Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Februari 2013

Kenangan Itu-Selamat Tahun Baru Cina....

Selamat Tahun Baru Cina
 ibu ucapkan pada rakan-rakan berbangsa Cina
terutama rakan-rakan lama
 Teyun ( kawan yg paling nakal dalam kelas tetapi sekarang bergelar Pengarah Penjara),
 Rose Ann, Raymond,
Sek Geok, Sook Yee Foong, Leaw Chui Yin,
Saw Teck Hui ( yang banyak membantu ibu dalam Add Math).
Helen, bekas rakan setugas ibu.
Mohon maaf jika ada nama-nama rakan-rakan yang tertinggal.
Ibu dah wish mereka kat FB sebenarnya......
Ucapan :" Kalu demo makae buah limau mandrin tu jangae lupo ko ambo deh!!!!"
Juga tidak lupa untuk "Daddy Angkat 5F" yang begitu baik dan mengambil berat.
Kisahnya Klik SINI.

Sejak tingkatan 1 hingga 5  ibu sekelas dengan lebih 10 orang rakan berbangsa Cina.
Kami amat rapat dan tidak pernah memilih bulu.
Yang uniknya kami berinteraksi dalam dialek Kelantan pekat
dan sehingga sekarang kami masih berhubung di FB.
.
Dan yang lebih uniknya, orang2 Cina, India atau Siam di Kelantan
akan mengaku mereka orang Kelantan tapi bukan bangsa Cina, India atau Siam.
Bertapa kuatnya cinta mereka pada tanah tumpah darah.
Ibu amat bangga dengan mereka kerana amat-amat menghormati kami
yang beragama Islam.

Masih ibu ingat, sewaktu azan Zohor berkumandang
 (SK ibu berdekatan masjid besar Pasir Mas) mereka akan diam tanda hormat. 
Malah mereka akan beri amaran kepada pelajar lain agar turut kunci mulut.
Bila kami puasa, mereka juga puasa ( walaupun separuh hari...hehehe...)
Bila kami melakukan sesuatu yang tak elok mereka
akan beri nasihat : Nanti Tuhan "Allah" marah.....
Malah ada beberapa orang yang akan sama-sama
 mengikuti kelas Agama Islam bersama kami.
Malah mereka lebih "over" ketawa bila Ustaz buat lawak.....
Mereka juga sering membantu ibu dan rakan-rakan terutama dalam
subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
Tidak pernah wujud sikap perkauman antara kami.
Begitulah keakraban kami semua...

Inillah rakan-rakan yang membesar bersama.
Walaupun ada diantara mereka berlainan bangsa dan agama, kami saling hormat menghormati....
Rindu saat ini......

Selamat Tahun Baru Cina.

8 Februari 2013

Selesai Sudah Sambutan Maulidur-Rasul.

Hari ini selesai 1 lagi program wajib sekolah.
Sambutan Maulidur-Rasul berjalan dengan lancarnya walaupun diawal pagi mendung.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami....

Sesi mendengar taklimat sebelum perarakan bermula....

 Posing dulu sambil memantau anak-anak didik...

 Tahun ni cuma tinggal Farouk seorang je bersekolah dengan ibu.
Anak lelaki simple je.
Pakai baju Melayu + bersamping + bersongkok dah oklah....
Kalau ada Kakak Naurah dulu,  ibu terpaksa jadi pakar perunding imej dia.
Nak pakai baju apa, nak pakai tudung apa, nak pakai brooch macam mana,
nak maching dengan kasut mana...aduyai...Pening mak!!!!!
Gayanya melawan tokey..........


 Perarakan bermula......

Kenapa la muka ibu masam semacam jerrr....hehehe....

Farouk dan rakan-rakan....

Selepas perarakan diadakan pula marhaban, berselawat, pertandingan mewarna dan kuiz.
 Pertandingan mewarna untuk Tahap 1 dan Kuiz untuk murid Tahap 2.
Pening melayan kanak-kanak ribena nie....

Selesai mewarna, jamuan diadakan.
Setiap tahun pihak sekolah mendapat derma seekor lembu dari seorang ushawaan ternama di sini.
Juga derma daripada rakan-rakan juga dan staf.....
Alhamdulillah, dapatlah kami jamu semua murid2, guru-guru, staf2 dan para jemputan.
Jemput makan anak-anak..........
Ibu lupa pula nak snap lauk pauk hari nie akibat kelaparan....hehehe........

Selesai makan, barulah diadakan ceramah Maulidur-Rasul daripada
penceramah jemputan dan persembahan nasyid.......
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....

7 Februari 2013

Kentang Goreng Berperisa Lada Hitam..

Lama ibu tak tayang makanan kat sini.
Tiba-tiba terigin pula nak tayang....hehehe.....
Maaf la ye, sebenarnya blog ibu bukan blog resepi sebab tuan rumah bukan jenis yang teror memasak.
Kalau masak pun cari resepi yang paling-paling simple dan senang di masak.

 Ini kentang goreng versi ibu.
Petang-petang mulut rasa nak mengunyah je.
Selongkar kat dapur, terpandang 1 guni kecil kentang.
Mak aiiii....Ayah ni kalau beli bahan mentah memang tak pandai nak beli sikit-sikit....
Maka bermulalah operasi ibu.

Jom tengok resepi ibu yang amat simple tapi sedap jugak.....

Cara-cara:
Potong kentang dan rendam dalam air garam.
Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
Toskan.
Semasa tos, masukkan serbuk cili + serbuk lada hitam + sedikit garam.
Ratakan.
Sedia untuk dimakan........

P/s:
N3 pendek akibat kesibukan melanda....

About me