Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Februari 2013

Aktiviti Cuti CNY

Cuti CNY , ibu bercuti selama 1 minggu.
Rancangan nak balik kampung terpaksa dibatalkan kerana beberapa sebab:

1. Along habis cuti semester awal so kami terpaksa pulangkan dia ke matrik pada pagi ni.
So kami akan buat rombongan ke Melaka beramai2 untuk sesi hantar Along + shopping2....

2. Hari Rabu dan Khamis Ayah berseminar + dinner CNY Cuepecs di JBahru. 
So kami semua akan diangkut memandangkan cuti sekolah. 
Ibu + anak2 = "Saya Yang Menurut Perintah."

3. Farouk dah mula sekolah agama pada hari Rabu tapi terpaksa dipontengkan 
sebab nak ikut ayah berseminar ( syyhhh..jangan bising2 nanti cikgu Farouk marah...)

4. Beby Najdah pun ada tuisyen di sekolah. (terima kasih cikgu..jasamu dikenang)

Hamboi...siap ada senarai semak pulak......
Itu sebenarnya alasan "tunjuk sebab" yang ibu kemukakan pada mama
kerana terpaksa batalkan rancangan balik kampung....
Rindu mama dan abah........huhuhu.....

Hari-hari terluang ni kami habiskan masa buat aktiviti bebas.
Pergi jemputan kawin + makan2 + window shopping + lepak2 + masak2.....

 Bawa si Along yang teringin nak makan pizza.....

 Kali ni nak cuba makan pizza golden crab claw.....

2 set meat lover pizza.....

 Jemput makannnnnn............

Lepas makan kami sekadar window shopping.
Setakat ini ibu masih mampu mengawal keinginan bershopping.
Ada la sikit-sikit barang yang dibeli.

 Posing sebelum balik.

Lebih kurang pukul 7 petang kami bertolak balik sebelum ibu berubah hati.....hehehe...
Lagipun kebanyakan kedai kain ditutup sempena CNY....

11 Februari 2013

Lawatan Sambil Belajar di JB

N3 yang ibu peram dah berapa lama.
Ibu pun tak ingat dah berapa lama ibu peram........
Kesian pulak budak Beby nie.....hehehe....

Lawatan sambil belajar yang dia ikuti anjuran pihak sekolah di UTM Sekudai.
Ada beberapa buah tempat yang mereka singgah.
Akibat dah lama, ibu pun dah lupa tempatnya.....

Jom layan gambar jelah....

Nun di seberang sana Singapuraaaaaa.....


Ayoyo...termenung anak dara ibu.
Duit dah habis ke Beby?????

Pemandangan di Danga Beach....

Bergambar bersama rakan-rakan.....

10 Februari 2013

Serbu Kedai Buku....

Rutin awal tahun keluarga kami.
Serbu  kedai buku.
5F akan leka di sini......

Kedai buku dah jadi macam rumah sendiri.
Sedap je lepak-lepak sambil baca buku......
Dah tak kisah orang-orang sekeliling.....

Si ulat buku a.k.a Naurah dah mula menjelajah dari satu rak ke satu rak......
Bersama sebuah baku hijau..
Kalau boleh semua buku kat kedai tu dia nak angkut bawa balik....

Si ibu ada misi dan visi jugak.
Datang ke sini untuk memilih buku untuk PSS.
Meminta tolong 5F pilihkan buku-buku.
Maklumlah pilihan mereka lebih menepati selera kanak-kanak dan remaja 
berbanding ibu yang dah tuaaaa ni.....

Masing-masing tekun memilih buku untuk PSS sekolah ibu dan untuk diri sendiri juga.....

Taraaaaaaaa......
2 buah bakul dah penuh.
Budget untuk hari ini dalam RM1K+.
Ibu  sekadar buat anggaran jelah.....
Tugas mereka dah selesai.
Disamping itu ada je hasil rembatan mereka di kedai buku...
Anak ibuuuuuuu katakannnnnnn!!!!!.
5F dah jalankan tugasan dengan jayanya.
Sebelum balik ibu belanja mereka makan di KFC......

Bujang sorang yang tak ada kawan.
Buntu sebab jadi mangsa buli si kakak2nya tu....
4F suka sangat usik farouk....
Ada je yang mereka dengkikan si adik...
Terpaksalah Farouk berkawan dengan ayah jelah..........

p/s:
Sekejap lagi visi memenuhi perut.
Jemputan kahwin sana sini.....

About me