Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Januari 2014

Kisah Weekend ke 3- 2014

Kisah dah basi dalam draf nie...hehehe...
Minggu lepas 3 hari cuti kononnya ibu nak lepak-lepak je kat rumah.
Nak bermalas-malasan di rumah.
Boleh caya ke??????

Hari pertama weekend, Farouk dah sibuk ajak ibu pergi recycle buku-buku tahun lepas.
Bersusah payah dia mengangkut tong-tong kertas ke dalam kereta.
Adalah tu projek Farouk.
Dapatlah dalam RM10.
Sedih je muka Farouk sambil merungut :
RM10 je......sikitnya....
Ibu : Oklah tu....rezeki Farouk untuk hari ni....

Lepas pergi recycle Farouk aja ibu pergi econsave.
Katanya nak ke kedai Samsung.....
RUpanya nak beli baju baru untuk tabnya.

Pilih punya pilih......Farouk berbisik:
"Ibu semua mahal...tak ada ke yang harga RM10....
Sambil membelek duit dalam gengaman dia...
Adeiiiiii....sedih pulak ibu tengok Farouk.
Sejak kecik dia tidak pernah mengamuk minta apa-apa mainan yang diingini.
Biasanya dia akan tanya ibu ada duit ke tidak........
Ibu suruh dia pilih yang berkenan...
Dengan berat hati dia pilih cover Ice Ace tu.
Tak pe ke ibu....Tak mahal ke? Ibu ada duit tak?...
Bertalu-talu dia menyoal.........
Alahai Farouk...Farouk.....

Hari ke 2 ibu ajak Along ke Tangkak.
Niat hati nak beli kain untuk dibuat jubah mama.
Lama dah nak beli kain tu tapi bertangguh-tangguh.....

Singgah pizza-hut dulu.....
Upah 2Farah ni makan.

Bukan main seronok la Along dan Naurah nie.

Tak sabar nak makan.
Kami cuba Golden Fortune yang baru tu.

Hidangan sampingan untuk set golden fortune nie...

Beserta pizza nie.
Boleh tahan jugak la rasanya....

Dah makan mulalah projek shopping-shopping kami ke Tangkak.
Biasalah lain yang nak dibeli..lain pulak yang disambar.....

Deretan kedai kain dan langsir di Tangkak.
Hari dah mula gelap.
Masa ni dah pukul 6 petang....

Singgah-singgah belek-belek tudung dan blouse.
Sempat sambar jugak.......
Malam baru bergerak balik.

Hari ke 3 baru sempat merealisasikan impian ibu untuk lepak-lepak di rumah.
Seharian ibu berehat sambil bermalas-malasan......

25 Januari 2014

Guangzhou Part 5-ZooLogical Kami Datang

Percutian di daerah terakhir Negara China di Guangzhou kami telah dibawa ke
Tugu 5 Kambing
Makam Saad B Abi Waqqas
Menaiki Pearl Curise
Shopping-shopping

Hari ke 2 di Guangzhou kami sempat pergi zoo.
Walah..macam tak ada tempat lain nak pergikan.
Padahal kat Malaysia, Zoo lagi best.
Ini tidak termasuk dalam pakej kami.
Gara-gara promosi yang indah dari pemandu pelancong kamilah.
Masing-masing terpengaruh dengan cerita indah itu.
Tiket masuk kalau tak silap ibu dalam RM98 seorang.
Harga untuk kanak-kanak dan dewasa adalah sama.

Bergambar dulu depan zoo....

                       
Kehijauan menyambut kami masuk......

Disambut dengan air pancut.

Bergambar dulu ........

Menuju ke pintu gerbang.
Dalam zoo ni ada 3 in 1 area.
Ada binatang darat, pertunjukan ikan dan alam lautan yang dikenali sebagai Ocean World. 

Berkejar-kejar kami masuk ke dalam zoo 
sebab menurut Daniel ( pemandu pelancong) pertunjukan ikan dolphin
akan bermula tidak lama lagi.
Aduyai...nak tangkap gambar pun tak sempat..semput dibuatnya.

                      
Deretan tren yang kami naiki...

Ibu main belasah je snap gambar......

orang tidak ramai masa kami sampai.
Bebas duduk dimana-mana saja.

Semua pengumuman dan interaksi dalam Bahasa Cina.
Kami terkebil-kebil jelah sebab tak faham...

 Dolphin putih yang pandai menyanyi dan menari....

Sedang beraksi....
Masa melihat aksi pelatih-pelatih di dalam air, 
ibu pulak yang terasa sejuk beku.
Tak tahulah bagaimana perasaan pelatih-pelatih tu semasa berada
dalam air....hu.hu.hu.......
Dah tugas mereka, apa nak buatkan.

Pertunjukan tu dalam setengah jam je.
Lepas tu kami singgah masuk ke dalam Ocean World (tunggu n3 seterusnya).
Keluar dari situ kami dibawa meninjau zoo menaiki tren.
bagi ibulah, Zoo Melaka lagi cantik dan bersih berbanding kat sini.
Binatang pun tak banyak serta tak aktif sebab cuaca sejuk.
masing-masing tidur je.....
Maka kami sekadar menikmati pokok-pokok yang menghijau dan menghirup
udara yang dingin........

Di sini juga ada playground dan swimming pool.....
Masa kami datang memang kosong sebab masa ni suhu mencecah 5 darjah celcius.
Tengok air pun dah ngeri...hehehe.....

Snap dari atas tren je...

Badan gajah berwarna merah...

Kuda belang......

Unta...macam dah tua

Menurut Danial kat zoo ni ada panda.
Punyalah exited anak-anak nak tengok panda tu....

Yang sadisnya si panda 2 ekor tu tidurrrr......zzzzzzzzzzzzz.
Tak dapatlah anak-anak nak tengok teddy bear yang comel tu.

Sibangau merah....

Si bangau jelah yang jelas kami nampak dan aktif....

Lama jugaklah kami kat sini.
Maklumlah kawasannya luas.
Alahai...yang pastinya tidak  menarik sangatlah kat sini.

23 Januari 2014

Betapa Bersama Si 'DIA'

Diam tak diam, dah hampir 10 tahun ibu mengabdikan diri sebagai GPM
(Guru Perpustakaan Media).
Lantikan dari Jabatan Negeri lebih menyukarkan ibu untuk mengelak.
Apapun ibu terima dengan hati terbuka.
Berfikiran positif dan ikhlas penting dalam setiap pekerjaan yang disandang....InsyaAllah.

Awal tahun, seperti biasa ibu kena betapa di sini sendirian.
Jauh dari keriuhan rakan-rakan.
Banyak kerja yang perlu dibereskan..
Banyak timbunan fail perlu dikemas kini.
Banyak buku yang perlu diproses.

DIsamping itu ibu perlu pastikan keceriaan sentiasa berubah agar murid-murid
tidak jemu bertandan...

Dan yang paling ibu meremang bila "murid misteri" pun sentiasa
menemani setiap awal tahun.
Terkadang ibu sudah lali dengan semua itu.
Namun terkadang jantung ini berdegup kencang dan meremang bila
ada sesuatu berlaku diluar jangkaan.....Fuhhhh..sukar untuk ibu nyatakan.....
Rumah ke 2 ibu yang banyak menyimpan kisah suka duka ibu.....

Di minggu pertama lagi ibu di uji.
Dompet yang terisi kad-kad penting dan duit berjumlah 1K hilang tiba-tiba.
Balik meeting ibu langsung tak lihat dalam handbag.
Keesokannya baru sedar dompet hilang.
Berfikir-fikir sendiri untuk mengingati apa yang berlaku semalam.
Menurut seorang rakan dia ada ternampak ibu keluarkan 
dompet kuning dan letak di atas meja semasa meeting.

Petangnya ibu bergegas ke sekolah dan menuju ke bilik meeting...
namun hampa.
Dompet tiada di situ.
Balik rumah termenung dan recall semula peristiwa semalam.
Malamnya ibu bersujud memohon petunjuk dari Allah.
Dalam sujud ibu diberi bayangan...
ternampak dompet ibu di atas meja di PSS.

Esoknya ibu singgah ke rumah seorang "ustaz".
Menurut beliau ada "sesuatu" yang cuba bergurau sorokkan
dompet ibu.
Terus ke sekolah mengikut gerak hati dan petunjuk sewaktu solat serta
petunjuk dari "ustaz".
Ibu terus menuju ke PSS.
Hati ibu kuat mengatakan ianya berada disitu.
Tepat.....dompet ibu ada di atas meja dalam keadaan terngangga.....
Zip terbuka namun tiada satu pun terusik.

Hati terdetik..macam mana boleh berada di situ sedangkan ibu meeting
di blok bersebelahan.
Teringat awal tahun lepas.
Hphone ibu hilang di bilik guru.
4 hari kemudian di "pulangkan" semua di atas meja kerja ibu di PSS.
Begitu jauh hphone itu berjalan....

Tidak banyak bicara....ibu beristifar dan mengucap syukur.
Rezeki masih ada.....

Dan kelmarin  ibu di usik lagi.
Gurauan manja semasa ibu sendirian memasang skirting meja.
Pintu di buka dan ditutup berkali-kali.
Terdengar bunyi sesuatu di Galeri Sejarah.
Ibu meremang tapi tetap bertahan
Membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Cuba bertahan di situ sehingga selesai kerja untuk hari itu.
Yang pasti "mereka" juga adalah makhluk Allah yang sentiasa
ada disisi kita......

Anak2 angkat ibu yang membantu memproses buku-buku
bila mereka ada kelapangan.....
Terima kasih anak2.....

About me