Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Mei 2013

Bila Semuanya On9 dan Cuti Sekolah..

Cuti sekolah dah bermula beberapa hari lalu.
Sebelum cuti banyak perkara yang perlu di settlekan.
Ujian LINUS dan peperiksaan pertengahan tahun sudah
selesai dengan jayanya mengikut tarikh yang ditetapkan.
Sebelum cuti ibu perlu pastikan semuanya beres.
Key-in ujian LINUS, markah di SAPS, dan band KSSR.

Alahai ibu ni.
Suka kecoh-kecoh tentang kerja rutin tu.
Bukannya apa, yang paling sesak nafas dan dada bila sistem tu buat hal
terutama PLBS-KSSR......
Ada saja halangan..buka je terpampang "ERROR'..
Kalau sekali dua ibu tak heran dan tak kisah tapi bila berpuluh kali mencuba
lama-lama jadi fed-up ( ibu cuma manusia biasa yang kurang sabar kot......)

Kalaulah sistem itu secanggih FB, Twitter atau BLOG, ibu rasa semua rakan guru
akan tersenyum manis malah bersemangat nak key-in secara on9.
Tapi apakan daya...siapalah kita nie kan...
Jangan cakap lebih-lebih wahai ibu............
SAYA YANG MENURUT PERINTAH......

Setiap kali tanda kertas soalan.....
Jiwa raga cikgu makin perit bila apa yang dicurah seolah-olah tidak mendatangkan
kesan pada sebilangan kecil murid.
Dalam diri sering tertanya-tanya, adakah diri ini sudah tidak pandai mengajar 
atau anak-anak murid dah terlebih ajar........
Bayangkan 20 soalan yang dikemukakan sekadar 10 soalan saja yang dijawab tanpa
rasa bersalah.....huhuhuhuhu...

 Walaupun cuti sebahagian cikgu tetap bekerja.
Semua ini demi melihat kejayaan anak-anak didik......
 Dah macam hari persekolahan biasa...
Mereka disarankan pakai uniform walaupun cuti sekolah.
Semua itu bersebab.......

 Dan ditemani kucing ini.
Setiap kali ada apa-apa program, si kucing ni akan ikut serta.
Maklumlah, kucing sekolah....hehehe....

Fuhhhh...penat belajar, suka suki lepak atas meja cikgu disebalik timbunan fail.............
Ada aku kisah!!!!!!!

28 Mei 2013

Tak Boleh Komen????

Ada beberapa orang rakan blog  datang jengah kat blog ibu tapi
tak boleh nak tinggalkan komen sebab kotak komen menyorok........
Ibu pun mula-mula agak panik juga bila ibu sendiri pun tak boleh nak buka kotak komen tu.
Rupanya  kotak komen yang dah agak nyanyuk tu "terblok" secara automatik.
Bukan ibu yang sombong ye tapi salahkanlah blog ibu tu.
Sedih tau "dia" buat ibu macam tu.

Ok, sayang2ku sila jangan panik ye.
Ibu pun tak tahu puncanya kerana ibu buta bab-bab blog nie.
Cuma kalau kena 'blok' kawan-kawan sila tengok
belah kanan URL tu.....jumpa tak? jumpa tak?...

Alah yang dekat tanda bintang tu.......
Ha.....klik je "blok pop-up" tu dan klik URL blog ibu...
InsyaAllah boleh komen....

p/s:
Kenapa ye terkadang ok dan terkadang jadi macam tu????????
Blur jap.....

26 Mei 2013

JJCM di Musim Cuti Sekolah.

Salam rindu semua.
Macam lama no tak buat n3....hik.hik.hik....

Awal cuti ibu dan ayah penuhi dengan undangan perkahwinan.
Bersusun kad jemputan menanti giliran.
Rasanya setiap hari ada jemputan kahwin.
Minggu ini kami berkesempatan untuk hadir tapi
minggu depan mungkin tidak dapat penuhi jemputan kerana banyak urusan.

Hari Sabtu pujuk Along ikut sekali ke rumah kenalan ayah.
Farouk macam biasalah jadi pengikut setia ayah dan ibu......
Terlanjur Along masih bercuti panjang bolehlah Along jadi kawan ibu.....
Hidangan boleh tahan sedap kerana setakat yang ibu hadir ke kenduri kahwin
mesti ada menu ayam panggang.
Ibu ni kalau dah nampak ayam panggang dah tak nampak lauk lain......

Lepas ke kenduri kahwin,
Ayah terus bawa servis kereta kat Bandar Tangkak..
Aduyai...malas nak menunggu,
 ibu ,along dan Farouk pergi ronda-ronda Bandar Tangkak.
Maka tinggal la ayah sorang-sorang kat pusat servis tu....
Kalau ke Tangkak, iman kena kuat.
Geram je tengok kain bergantungan tapi kena tahankan
diri sebab ibu ada misi lain yang lebih besar........

Dah penat meronda along suggest singgah pizza-hut untuk lepak-lepak
sambil tunggu kereta siap diservis....
Perut masih kenyang sebenarnya.
Tapi segan jugak kalau masuk tak order apa-apa.....

Ibu order 1 set pizza bersaiz sederhana.....

Masing-masing termenung sebab dah kenyang.
Akhirnya tersadai  pizza tu kat depan mata..........

 Hari ini ke Tangkak lagi memenuhi 2 undangan perkahwinan.
Jumpa ayam panggang lagi....makan dan makan lagi
Esok...lusa..tulat...emmmmmm, makin membiaklah lemak dibadan ibu....


About me