![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Pada 2.6.2013 Angah telah selamat mendaftar di UiTM Jengka dan
pada 8.6.2013 Angah dan rakan-rakannya di pindahkan
pada 8.6.2013 Angah dan rakan-rakannya di pindahkan
ke UiTM Kampus Kuantan setelah selesai minggu orientasi.
Hari Sabtu lepas kami sekeluarga ke Kuantan untuk menjenguk Angah.
Maklumlah semasa pendaftaran di UiTM Jengka ibu tiada disisi angah......
Dalam kesempatan itu ayah bawakan sekali stok bekalan makanan
ringan untuk Angah serta beberapa jenis barang keperluan yang lain..
Tidak lupa bantal kesayangan Angah, "Cici" dan "pinky"..........
ringan untuk Angah serta beberapa jenis barang keperluan yang lain..
Tidak lupa bantal kesayangan Angah, "Cici" dan "pinky"..........
Kami bertolak dari rumah seawal 7 pagi dan tiba di bandar Kuantan pada
pukul 10 pagi. Perjalanan memakan masa selama 3 jam antara Muar-Kuantan.
Model UiTM.....
Dan juru gambarnya sudah pasti ayah.
Ibu dan 3Farah menunggu dalam kereta je sementara bas yang membawa Angah sampai......
Zoom sikittttt................
Hampir 1 jam lebih menunggu, barulah bas yang mengangkut angah dan rakan-rakan tiba.
Perjalanan dari UiTM Jengka ke UiTM Kuantan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Pelajar diangkut dengan menggunakan beberapa buah bas milik UiTM.
Angah dan rakan-rakan.....
Pakguard sedang menunjuk arah kepada para pelajar baru dan
ayah tak sudah-sudah merakam setiap inci pergerakan angah......
ayah tak sudah-sudah merakam setiap inci pergerakan angah......
Masa tengok pic ni ibu rasa nak gelak pulak...
Macam PATI pulak gaya Angah dan rakan-rakannya nie....ngeh.ngeh.ngeh....
Macam PATI pulak gaya Angah dan rakan-rakannya nie....ngeh.ngeh.ngeh....
Tinggi betul anak ibu nie.
Kurus pulak tu....Boleh jadi model ni....hehehe.....
Baldi dan beg di tangan.
Ini barangan sampingan yang kecik je.
Angah bawa 4 buah beg besarrrrrrrrrrr......
2 buah lori UiTM digunakan untuk mengangkut beg-beg pelajar.
MasyaAllah, macam bagasi kat airport pulak ibu tengok....
Maklumlah pelajar perempuan, aduyai....
Angah ditempatkan di aras 1.
Alhamdulillah, tak perlu mendaki tangga hingga ke tingkat 5.
Asrama ni ala-ala apartmen.
Ada ruang tamu, 3 bilik tidur, 4 bilik air dan dapur (cuma tak dibenarkan memasak...hehehe..)
Amat selesa.
Kolej ni betul-betul berada di kawasan bandar.
Dekat dengan gerai makan, pusat membeli belah (jalan kaki pun dah sampai),
stadium negeri, terminal bas dan deretan kedai di hadapan.
Banyak kemudahan di kawasan ini.
Ibu cuma berkesempatan berjumpa Angah selama 1 jam sahaja kerana
petangnya Angah ada program dan
petangnya Angah ada program dan
Ayah perlu hadir seminar di Johor Bharu pada sebelah malamnya.
Walaupun perjalanan memakan masa 6 jam pergi dan balik ,
kepenatan ibu terubat bila dapat menatap wajah Angah.
kepenatan ibu terubat bila dapat menatap wajah Angah.
Ibu sentiasa doakan agar Angah terus cemerlang dan berjaya dalam mengejar impiannya...
InshaAllah.....
InshaAllah.....
p/s:
OTW balik ibu kehilangan kamera untuk kesekian kalinya.
Kamera ni baru 3-4 bulan ibu beli. Dah tak de rezeki ibu. Ibu redha.
Habis gambar kenangan sewaktu di Vietnam dan Bandung lesap sekelip mata.
Gambar2 di atas tu ibu ambil dari dslr ayah.
Ibu seorang yang agak cuai..........
*Ada kawan blog mengadu tak boleh tinggalkan komen.
Kalau ada masalah klik SINI....
*Ada kawan blog mengadu tak boleh tinggalkan komen.
Kalau ada masalah klik SINI....