Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Mac 2014

Kesibukan Ibu di Awal Tahun-Proses Buku

Biasalahkan awal tahun dan akhir tahun kesibukan ditahap maksimum.
Biasanya awal tahun ibu perlu bertapa di PSS untuk proses buku-buku yang tiba umpama
gunung berapi.
Bilik kerja ibu dah macam kedai buku dan paling layak digelar stor..
Dikelilingi timbunan buku di sana-sini.
Adeiiiiii.

Macam tulah GPM sekolah rendah.
Kami tak ada pembantu PSS dan nak harapkan
pengawas PSS memang kena pemantauan.
Terkadang banyak main daripada buat kerja.
Terkadang cikgunya pulak tak puas hati bila lain yang disuruh..lain yang dibuat.....
Bukan nak kata cikgunya cerewet tapi suruh cop dibuku habis dicopnya
kat tempat lain..Alahai anak...anak....sabar jelah.

Dan minggu depan bermula ujian 1 untuk murid-murid Tahun 5 dan 6.
Untuk murid-murid Tahun 1 hingga 4 mereka tiada ujian formal., 
maka cikgu-cikgu mereka cuba settlekan evidents yang telah dipelajari........

 Sebahagian timbunan buku-buku yang masih dalam proses pengkelasan.......
bukan berpuluh-puluh tapi ratusan buah buku.
Ini untuk sem 1...sem 2 akan tiba lagi ratusan buku-buku tu.......
Ada sapa-sapa nak tolong tak??????

p/s:
Hari ke 9 misteri kehilangan MH370
Teruskan berdoa untuk semua.....


14 Mac 2014

Along dan UTeM

Seawal 6.50 pagi ibu dah turun dari rumah.
Meredah h.way menghala ke Melaka.
Bertambah senang sekarang kerana plaza tol
cuma 3km saja dari rumah ibu.
Begitulah kerinduan seorang ibu pada anak-anak.

Tiba di UTeM agak awal tapi lalu lintas dah mula sibuk.
2-3 buah bas u termasuk kenderaan pelajar
menuju destinasi  masing-masing.
Siswa siswi dah mula keluar untuk memulakan kuliah.
Seronok melihat anak-anak remaja cemerlang
mencari ilmu.
Sebahagian besar mereka bakal bergelar engineer...
Alhamdulillah, sem 1 dan sem 2 kuliah Along off bermula hari Jumaat-Ahad.

Di sinilah ibu meminjam Along seketika bagi melepas rindu.

Senyum lebar dapat balik ke rumah....

13 Mac 2014

Jemput-jemput 4 in1

Alahai, jempt-jemput pun nak tayang dalam blog.......he3x..
Dah tak ada modal ke ibu...???
Sebenarnya ibu sibuk sangat sekarang ni tapi nak jugak terbitkan n3.
Jadinya ambil jelah dalam draf.

Dulu ibu paling tak suka makan jemput-jemput.
Usah nak makan, jeling pun tak.
Sejak kawin dengan ayah ibu terpaksa terima selera dan feveret ayah.
Maka terciptalah pelbagai resepi jemput-jemput.
Lagi pun ayah tidak cerewet.
Apa yang ibu masak selera aja ditekaknya....

Ibu pulak jenis main belasah aje.
Apa saja yang ada dalam peti ais itulah jadi mangsa.
Kebetulan dalam peti ais banyak stok tempe.
Maka tempelah jadi mangsa ibu...

Capai blander:
Campakkan tempe, bilis, dan 2 sudu nasi.
Kisar separuh hancur.
Masukkan dalam tepung dan tuangkan air suam, garam dan kuib bilis.
Kacau rata-rata dan potong bawang besar dan cili....
Siap untuk digoreng........

Siap je mengadap dengananak-anak.
Lumba-lumba makan.
kejap dah licin.
Aduyai..nampak gaya makin kembanglah si ibu nie.....

*selain tempe ibu tukarkan dengan karot, terung, kentang, bilis,
dan pelbagai bahan yang sesuai...... 

p/s:
masih terheggeh2 singgah rumah kawan-kawan akibat kesibukan melanda.
nanti ibu cuba jalan-jalan ye....

Teruskan berdoa untuk MH370.

About me