Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

26 Ogos 2013

Raya Kat Sekolah Pulak.....

Sejak 19hb ibu mula bekerja dan akan terus bersambung tanpa cuti hingga 30hb.
12 hari bekerja tanpa rehat.
Tapi tak kisahlah kan. 
Kalau ikutkan memang penat tapi situasi inilah yang dapat "top-up" semula
waktu-waktu yang mungkin ibu tercuri tanpa sedar.
Moga rezeki yang ibu dapat benar-benar berkat dan halal.....InsyaAllah.

Ibu dan Farouk posing dulu sebelum melangkah ke sekolah.
Sedondon la pulak kami kali ini.

Sabtu, Sambutan Raya Peringkat Sekolah.
Program tahunan yang sentiasa dinantikan oleh anak-anak didik.
Hari inilah mereka semua mampu bergaya ke sekolah.
Semuanya cantik bergaya.

7.20-9.30 pagi murid-murid belajar seperti biasa.
Program bermula pada 10.30 pagi.
Maklumlah sekarang ni kena patuhi MMI.

 Warna warni yang ceria....

 Kuih muih yang dibawa oleh anak-anak murid.

Hidangan untuk murid-murid.
Ketupat segera + rendang + lodeh + sambal kacang.

 Dan cikgu jugak dah kelaparan.
Menu untuk cikgu pun lebih kurang sama dengan murid cuma ada ayam masak merah.
Motifnya: ada beberapa orang rakan guru tak makan daging.

 Farouk yang dah mula serabai.....alahai.

 Ada persembahan lagu raya.
Suka tengok persembahan budak-budak nie.
Penuh warna warni dan santai.
Sweet je.

Ada pertandingan busana cantik + bergaya.

 Farouk pun join jugak tapi tak menang pun...he3X...

Pertandingan marhaban.

Program berakhir tepat pukul 1 petang....
Hari Ahad ada program lagiiiiiiiiiiiiiii......

25 Ogos 2013

Semoga dipermudahkan.

Mesir bergolak jiwa family ibu turut bergolak hebat.
Perasaan sedih + marah + kecewa + simpati bila menyaksikan umat Islam diuji begitu hebat.
Lebih perit mengenangkan nasib adik ibu, Muhammad Khairul Anuar ( Yu ) di sana.
Ini kali ke 2 adik yu menempuhi situasi sebegini.

Hati siapa yang tak risau bila situasi ini berlaku.
Setiap hari ibu memujuk hati agar tabah dan sabar.
Dalam setiap doa-doa ibu tak pernah lupa berdoa untuk insan-insan disana
terutama adik yu.

Tahun ini kali pertama adik yu menyambut raya di sana 
kerana kengkangan masa menghadapi peperiksaan perubatan tahun ke 5.
Jika selama ini adik yu sentiasa pulang ke tanah air untuk menyambut 
Ramadhan dan Hari Raya bersama keluarga tapi tahun ini dia terpaksa
memendam rasa demi sebuah kejayaan.
Allah menguji adik yu dan rakan-rakan.
Disaat mereka diambang peperiksaan yang tidak berapa hari lagi
keadaan mereka sudah tidak lagi selamat disana.
Mereka diarah pulang.

Sebak dan sedih bila baca status adik yu.
Ibu tahu dia seorang yang amat tabah.
Sepanjang 5 tahun dia di sana, terlalu banyak ujian yang dia lalui.
Terkeluar juga dari hatinya rasa terkilan kerana menolak tawaran untuk
melanjut pelajaran dalam bidang yang sama (perubatan) di Eropah dan UM dulu.
Impiannya ke Univrsiti Zagaziq pun diatas tajaan JPA untuk menjadi seorang doktor yang 
berpendidikan agama.
Itulah cita-cita adik yu.

Sambutan Hari Raya pertama adik Yu di rumah salah keluarga di sana.
Walaupun dalam keadaan negara mesir bergolak mereka masih mampu berkumpul
untuk meraikan aidil-fitri.

Solat sunat Aidil-Fitri di stadium Zagaziq.

Adik Yu (tengah) bersama rakan-rakan.

Rakan-rakan sealiran.

Sehingga hari ini kami sekeluarga masih menanti
giliran adik Yu untuk dibawa pulang ke Malaysia.
Dan hati bertambah sebak dan sedih bila adik yu berkata:
"Kalau terjadi apa-apa pada Yu, anggaplah Yu mati syahid di sini......".

Ya ALLAH,
Lindungilah umat Islam di sana.
Permudahkanlah urusan
adik Muhammad Khairul Anuar (Yu) dan
rakan-rakan di sana.
Semoga mereka semua dibawah perlindungan dan kasih sayangMu Ya ALLAH.

p/s:
Hari ni ada program sekolah lagi walaupun hujung minggu..
Bersiap untuk bersama 20 orang murid bagi kunjungan marhaban
di beberapa buah rumah.



22 Ogos 2013

Pemandu-pemandu Baru.

2-3 hari menyepi dari update blog dah jadi rutin sekarang nie.
Konon-kononnya blog ni catatan harian a.k.a dairy harian dah tergelincir daripada matlamat asal
akibat kesibukan diri tuan rumah..
Hari ni nak cerita tentang kisah yang berlaku beberapa minggu lepas.
Harap maaf....huhuhu.....

Kalau dulu balik kampung jenuh ayah drive sesorang.
Ibu pulak sedap terbongkang kat sebelah ayah dengan dengkuran yang mendayu + ayu.
Sekarang ayah dah mampu berehat, bersantai-santai baca paper
jika badan lenguh-lenguh + mengantuk sewaktu memandu.
Biasanya Alonglah yang mengambil alih menjadi driver kerana kecekapannya
berbanding  Angah yang agak skema + terlalu berhemah bila memandu....hehehe...

OTW balik kampung semasa menjelang raya.
12 jam perjalanan bermula dari Johor---Pahang ---Terengganu---Kelantan.
Jika dulu ayah keseorangan, sekarang kami bergilir-gilir memandu.
Tak rugi ayah melabur untuk anak-anak dapatkan lesen memandu diawal usia 17 tahun...

Maklumlah usia Ayah dah meningkat makin.........
Daya ketahanan ayah dah tak sehebat dulu....

Macam-macamlah aktiviti sepanjang 12 jam perjalanan.
Aktiviti yang paling femes untuk ibu ialah tidurr...zzzzzzzzz...he3x.
Kalau 5F tu macam-macam la mereka buat.
Layan movie, bertenet, baca novel, bergurau senda dan macam-macam.
Terfikir juga macam manalah bila usia ibu makin meningkat.
Mampu lagikah melalui perjalanan jauh sebegini untuk menjenguk kampung halaman..
Walaupun terkadang kami balik naik flight tapi yang lecehnya
daripada Muar nak ke KLIA/LCCT mengambil masa juga.
Jika dihitung sama jugaklah masa yang perlu diambil.
Tambahan kalau flight delay..aduyai.....rasa nak jerit kuat-kuat.......

Dan budak yang sudah bosan ni menghiburkan hatinya sendiri.
Bukannya tahu main gitar pun.
Makin buat jiwa ibu gundah adalah.......
Main belasah je...hahaha...
Gitar tu sebenarnya pemberian "Ayah Mie" pada Along.
Sebagai tanda kenang-kenangan untuk anak buah kesayangan.......


About me