Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Mac 2014

Penanda Buku Berliminate.

Projek mengmpul dana PSS.
Maklumlah kebanyakan barangan dalam PSS termasuk keceriaan perlukan banyak kos.
Peruntukan dari kerajaan biasanya untuk beli buku dan bahan-bahan tertentu je.
So pandai-pandailah cikgu-cikgu cari duit.

Ni projek terkini ibu.
Printe bahan-bahan tu dari perkongsian rakan-rakan sealiran di FB.
Kemudian edisi liminate dan gunting mengunting....

Proses yang hampir selesai.
Tunggu pasang riben je.

Sekeping ni ibu jual RM1.00.
Ada juga ibu ambil tempahan daripada rakan-rakan untuk diagihkan kepada anak-anak murid.
Dan ada untuk souvineer hari jadi.
Alhamdulillah...sikit-sikit..lama jadi bukit......
Sapa-sapa nak tempah bolehlah bagitahu ibu.
Nak tulis nama atau ucapan pun boleh pada kad-kad tu.

p/s:
Petang semalam ke Melaka jemput Along dan
awal pagi ni bertolak ke Kuantan.
Penat tapi demi anak-anak tersayang ibu sanggup
korbankan cuti hujung minggu.
Rindu mereka sangat-sangat....

4 Mac 2014

Blog Dah Pulih...Alhamdulillah.

Rasa sangat-sangat gembira bila pagi-pagi buka url blog kesayangan ibu sudah pulih
seperti sedia kala.
Tak terucap dengan kata-kata.
Rasa amat-amat bersyukur.....Terlalu banyak kenangan
catatan family ibu.
Maklumlah dah 5 tahun ibu buat catatan di sini....
Rupanya blog ibu kena block oleh google kerana "sakit" diserang virus malware..
Itu pun di atas usaha seorang rakan ibu yang sangat mahir dalam bidang ICT, En Azad.
Maunya tak mahir, beliau pemegang degree dalam bidang ICT dari USM.....
Terima kasih banyak-banyak Azad kerana sudi membantu akak.
Juga tidak lupa pada Pn Bee yang juga sama-sama membantu ibu tanpa mengeluh.
TQSM dear...Beelah yang banyak membantu ibu dalam dunia blog.
Blog ibu yang cantik jelita ni pun hasil sentuhan Bee tanpa apa-apa imbuhan.

Juga terima kasih kepada rakan-rakan blog yang
tidak putus-putus bertandan ke blog "baru" ibu yang
sangat-sangat sempoi tu.
Memberi ibu sokongan dan dorongan tanpa jemu.
Kalian rakan yang paling best in the world......

Hanya Allah yang mempu membalas budi kalian semua.............

26 Februari 2014

Masjid Ulul Albab

Setiap kali OTW balik ke kampung di Kelantan
pasti mata ibu tidak lepas memandang sebuah masjid yang sangat unik dan dibina berasaskan kayu.
Masjid ini terletak di jalan utama dari Jertih ke Kota Bharu.
Nama masjid ini diberikan oleh Sultan Mizan ZainalAbidin.
Masjid Ulul Albab mula digunakan pada 2011.
Hingga ke hari ini ibu belum berkesempatan untuk singgah ke situ
kerana kedudukannya berhampiran trafik light dan jalannya amat-amat sibuk.
InsyaAllah jika berkesempatan, ibu akan singgah.
Nak sangat singgah solat kat masjid nie....

Kalau nak info lanjut boleh klik ke SINI 




About me