Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Februari 2013

Seharian @ Melaka.

Semalam kami ke Melaka untuk pulangkan semua Along ke KMM.
Bertolak seawal pagi untuk elakkan kesesakan jalan raya.

Kesesakan highway di Ayer Keroh menghala ke Johor Bharu.
Nasib baik jalan menghala Melaka-KL ok jer.....

Driver ibu yang sentiasa cool...
Susah nak snap pic ayah kecuali dengan cara candid.
Sebab tu gambar ayah sentiasa tiada.
Ayah cuma bergambar bersama kami masa hari raya je....Aduyai...

Sekadar snap dalam kereta je.....Masa ni jalan sesak sangat.

Sebelum hantar Along, Ayah biasanya pusing bandar Melaka 3-4 kali sampai kami naik pening....


Bandar Melaka sesak dengan pengunjung dan pelancong asing.....

Kat Menara Taming Sari pun penuh dengan pengunjung.

Tempat feveret anak-anak ibu.....
Kalau pergi Melaka mesti singgah sini..
dan ayah macam biasa ikut je kehendak anak-anak daranya tanpa banyak tanya.
Ibu sebenarnya ada misi dan visi ke sini.
Nanti ibu ceritakan di n3 akan datang ye....
Projek ibu hampir berjaya.....hehehe....
Tak sabar rasanya......

Posing dulu sebelum acara shopping bermula....

Macam anak itik pulang petang.
Mengekor si ibu....hehehe...

Wajah-wajah yang ceria bila dibawa bershopping...
Like mother like daughter....
Tapi ibu dah warning awal-awal kat Along..
Kali ni "katakan TIDAK pada baju + kasut + handbag"....
Minat Along dah seakan sama dengan si ibu.
Pantang keluar shopping, ada je blouse, kasut dan handbag yang dia berkenan.....
Lagipun Along baru je pergi bershopping dengan ayah 2 hari lepas.
Macam-macam yang dia sambar.
Macam mana kepala ayah tak b*t*k...Hahaha....

Kami  sempat terbang di negara Jepun......hehehe....
Niat hati nak singgah kat King Sushi tapi bila keliling restauran
tu tak jumpa pulak sijil halal walaupun rakan di Melaka kata halal.
Hati pulak rasa was-was so terpaksa batalkan niat untuk pekena sushi......huhuhu....

Tak pelah anak-anak kita ganti sushi dengan sosej roll + CoolBlog ye..
Sedap jugak...ranggup sangat-sangat. + coolblog yang menyejukkan tekak.
Ayah tak geng dengan kami sebab jajan ayah ialah buah-buahan je.....
...
Dah hampir Maghrib baru sampai rumah.
Pagi ni kami akan bertolak
ke Johor Bharu sebab ayah ada seminar selama 2 hari + dinner CNY dengan VIP di sana......

p/s:
Sorry ye ayah sebab dah 2 bulan ayah naik pangkat tapi ibu tak wish pun di sini.
Semoga tahun 2013 impian ayah menjadi reality.....
Alhamdulillah bersyukur dengan setiap Anugerah dariNya....

12 Februari 2013

Aktiviti Cuti CNY

Cuti CNY , ibu bercuti selama 1 minggu.
Rancangan nak balik kampung terpaksa dibatalkan kerana beberapa sebab:

1. Along habis cuti semester awal so kami terpaksa pulangkan dia ke matrik pada pagi ni.
So kami akan buat rombongan ke Melaka beramai2 untuk sesi hantar Along + shopping2....

2. Hari Rabu dan Khamis Ayah berseminar + dinner CNY Cuepecs di JBahru. 
So kami semua akan diangkut memandangkan cuti sekolah. 
Ibu + anak2 = "Saya Yang Menurut Perintah."

3. Farouk dah mula sekolah agama pada hari Rabu tapi terpaksa dipontengkan 
sebab nak ikut ayah berseminar ( syyhhh..jangan bising2 nanti cikgu Farouk marah...)

4. Beby Najdah pun ada tuisyen di sekolah. (terima kasih cikgu..jasamu dikenang)

Hamboi...siap ada senarai semak pulak......
Itu sebenarnya alasan "tunjuk sebab" yang ibu kemukakan pada mama
kerana terpaksa batalkan rancangan balik kampung....
Rindu mama dan abah........huhuhu.....

Hari-hari terluang ni kami habiskan masa buat aktiviti bebas.
Pergi jemputan kawin + makan2 + window shopping + lepak2 + masak2.....

 Bawa si Along yang teringin nak makan pizza.....

 Kali ni nak cuba makan pizza golden crab claw.....

2 set meat lover pizza.....

 Jemput makannnnnn............

Lepas makan kami sekadar window shopping.
Setakat ini ibu masih mampu mengawal keinginan bershopping.
Ada la sikit-sikit barang yang dibeli.

 Posing sebelum balik.

Lebih kurang pukul 7 petang kami bertolak balik sebelum ibu berubah hati.....hehehe...
Lagipun kebanyakan kedai kain ditutup sempena CNY....

11 Februari 2013

Lawatan Sambil Belajar di JB

N3 yang ibu peram dah berapa lama.
Ibu pun tak ingat dah berapa lama ibu peram........
Kesian pulak budak Beby nie.....hehehe....

Lawatan sambil belajar yang dia ikuti anjuran pihak sekolah di UTM Sekudai.
Ada beberapa buah tempat yang mereka singgah.
Akibat dah lama, ibu pun dah lupa tempatnya.....

Jom layan gambar jelah....

Nun di seberang sana Singapuraaaaaa.....


Ayoyo...termenung anak dara ibu.
Duit dah habis ke Beby?????

Pemandangan di Danga Beach....

Bergambar bersama rakan-rakan.....

About me