.
Along, Angah dan Beby khatam diusia 9 tahun (Tahun 3).
Naurah yang paling cepat diawal usia 7 tahun ( Tahun 1).
Diusia sebaya Farouk ,3Farahs dah mahir tajwid dan belajar tarranum.

Alahai, anak bujang terhangat ibu sorang nie.
Banyak betul dugaan.
Ibu terpaksa memantau setiap kali dia mengaji.
Maklumlah mengaji di surau, kawan ramai maka seronok dan lekalah
dia bergembira dengan rakan-rakan.
Masa mengaji jadi singkat sebab perlu berkejar ke sekolah agama pula.
Setiap kali ibu tegur dia berubah la untuk seketika....Adeh..
Maunya ibu tak hangin dengan farouk nie.

Tahun ni ini ambil tindakan drastik.
Ibu tukarkan dia mengaji ke rumah seorang jiran terdekat.
Memang hati ibu sedih dan terkilan sebab terpaksa bertindak sedemikian kerana
"ustaz" disurau tu terlalu banyak berjasa pada 4Farahs.
Jasamu dikenang ustaz.
Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Bertaddarus di sekolah sepanjang bulan Ramadan.

Sempat juga ibu jengah dan dengar bacaan dia.
Farouk dah boleh baca sendiri tapi masih banyak yang perlu diperbetulkan terutama tajwidnya.
Dan ibu sudah berpesan pada Farouk agar terus mengaji sehingga bacaannya betul-betul
menepati piawian.......

Dan besar harapan ibu dan ayah agar suatu hari nanti
Farouk  menjadi seorang anak yang mampu
membahagiakan kami dialam sana kerana dialah satu2nya
bujang terhangat dalam family ibu......

InsyaAllah ibu sentiasa doakan semoga anak-anak ibu cemerlang dalam akademik dan
mampu cemerlang diakhirat kelak....InsyaAllah.

p/s: Ya Allah.....tersentuh hati dan sebak  melihat keadaan saudara kita di Gaza.
Sama-samalah kita menadah tangan sekadar 5 min berdoa untuk 
kesejahteraan mereka......


9 Julai 2014

Anak Angkat dan Taddarus.

Diam tak diam dah 11 hari kita berpuasa.
Kengkangan masa makin terasa.
Sekarang dah jadi macam chip-more.

Hari nak cerita aktiviti ibu di sekolah.
Banyak sebenarnya tapi ibu selit yang ni jelah.
Dah beberapa tahun sekolah ibu memperkenalkan
program mentor-mentee.
Setiap cikgu akan diberi  2-3 orang anak angkat.
Tahun ni ibu dapat 3 orang anak dara.

Majlis penyerahan dah berjalan awal tahun.
Anak-anak angkat dah dipesan agar datang berjumpa 'ibu' bila ada apa-apa masalah.
Masalah utama mereka ni segan + malu + takut nak jumpa 'ibu mentor'.

Pertemuan kali ke 2.
Itupun bila diadakan program khusus.
Bila jumpa, si ibu yang banyak bercakap tapi si anak pulak tersipu-sipu malu.
Sekadar menjadi pendengar dan angguk-angguk kepala.
Itupun ibu buat secara tidak formal dan santai-santai.
Siap bersila dibawah bilik kerja ibu.
Kalau kat kelas bukan main lagi suara masing-masing.

Sepanjang bulan Ramadhan ni masa rehat kami isi dengan bertaddarus.
Setiap cikgu diberi beberapa orang anak untuk bertaddarus bersama-sama.
InsyaAllah sebelum cuti raya nanti kami akan berkhatam beramai-ramai.

Salah seorang "anak angkat" taddarus ibu.

p/s:
hati masih sedih mengenangkan Beby yang tidak sihat di KPM Kuantan...
Moga Allah permudahkan segala urusan kami sekeluarga. InsyaAllah.

About me