Lagi kisah di Bandung.
Selagi tak habis destinasi, selagi tulah gediz nak buat n3 walaupun banyak tertangguh
akibat kesibukan melanda.....
Maaf ye kalau bosan dengan kisah Bandung ibu yang belum habis...huk.huk.huk...
Kampung Daun memang terkenal dalam list lawatan ke Bandung.
Perjalanan memakan masa selama 2 jam
dengan keadaan jalannya yang kurang elok amat mencabar kesabaran ibu
yang kurang sabar nie......
Ibu rasa macam naik kuda sepanjang 2 jam perjalanan.
Habis sakit pinggang dan belakang ibu.....huk.huk.huk....
Walaupun amat penat tapi hati rasa gembira bila masuk ke sini.
Indah sangat tempat ni.
Patutlah orang sanggup datang ke sini semata-mata untuk rehatkan minda sambil JJCM.
Kedudukannya agak terpencil dan jalannya tak perlulah ibu cerita.
Kalau nak rasai pengalaman tu bolehlah datang ke sini....hehehe.............
Pintu masuk.
Bila masuk ke sini kita kena daftar di kaunter untuk
booking pondok-pondok yang di sediakan...
Masa kami sampai, semua pondok penuh.
Terpaksalah kami menunggu giliran......
Sementara menunggu giliran,
ibu dan along mengambil peluang bersiar-siar dulu
melihat keindahan alam di situ.
Along yang dah kepenatan....
Posing dulu sebelum meneroka ke dunia rimba yang indah.
Masa ni pinggang ibu rasa macam mereput.......huhuhu......
Persekitarannya amat cantik dan udaranya nyaman.
Mungkin disebabkan kedudukannya di atas bukit..
Dikelilingi dengan rimbunan pokok hutan terjaga rapi dan bersih.
Dikelilingi aliran sungai jernih dan air terjun.....
Papan tanda nombor bagi pondok-pondok kecil........
Tangga menghala ke atas.
Di atas sana ada air terjun yang mengalir...
Tak sempat nak snap pic sebab ramai sangat pengunjung remaja sedang bersuka ria..
Air terjun yang indah...............
Sink yang unik....
Ibu tak pasti untuk apa susunan kayu api di dalam kawah besar nie....
Rasanya ia digunakan untuk menyalakan unggun api...
Setiap sudut amat indah dan unik pada pandangan mata kami....
Aliran air dari bukit amat sejuk...Sedingin ais.....
Paip ini di bina untuk mengambil wuduk.
Ada surau bersebelahannya.
Lupa pula ibu dan along snap gambar surau.......
Ibu dan Along mengambil kesempatan solat jamak di sini.
Suraunya juga dibina daripada kayu berbentuk pondok..
Air terjun di belakang kami...
Penat berjalan barulah kami berehat dipondok untuk menikmati hidangan di sini...
Pelbagai menu disediakan.
Pilih saja mana yang teringin cuma nama masakannya agak asing bagi kita.
Kagum melihat potongan buluh yang dipotong dan dijadikan aksesori pintu masuk....unik.
Beberapa jam kami di sini.
Melepaskan penat sehingga Maghrib menjelma.
Sampai bilik dah malam...
Perut terasa lapar semula akibat perjalanan yang menguji diri dan
mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke tempat penginapan.
Aduh, penat dan sakit-sakit badan setelah seharian
menjelajah....Namun puas hatiii.....